TEL AVIV, Israel, 20 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Neurim Pharmaceuticals hari ini telah mengumumkan penerbitan keputusan ujian klinikal tinjauan dikawal plasebo rawak Fasa 2 yang menilai keselamatan dan keberkesanan Circadin® tambahan (Pelepasan Berpanjangan melatonin 2mg) terhadap terapi lazim bagi pesakit penyakit Alzheimer (AD). Kajian itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Clinical Interventions in Aging menunjukkan kesan positif ubat itu ke atas prestasi kognitif dan pengekalan tidur dalam pesakit AD.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140618/689486)
"Paras melatonin endogen sudah pun dikurangkan pada peringkat AD praklinikal. Memandangkan melatonin adalah penting bagi kualiti tidur yang bagus manakala kualiti tidur yang buruk pula baru-baru ini telah dikaitkan dengan AD, maka adalah penting untuk kami siasat sama ada memulihkan semula paras hormon yang hilang itu boleh membawa manfaat kepada pesakit AD dan sama ada kesan itu ada kaitan dengan peningkatan kualiti tidur," kata Dr. Tali Nir, ketua ujian klinikal di Neurim Pharmaceuticals.
Dalam kajian ini, 80 pesakit telah didiagnosis dengan penyakit Alzheimer tahap ringan hingga sederhana, dengan menghidap atau tidak menghidap penyakit insomnia secara serentak, menerima terapi lazim (perencat asetilkolinesterase dengan atau tanpa memantine) telah dipilih secara rawak dalam cara dwibuta untuk menerima rawatan 2mg Circadin® atau plasebo setiap malam selama 24 minggu. Kertas kajian itu melaporkan pesakit yang dirawat dengan Circadin® selama 6 bulan mempunyai prestasi kognitif yang lebih baik secara signifikan berbanding mereka yang menerima plasebo seperti yang diukur oleh Aktiviti Penting Kehidupan Seharian (IADL) dan Pemeriksaan Keadaan Mental Mini (MMSE). Skala Penilaian Min Penyakit Alzheimer – kognisi (ADAS-Cog) tidak mempunyai perbezaan antara kumpulan tersebut. Kecekapan tidur seperti yang diukur oleh Indeks Kualiti Tidur Pittsburgh (PSQI) Komponen 4 juga bertambah baik dengan Circadin®. Dalam subkumpulan yang terdiri daripada pesakit yang menderitai insomnia secara serentak dengan penyakit Alzheimer, rawatan Circadin® memberi keputusan kesan yang signifikan dan bermakna daripada segi klinikal lwn. rawatan plasebo dalam IADL min (p=0.032), MMSE (+1.5 lwn. -3 mata, p=0.0177) kecekapan tidur (p=0.04), serta nilai median ADAS-Cog (-3.5 lwn. +3 mata, p=0.045) . Rawatan itu diterima dengan baik.
"Kami sangat gembira dengan data menggalakkan ini yang menunjukkan keberkesanan dan keselamatan Circadin® tambahan selama 6 bulan ke atas fungsi kognitif dan tidur pesakit dengan AD ringan hingga sederhana. Hasil kajian ini muncul pada masa yang menguja ketika hubungan kasual bersebab antara gangguan tidur dan pengumpulan beta amiloid yang berkaitan dengan AD dalam otak telah ditemui," kata Prof. Zisapel, Ketua Pegawai Keselamatan Neurim Pharmaceuticals. "Kajian ini menunjukkan betapa signifikannya kualiti tidur yang bagus serta mekanisme melatoninergik bagi memperbaiki masalah kognitif serta gangguan tidur dalam pesakit penyakit Alzheimer dan menyeru agar tumpuan lanjut diberikan ke atas mekanisme ini dalam rawatan AD."
Latar belakang Circadin:
Circadin® ialah ubat tidur baharu yang diluluskan oleh agensi kawal selia seluruh dunia bagi rawatan insomnia primer yang dihidapi pesakit berusia 55 tahun ke atas. Kelulusan ini adalah berdasarkan kesan positif Circadin ke atas kualiti tidur, cetusan tidur, serta fungsi manusia waktu siang tanpa menjejaskan prestasi kognitif.
Latar belakang Neurim Pharmaceuticals:
Neurim Pharmaceuticals Ltd. ialah syarikat farmaseutikal penemuan dan pembangunan ubat neurosains yang menghasilkan ubat bagi memulihkan dan turut memperkuat otak. Circadin® - ubat Neurim pertama yang diluluskan, boleh didapati secara komersil di lebih 40 negara. Produk Neurim yang sudah berada pada peringkat perancangan lanjutan termasuklah tab mini melatonin yang dilepaskan secara berpanjangan bagi insomnia yang dihidapi kanak-kanak serta Piromelatine untuk gangguan tidur dan juga Penyakit Alzheimer.
Butiran Hubungan:
Dr. Eran Schenker
Erans@Neurim.com
+972-3-768-4914
SUMBER Neurim Pharmaceuticals