omniture

Penyelesaian Menyeluruh Industri Pendidikan Digital Taiwan adakan Hentian Promosi Eksport Pertama di ASEAN di Pameran Pendidikan Digital 2014 di Malaysia

Taiwan Industrial Development Bureau of Ministry of Economic Affairs
2014-06-20 09:59 123

TAIPEI, 20 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Dengan sokongan Biro Pembangunan Industri Taiwan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Wistron Corporation dan lain-lain perusahaan pendidikan digital terlibat sama dalam pameran di Taiwan Pavilion dan telah membentangkan penyelesaian menyeluruh kampus pintar di Pameran Pendidikan Digital Asia 2014 di Malaysia bagi mencari rakan kongsi ASEAN untuk bekerjasama dalam penyetempatan. Pada 27 Mei, Timbalan Menteri Pendidikan, En. YB Tuan P Kamalanathan P. Panchanathan telah melawat Taiwan Pavilion bagi memahami pembangunan masa depan kampus pintar Taiwan dan juga aplikasi industri. Beliau berharap agar akan ada lebih banyak sesi pertukaran pada masa akan datang.

Industri pendidikan digital di Taiwan telah membangun selama lebih 10 tahun dan membentuk rantai nilai yang komprehensif secara berperingkat termasuk peranti pendidikan digital, kandungan, platform, perkhidmatan serta sekuriti, selain tadbir urus pintar di kampus. Pada tahun 2013, nilai keluaran industri telah mencecah 1.55 bilion US dolar. Kini, industri tersebut dikhususkan kepada integrasi sistem berskala besar bagi perkakasan dan perisian serta kepada penyelesaian menyeluruh iCampus berserta pengesahan lapangan di kampus Taiwan dan juga luar negara bagi meneroka peluang kolaboratif di negara ASEAN dan rantau lain.

Taiwan telah beroleh kedudukan penting di Asia dan telah menarik sejumlah besar perolehan dan perkongsian dalam bidang pendidikan digital. Dengan pelibatan dalam Pameran Pendidikan Digital Asia 2014, industri di Taiwan telah menunjukkan pencapaiannya dalam menyepadukan sumber pendidikan domestik di Malaysia bagi memenuhi keperluan sekolah. Kerajaan Taiwan dan juga industri pendidikan digital berusaha untuk menyepadukan pendidikan, tadbir urus, sekuriti, kelestarian alam sekitar serta pengurusan kesihatan ke dalam penyelesaian iCampus bagi tujuan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif.

Di Taiwan Pavilion, Wistron Corporation (Wiedu Sdn Bhd) telah mempamerkan penyelesaian menyeluruh kelas pintar dengan buku cerita digital kanak-kanak daripada Anheart Inc., sistem pustaka Hyweb Technology, buku teks multimedia daripada O-pa Technology, sistem pembelajaran interaktif daripada Shou Yang Digital Technology serta kandungan digital daripada LiveABC, Kids Newton serta Taiwan Knowledge Bank. Pameran tersebut turut memperlihatkan pencapaian perusahaan di Taiwan dalam penyelesaian kelas pintar dan penyelesaian iCampus; kebanyakan pengedar antarabangsa, penyedia kandungan, pusat pembelajaran dan juga sekolah telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap kolaborasi dengan perusahaan Taiwan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Tina Shao di talian +886-2-6631-6736 atau tinashao@iii.org.tw

Artikel ini iklan Biro Pembangunan Industri Taiwan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Source: Taiwan Industrial Development Bureau of Ministry of Economic Affairs
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Education Trade show news