omniture

Zefr Memperluas Produk TikTok untuk Menyediakan Pengecualian Kesesuaian kepada Pengiklan Melalui Kerjasama dengan Penapis Inventori TikTok

Zefr
2023-09-22 10:16

LOS ANGELES, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Rakan kongsi pengiklanan global Zefr kini boleh memperluas matlamat pemasaran bertanggungjawab mereka pada TikTok melalui kerjasama dengan penyelesaian kesesuaian jenama proprietari platform tersebut iaitu Penapis Inventori TikTok.  Zefr menyediakan isyarat peringkat video untuk memaklumkan Penapis Inventori TikTok yang terkemuka dalam industri untuk pengoptimuman Kesesuaian GARM, memberikan lebih kawalan dan ketelusan kepada pengiklan apabila menggunakan Penapis Inventori TikTok pada kempen. Proses kerjasama ini mewakili evolusi dalam pengoptimuman kesesuaian jenama, satu langkah ke hadapan yang penting berbanding penyekatan kandungan secara berlebihan melalui pendekatan lama seperti penyekatan kata kunci atau senarai kemasukan statik.

Sejak dilancarkan pada tahun 2022, Zefr telah mengukur kadar keselamatan jenama di TikTok yang melebihi 99% berdasarkan takrifan lantai GARM di seluruh kempen peringkat global. Selain keselamatan jenama, kerjasama ini juga akan meningkatkan lagi kepercayaan pengiklan terhadap kesesuaian jenama, berdasarkan setiap definisi piawaian Kesesuaian Jenama GARM. Zefr dan TikTok akan terus bekerjasama untuk mengembangkan ciri produk ini sepanjang tahun 2023.

Inovasi pertama ke pasaran ini direka untuk memudahkan pengoptimuman kesesuaian jenama, tanpa menjejaskan skala. Pengiklan global Zefr boleh memilih tetapan pra-bida pilihan mereka dengan Penapis Inventori TikTok dalam Pengurus Iklan TikTok, dengan papan pemuka Zefr yang menyediakan ketelusan peringkat video dan pelaporan tentang kedekatan iklan mengikut piawaian GARM. Jika kandungan yang tidak sesuai dikenal pasti oleh Zefr, kandungan tersebut dimaklumkan kepada TikTok bagi mengoptimumkan kesesuaian jenama secara berterusan.

"Kami teruja untuk mengumumkan ketersediaan Isyarat Kesesuaian Zefr di seluruh dunia  melalui kerjasama dengan Penapis Inventori TIkTok. Inovasi ini menandakan satu lagi langkah penting ke hadapan dalam industri ini, yang menyediakan ketelusan dan pengoptimuman kepada jenama global Zefr berdasarkan piawaian kesesuaian GARM," kata Rich Raddon, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Zefr.

"Inovasi berterusan dalam kesesuaian jenama pada TikTok mengukuhkan komitmen Zefr untuk memberikan pandangan yang lengkap kepada pengiklan tentang kesesuaian jenama mereka pada platform, berlandaskan definisi piawaian industri GARM. Pengiklan Global Zefr kini boleh mengakses dan bertindak pada kempen mereka di semua pasaran di mana Penapis Inventori TikTok tersedia pada masa ini yang meliputi seluruh Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Asia Pasifik (APAC) dan Amerika Latin (LATAM).

Hubungan Media: 
Hank Kim
hank@m8media.net

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2216992/Zefr_TikTok_Logo.jpg?p=medium600

Source: Zefr
Keywords: Advertising Computer/Electronics Social Media Licensing/marketing agreements