SHANGHAI, 23 Jun 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa suria berprestasi tinggi, telah melancarkan pengeluaran sel suria PERCIUM secara besar-besaran pada 20 Jun. Sel suria PERCIUM yang merupakan sel suria JENIS-P pertama dalam industri yang berjaya melangkaui tahap kecekapan penukaran sebanyak 20 peratus, telah mencapai tahap kecekapan penukaran purata sebanyak 20.4 peratus. Modul sel PERCIUM 6x10 yang telah mencapai pemeringkatan kuasa purata sebanyak 285W, dijangka akan melakukan pengeluaran secara besar-besaran seminggu kemudian. Persediaan untuk pengeluaran besar-besaran hanya mengambil masa selama tiga bulan sejak pelancaran produk baharunya awal tahun ini. Modul ini juga dijangka akan mencapai pemeringkatan kuasa purata sebanyak 290W menjelang akhir tahun ini.
Kecekapan penukaran dan keandalan yang tinggi merupakan dua aspek yang amat bernilai bagi industri suria sebagai langkah pembangunan yang seterusnya. Ia juga menjadikan produk JA Solar sangat cemerlang. Awal tahun ini, JA Solar telah melancarkan modul sel PERCIUM 6x10 dalam pasaran Jepun, British, Israel, China dan Jerman serta telah memperoleh maklum balas positif, terutamanya daripada pasaran Eropah dan Jepun. Sejak itu, JA Solar telah menerima sejumlah besar pertanyaan serta pesanan.
Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat, JA Solar telah menyiapkan persediaannya untuk pengeluaran secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat dan akan terus memperluas kapasiti sel suria PERCIUM. Pada masa kini, syarikat tersebut mempunyai satu barisan pengeluaran sel suria PERCIUM dan akan mempunyai empat barisan pengeluaran sel suria pada Oktober ini. Lapan barisan pengeluaran sel suria dijangka akan dimiliki syarikat ini pada tahun 2015. Kapasiti sel suria PERCIUM juga dijangka akan mencapai 170MW menjelang akhir tahun ini dan 350MW pula pada tahun hadapan.
"Kecekapan penukaran yang tinggi dapat membantu mengurangkan kos sistem bagi setiap Watt, bermakna BOS, pengangkutan, pemasangan serta kos daratan yang rendah," kata En. Yong Liu, ketua pegawai operasi JA Solar. "Sel suria PERCIUM menggunakan bahagian belakang yang tidak mudah terkakis dan juga teknologi BSF tempatan bagi memastikan prestasi cahaya rendah yang cemerlang bagi modul sel PERCIUM. Prestasi kos tinggi pada bahagian sistem dapat merendahkan kos kuasa bagi setiap KWH."
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Erica Hu
+86-21-6095-5888/6095-5999
sales@jasolar.com
market@jasolar.com