omniture

Huawei Keluarkan Kertas Putih "Melangkah Ke Arah Dunia Pintar" untuk Industri Kewangan

Huawei
2023-09-25 11:03 64

SHANGHAI, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2023, Dang Wenshuan, Ketua Arkitek Strategi Huawei, mengeluarkan siri kertas putih yang bertajuk Striding Towards an Intelligent World (Melangkah Ke Arah Dunia Pintar) yang meliputi sepuluh industri utama.

Dalam kertas putih itu, ia menyarankan cadangan tindakan yang boleh diambil oleh institusi-institusi kewangan bagi membina infrastruktur yang tangkas, bingkas dan pintar yang dapat menempatkan mereka selangkah di hadapan permainan.

Dang releases the white paper
Dang releases the white paper

Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Global Digital Finance, menjelaskan dalam gambaran keseluruhan kepada khalayak tentang enam trend yang menimbulkan cabaran yang diperincikan dalam kertas putih itu.

1. Golongan natif digital yang dilahirkan selepas tahun 1995 beransur-ansur mendominasi perbelanjaan pengguna. Sementara itu, AI generatif menjadi amat popular dalam masa yang amat singkat. Interaksi emosi didayakan AI akan menjadi cara utama untuk mendekati pelanggan.

2. Transaksi digital sepenuhnya menghapuskan secara beransur-ansur keperluan terhadap perkhidmatan kad, tunai dan kaunter. Bank-bank pusat global mencapai kemajuan dengan lebih pantas dalam melaksanakan mata wang digital. Ini mencabar keupayaan institusi kewangan untuk mengendalikan transaksi disulitkan secara besar-besaran.

3. Perusahaan kecil-kecilan dan mikro tradisional memiliki tahap pendigitalan yang rendah. Justeru itu, ia tidak dapat memperoleh perkhidmatan kewangan yang tepat pada masanya ekoran kekurangan cara teknikal yang berkesan. Ia turut mengakibatkan situasi tidak ideal apabila melibatkan pengawasan yang dipercayai dan pemilikan inventori.

4. Jenis penipuan transaksi dan serangan siber baharu muncul satu demi satu. Kawalan risiko tradisional dan kaedah keselamatan siber sukar mengatasinya. Sekuriti perniagaan dan dana institusi-institusi kewangan terancam.

5. Seni bina teknikal asas sedang beralih daripada tertutup kepada terbuka. Institusi-institusi kewangan akan mendapati ia menuntut untuk memastikan prestasi yang stabil apabila volum transaksi memuncak. Mereka akan menghadapi halangan yang sangat besar apabila cuba memastikan ketersediaan perniagaan yang tinggi dalam keadaan melampau seperti bencana alam.

6. Dengan skala aset yang lembap, bank mengawal perbelanjaan operasi dan IT dengan ketat serta menapis operasi.

Memandang ke arah masa depan, Huawei mengemukakan seni bina sasaran "MEGA" (berbilang-DC sebagai-satu-komputer, pengalaman E2E, hijau dan berautonomi). Ia membantu institusi-institusi kewangan menaik taraf teknologi secara komprehensif dengan mensinergikan storan, pengkomputeran, optik, rangkaian, awan dan data, lalu mempercepatkan kecerdasan baik untuk perniagaan mahupun perkhidmatan.

Melalui pelbagai contoh kes, kertas putih itu menggambarkan bagaimana insitusi-institusi kewangan boleh melatih model besar yang mengintegrasikan data dan AI bagi mengupayakan aplikasi pintar seperti kawalan risiko masa sebenar dan interaksi pintar. Ia seterusnya memperincikan bagaimana pembiayaan inventori perusahaan kecil-kecilan dan mikro dapat diaktifkan melalui inferens AI yang menampilkan kolaborasi awan-pinggir dan bagaimana bank dapat menggunakan IPv6 Enhanced dan Wi-Fi 6/7 untuk menjamin kualiti aplikasi transaksi dan interaktif. Kertas putih itu turut memperkenalkan beberapa penyelesaian yang inovatif, termasuk pemodenan aplikasi kewangan, DR berbilang-pusat dan berbilang-aktif, perlindungan sekuriti mendalam berbilang-lapisan dan O&M pintar rentas-lapisan. Penyelesaian ini akan membantu institusi-institusi kewangan mencipta pengalaman optimum, perniagaan tangkas, inovasi terbuka dan autonomi pintar, lalu mempercepatkan transformasi digital dan pintar mereka menuju kejayaan yang lebih besar dalam era AI.

Untuk butiran tentang kertas putih tersebut, klik https://www.huawei.com/en/thrive-with-digital untuk memuat turun.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment