omniture

Sidang Kemuncak Huawei Connect TECH4ALL Terokai Bagaimana Teknologi dan Perkongsian Mengupayakan Keterangkuman dan Kemampanan

Huawei
2023-09-25 11:28 110

SHANGHAI, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Huawei Connect 2023 TECH4ALL pada 20 September mengundang rakan kongsi TECH4ALL dari seluruh dunia untuk berkongsi pandangan mereka tentang peranan penting yang dimainkan oleh teknologi dan perkongsian dalam mengupayakan dunia digital yang lebih inklusif dan mampan.

Berdasarkan kepada penonjolan hasil projek semasa dan amalan terbaik, tema utama sidang kemuncak ini adalah bagaimana perkongsian berperanan sebagai jambatan antara industri ICT, kerajaan, organisasi antarabangsa, institut penyelidikan dan NGO untuk mencapai matlamat bersama dalam bidang keterangkuman dan kemampanan.

"Kita tahu bahawa teknologi seperti sambungan jalur lebar, awan, Internet Pelbagai Benda dan AI menawarkan potensi besar sebagai pemangkin perubahan yang pantas, perubahan yang dapat memberi manfaat baik kepada manusia mahupun planet ini," kata Peng Song, Naib Presiden Kanan untuk Huawei dan Presiden Strategi dan Pemasaran ICT dalam ucapan pembukaan beliau.

Peng Song, Senior Vice President for Huawei and President of ICT Strategy and Marketing in the opening speech
Peng Song, Senior Vice President for Huawei and President of ICT Strategy and Marketing in the opening speech

Berucap untuk International Union for Conservation of Nature (IUCN), James Hardcastle mengetengahkan perkongsian Tech4Nature dilancarkan bersama oleh IUCN dan Huawei pada tahun 2021. Dengan lima projek perintis yang berjalan di seluruh dunia, Tech4Nature bermatlamat untuk meningkatkan pengurusan 300 kawasan yang dilindungi dengan membangunkan penyelesaian teknologi yang inovatif dan mengukur keberkesanan pemuliharaan berbanding Standard Senarai Hijau IUCN.

"Teknologi dapat merevolusikan pemuliharaan alam semula jadi. Melalui perkongsian Tech4Nature kami, kami dapat berkongsi dan meningkatkan penyelesaian teknikal untuk biodiversiti dan perubahan iklim. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar perkakasan yang dapat membantu menjimatkan kos serta mengupayakan tindakan. Sumbangan paling berguna daripada teknologi untuk pemuliharaan ialah analisis data yang kini dapat dilakukan. Kita hanya dapat mempercepatkan akses kepada risikan dan maklumat dengan lebih baik, lebih pintar, membuat keputusan yang berkesan melalui perkongsian berbilang pihak berkepentingan yang inklusif, kata James Hardcastle, Ketua Kawasan Dilindungi dan Terpelihara untuk IUCN.

Di sidang kemuncak itu, rakan kongsi TECH4ALL melancarkan dua kertas putih dan menandatangani dua perjanjian kerjasama strategik bersama Huawei dalam bidang pendidikan dan perlindungan terhadap alam sekitar.

Dua kertas putih dilancarkan

Bagi pihak Kementerian Pendidikan (MoE) Kenya, Martin Kungania melancarkan Laporan DigiSchool - Sambungan Internet ke Sekolah. Laporan tersebut adalah berdasarkan kepada Projek Sambungan Internet DigiSchool, satu inisiatif diterajui kerajaan melalui perkongsian bersama UNESCO dan Huawei, dengan fasa satu menghubungkan sembilan sekolah menengah dan tiga sekolah rendah kepada akses Internet berkelajuan tinggi pada tahun 2021.

"Ketika ini, kerajaan bekerjasama dengan UNESCO dan Huawei bagi fasa kedua yang akan menghubungkan lebih banyak sekolah. Ini akan termasuk sekolah khas untuk mereka dengan masalah pendengaran dan menyediakan teknologi sidang video bagi menyokong guru dan pelajar, memberi faedah lebih besar untuk pelajar kurang bernasib baik," kata Martin Kungania, Penyelaras Kebangsaan bagi Program Literasi Digital di bawah Kementerian Pendidikan untuk Kenya.

Kertas putih itu menilai bagaimana Internet meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti amalan terbaik untuk kebolehskalaan dan kemampanan serta menilai bagaimana ketersambungan mengukuhkan fungsi pentadbiran sekolah.

Dalam domain alam sekitar, rakan kongsi TECH4ALL, Rainforest Connection (RFCx) melancarkan Memanfaatkan Kuasa Bunyi dan AI untuk Memantau Biodiversiti dan Menjejaki Sasaran Kerangka Biodiversiti Global (GBF).

"Kerangka Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal menggariskan sasaran kritikal untuk memelihara dan memulihkan biodiversiti di seluruh dunia, namun kami memerlukan alat pemantauan yang berkesan untuk menjejaki kemajuan kami dan akhirnya mencapai matlamat ini," kata Antony Harfield, Ketua Pegawai Teknologi untuk RFCx. "Kombinasi antara ekoakustik dan AI menawarkan penyelesaian tidak invasif, berkesan kos dan boleh diskala untuk isu ini, memudahkan pemuliharaan berasaskan bukti dan pengurusan adaptif." "Kami teruja untuk bekerjasama dengan TECH4ALL bagi projek-projek di seluruh dunia yang memaparkan kuasa bunyi dan AI untuk menjejaki kemajuan ke arah sasaran GBF."

Setakat ini, Rainforest Connection dan Huawei menggunakan penyelesaian audio pintar untuk mengesan ancaman, seperti pembalakan dan pemburuan haram serta memantau biodiversiti berdasarkan kepada penyuaraan spesies dalam ekosistem lautan, gunung, hutan dan hutan hujan di 15 negara.

Dua perjanjian strategik ditandatangani

Ditandatangani oleh Huawei dan China Social Entrepreneur Foundation, Rancangan Pendidikan Pemerkasaan Guru Belia meneruskan projek sedia ada untuk menyediakan latihan dalam kemahiran digital untuk guru muda luar bandar. Dilancarkan pada tahun 2017, program ini telah melatih hampir 125,000 guru muda luar bandar setakat Jun 2023 yang hasilnya memberi manfaat kepada 6 juta orang kanak-kanak di sekolah luar bandar.

Dalam domain alam sekitar, perjanjian Pemuliharaan Pintar Delta Sungai Kuning yang ditandatangani oleh Huawei dan Yellow River Delta National Nature Reserve meneruskan projek yang sedang berjalan yang membangunkan penyelesaian inovatif untuk mengkaji, memantau dan melindungi kehidupan burung di kawasan Delta Sungai Kuning tanpa mengganggu biodiversiti tempatan. Projek ini termasuk stesen sarang untuk burung botak Oriental terancam, hanya 10,000 daripadanya kekal tersebar di seluruh Asia Timur.

Reruai TECH4ALL di Huawei Connect mempamerkan banyak projek inisiatif, termasuk DigiTruck, DigiSchool, Conserving Nature with Technology, kepada pengunjung yang menghadiri acara utama tahunan ini yang menghimpunkan pemimpin perniagaan, pakar teknologi, rakan kongsi, pembangun dan pihak berkepentingan industri dari seluruh dunia untuk meninjau peluang baharu demi masa depan pintar.

TECH4ALL booth at Huawei Connect 2023
TECH4ALL booth at Huawei Connect 2023

Latar Belakang TECH4ALL

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL dibangunkan untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di Twitter melalui:
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Animal Welfare Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements Cloud Computing / Internet of Things