omniture

Campus With A Conscience anjur festival PBB selama seminggu

Sunway University
2023-09-25 08:00 101

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Inovasi, inspirasi, dedikasi dan hiburan hanyalah beberapa faktor penting yang menyatukan sebuah bandar menerusi usaha bersatu padu untuk mendorong minat dan tindakan ke arah 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam satu pertunjukan perpaduan yang mengagumkan, pemimpin korporat, pertubuhan bukan kerajaan, kanak-kanak sekolah tempatan, kumpulan masyarakat istimewa, individu berpengaruh dan lebih 22,000 orang pelajar dari seluruh Malaysia berkumpul di Sunway University, Sunway City sempena festival acara dan pengaktifan selama seminggu bagi menyokong 17 SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Campus With A Conscience - Local Action for Global Goals 2023, disambut mulai hari Isnin 18 September hingga Jumaat 22 September.

Photo 1: SMK Kota Kemuning students visiting the Local Action for Global Goals 2023 event
Photo 1: SMK Kota Kemuning students visiting the Local Action for Global Goals 2023 event

Festival unik ini dan yang pertama seumpamanya di Asia, kembali untuk tahun kedua dengan ceramah khas, persembahan, bengkel interaktif dan pertunjukan korporat mengenai kelestarian daripada jenama-jenama perintis seperti Blueshark, Uniqlo, The Body Shop dan Aquaria, perarakan bendera harian, demonstrasi atas pentas, pasaran mampan dan ruang untuk berinteraksi dengan pemimpin, pencetus perubahan, aktivis, sektor swasta serta persembahan muzikal secara langsung.

Festival ini dilancarkan dengan pertunjukan fesyen inklusif lagi menyentuh hati yang menampilkan warga emas daripada komuniti Subang Jaya dan kumpulan kanak-kanak berkeperluan khas yang memukau dan memikat hati penonton.

Turut serta bersama para pengunjung yang teruja di kampus ialah sejumlah orang kenamaan antarabangsa termasuk TYT Dr Peter Blomeyer, Duta Jerman ke Malaysia dan untuk penglibatan pendidikan rasmi pertama beliau TYT Ailsa Terry Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia, TYT En. Sami Leino, Duta Finland ke Malaysia dan Cik Karima El Korri, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Upacara yang wajar diberi perhatian ini turut mendapat perkenan diraja apabila Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat kampus ini dan mengucapkan tahniah kepada semua orang atas kejayaan upacara ini.

Semasa acara ini, terdapat pengumpulan e-sisa yang mana kakitangan dan pelajar dapat membuang barangan elektrik mereka yang tidak diingini secara mesra alam. Sejak bermulanya inisiatif berkenaan, lebih 35,000kg sisa elektrik telah dikumpul.

Para peserta muda dari sekolah-sekolah seluruh negara ini diundang untuk menikmati "Treasure Our Planet Trail" yang interaktif di seluruh kampus, mempelajari 17 fakta SDG baharu dalam setiap langkah perjalanan pencerahan mereka, bagi membantu memastikan generasi seterusnya akan terus membawa pesanan pengaruh dan tindakan.

Turut mengambil bahagian dalam perarakan bendera dan membuat persembahan di atas pentas ialah ahli-ahli pasukan Olimpik Khas Malaysia yang diketuai oleh Pengarah Kebangsaan, Jacque Kok Lee Min.

Demonstrasi harian di atas pentas melibatkan demonstrasi kitar tinggi kreatif yang dihoskan oleh Maslisa Zainuddin daripada Sunway University dan dalam masa yang sama kampus ini turut menjadi tuan rumah kepada ambulans mampan pertama seumpamanya di Malaysia.

Salah satu elemen yang paling menonjol daripada acara pada tahun ini ialah Wishing Wall yang dihasilkan dengan kreatif, menampilkan hajat 280 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim dan rumah pelarian tempatan. Bagi menunaikan hajat ini, komuniti Sunway dijemput untuk menderma melalui mesin layan diri amal pertama seumpamanya di Malaysia dan acara tersebut benar-benar menepati reputasinya memandangkan 280 hajat ditunaikan. Mesin layan diri itu dibekalkan dan ditaja dengan murah hati oleh Advanced Food Technologies (AFT).

Acara selama seminggu ini merupakan satu kejayaan yang memberangsangkan dan iklan yang hebat untuk Malaysia dalam dunia kelestarian global. Profesor Dato' Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Education Group berkata, "Acara ini amat tertumpu sekitar menjalin kolaborasi jangka panjang dan menyatukan orang ramai. Ia merupakan satu platform yang menonjolkan peranan yang kita semua mainkan dalam mencipta kesedaran mengenai isu semasa yang bertumpu pada kesihatan planet dan bagi mendorong komuniti Sunway kami berhubung amalan kehidupan lestari dan keperluan terhadap penyelesaian ke arah menangani cabaran global yang kritikal."

Profesor Sibrandes Poppema, Presiden Sunway University menambah, "Melalui acara ini, kami dapat menyediakan jalan untuk pelbagai organisasi, komuniti dan badan amal menyebarkan kesedaran dan mengumpul dana serta untuk jenama-jenama global memperlihatkan inisiatif kelestarian mereka."

Wakil-wakil peserta pameran turut berkongsi beberapa detik yang mengujakan semasa acara ini.

"Fokus utama inisiatif Re.UNIQLO Studio kami pada minggu ini ialah Bengkel Pembaikan dan Pembuatan Semula kami. Kami berhasrat untuk mendidik pelajar dan komuniti yang lebih luas tentang kepentingan memanjangkan jangka hayat pakaian UNIQLO mereka." Uniqlo

"Salah satu sorotan acara ini ialah berkomunikasi dengan pelajar daripada kampus Sunway, berkongsi pengalaman kami bersama mereka dan memaklumkan lebih lanjut kepada mereka tentang The Lost Food Project." The Lost Food Project

"Kami berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada acara ini dan kami berharap dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada kelestarian melalui acara seperti ini pada masa akan datang." Stand Pie Me

"Kami mendapat banyak pendedahan dan kami berterima kasih kepada Sunway kerana memberi kami peluang ini untuk berkongsi biskut kami bersama komuniti." GOLD

Local Action for Global Goals 2023 menekankan perlunya untuk dunia saling bekerjasama bagi mencapai Global Goals (Matlamat Global) menjelang tahun 2030 melalui pelbagai acara khas dan pengaktifan yang memberi inspirasi untuk semua peringkat umur dan minat. Ia menghimpunkan pemimpin dunia, penggubal dasar, pembuat keputusan, pemimpin perniagaan, rakan kongsi, ahli akademik, saintis, pihak berkepentingan, aktivis dan penyokong dari serata dunia untuk berinteraksi, meneliti penyelesaian, mengenal pasti laluan ke hadapan dan saling bekerjasama bagi mencapai Global Goals pada waktu yang kritikal.

Malaysia boleh benar-benar berbangga dengan festival Sunway yang unik ini dan juga sumbangannya yang berterusan kepada matlamat global ini.

Pautan video: https://fb.watch/na1jKvGRnA/?mibextid=cr9u03

Photo 2: [left to right] HE Dr Peter Blomeyer, German Ambassador to Malaysia and Steven Penafort, Managing Director of First Ambulance standing in front of Malaysia’s first sustainable ambulance
Photo 2: [left to right] HE Dr Peter Blomeyer, German Ambassador to Malaysia and Steven Penafort, Managing Director of First Ambulance standing in front of Malaysia’s first sustainable ambulance

 

Photo 3: HE Ailsa Terry UK High Commissioner to Malaysia granting a child’s wish through the Wishing Wall
Photo 3: HE Ailsa Terry UK High Commissioner to Malaysia granting a child’s wish through the Wishing Wall

 

 

 

Source: Sunway University
Keywords: Education Entertainment Higher Education Corporate Social Responsibility DEI Page Cision Influencer List - ESG