omniture

Ryan Murphy Mendapat Pengiktirafan Unggul Critics' Choice Louis XIII® Genius Award

LOUIS XIII de Remy Martin
2014-06-23 10:28 115

LOS ANGELES, 23 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Louis XIII & Persatuan Wartawan Televisyen Penyiaran Meraikan Pencipta American Horror Story, Glee dan Pengarah The Normal Heart saluran HBO semasa Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik Tahunan ke-4

LOUIS XIII Cognac, minuman keras paling dihormati di dunia daripada House of Rémy Martin® serta Persatuan Wartawan Televisyen Penyiaran (BTJA) hari ini menganugerahkan gelaran sulung seni televisyen "Critics' Choice LOUIS XIII Genius Award" kepada penulis lakon layar televisyen dan filem, pengarah serta penerbit yang terkemuka Ryan Murphy semasa majlis Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik tahunan ke-4. Disampaikan oleh Jim Parsons, pelakon yang membintangi rancangan Big Bang Theory dan The Normal Heart, Murphy menerima penghormatan ini kerana telah menunjukkan kecemerlangan tidak terhingga dalam seni televisyen. LOUIS XIII diraikan pada peringkat global sebagai adunan unggul cognac yang lazat dan komited bagi mengiktiraf genius dalam bidang kreatif lain juga.

Sebagai seorang yang dahulunya wartawan untuk penerbitan seperti The Miami Herald, The Los Angeles Times, Entertainment Weekly serta New York Daily News, Murphy telah menjadi salah seorang pencipta televisyen yang paling dihormati. Beliau ialah pencipta, penulis dan juga pengarah yang memenangi anugerah untuk siri mini asal saluran FX, American Horror Story, siri saluran FOX yang mendapat sambutan hangat dan merebut banyak anugerah, Glee serta siri drama asal saluran FX yang turut menggondol banyak anugerah, Nip/Tuck. Projek pengarahan terkini Murphy ialah adaptasi HBO untuk The Normal Heart karya Larry Kramer yang memenangi anugerah, yang telah ditayangkan buat julung kalinya pada 25 Mei 2014 dan dibintangi Mark Ruffalo, Julia Roberts serta Matt Bomer. The Normal Heart menerima Anugerah Pengkritik Pilihan 2014 untuk "Filem Terbaik".

"Daripada filem berasaskan realiti yang mengusik jiwa kepada rancangan seram yang luar biasa kejam sehinggalah teater muzikal, kreativiti Ryan Murphy seakan tiada batasan," kata Joey Berlin, presiden BTJA, yang menyampaikan Anugerah Pilihan Pengkritik. "Kami berbesar hati dapat mengiktiraf bakat yang mengagumkan dan pelbagai hasil karya yang telah beliau hasilkan untuk penonton televisyen setakat ini dalam kerjaya beliau. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk melihat apa lagi yang bakal beliau hasilkan pada masa hadapan."

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Wartawan Televisyen Penyiaran untuk menyampaikan Critics' Choice LOUIS XIII Genius Award buat julung kalinya," kata Augustin Depardon, Pengarah Pemasaran Global, LOUIS XIII. "Sumbangan Ryan Murphy yang menambat perhatian secara tersendiri kepada bidang televisyen serta pengaruh beliau ke atas budaya pada masa kini dan masa akan datang memang layak untuk diiktiraf."

The Critics' Choice LOUIS XIII Genius Award juga memberi penghormatan kepada kecemerlangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam bidang seni sinematik dengan kerjasama Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran semasa Anugerah Filem Pilihan Pengkritik tahunan itu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang LOUIS XIII sila lawati http://www.louis-xiii.com.

Latar belakang LOUIS XIII de Rémy Martin 

LOUIS XIII Cognac telah dicipta pada tahun 1874 oleh House of Rémy Martin yang telah ditubuhkan pada tahun 1724. Campuran kompleks ini yang diadun daripada 1,200 eaux-de-vie, yang dihasilkan daripada buah anggur yang ditanam di dalam tanah berkapur Grande Champagne, kawasan pertanian terbaik di rantau Cognac, Perancis. Cognac ini dimatangkan sehingga 100 tahun di dalam tong kayu buatan khas yang bernama tierçons. Empat generasi pengawal simpanan bawah tanah telah bertugas untuk memantau adunan yang tersendiri ini, yang membangkitkan rasa dan bauan mir, madu, immortelle, plum, bebuas, kulit kayu, kulit serta buah markisa, lalu membuatkannya Cognac yang paling kompleks dan paling berprestij di seluruh dunia.

Latar belakang BTJA 

Persatuan Wartawan Televisyen Penyiaran (BTJA) ialah organisasi rakan kongsi bagi Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran. BTJA mempunyai ahli yang terdiri daripada wartawan TV, radio dan juga Internet yang sentiasa membuat liputan ke atas rancangan televisyen secara tetap. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati: http://www.CriticsChoice.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140620/693522-a
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140620/693522-b

Source: LOUIS XIII de Remy Martin
Keywords: Beer, Wine & Spirits Entertainment Food/Beverages Awards