omniture

Penganut Buddha dari Serata Dunia Hadiri Majlis Perpisahan Salah Seorang Guru Tertinggi Agama Buddha Tibet Di Jerman

Buddhistisches Zentrum e.V.
2014-06-23 14:47 167

RENCHEN, Jerman, 23 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Majlis perpisahan di kampung Renchen, Black Forest / Karmapa Thaye Dorje ke-17, ketua tradisi Karma Kagyu, datang ke Jerman bagi mengiringi jasad guru beliau ke India

Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://www.presseportal.de/story.htx?firmaid=52714

Beberapa ribu penganut Buddha dari serata dunia telah berkumpul di Renchen, Jerman bagi memberi penghormatan terakhir kepada Yang Maha Suci Kunzig Shamar Rinpoche ke-14. Yang Maha Suci Karmapa Thaye Dorje ke-17 telah mengetuai majlis perpisahan yang mengesankan itu untuk guru beliau. Beliau akan mengiringi Shamar Rinpoche untuk perjalanan terakhir beliau ke India dan beberapa negara di Asia. Berpuluh-puluh ribu penganut Buddha akan berkumpul pada majlis perpisahan tersebut. Shamar Rinpoche sendiri tidak takut akan kematian. Dalam salah satu ajaran terakhir beliau, beliau berkata: "Anda tidak perlu takut akan mati jika anda tahu bagaimana untuk mempraktikkan [meditasi] ketika mati."

Shamar Rinpoche meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Jun ketika berusia 61 tahun, di pusat meditasi organisasi Bodhi Path beliau di Renchen-Ulm. Selepas Karmapa Thaye Dorje, Shamar Rinpoche merupakan guru berkedudukan tertinggi dalam tradisi Karma Kagyu dan salah seorang wakil paling penting dan berpengaruh bagi agama Buddha Tibet. Beliau pernah mengajar di seluruh dunia dan turut menubuhkan pelbagai yayasan kemanusiaan di Eropah, AS dan juga Asia.

Selepas kematian beliau, sejumlah surat takziah telah diterima daripada ramai tuan tertinggi agama Buddha Tibet, selain Keluarga Diraja Kerajaan Bhutan. "Saya mengenali Rinpoche selama bertahun-tahun lamanya dan keluarga saya serta saya sendiri akan terus mengingati Shamar Rinpoche sebagai seorang sahabat yang akrab," tulis Yang Mulia Druk Gyalpo Jigme Singye Wangchuck, Raja ke-4 Bhutan.

Sejak kematian Karmapa ke-16 pada tahun 1981, Shamar Rinpoche telah meneruskan pusat pengajian Karma Kagyu bagi agama Buddha Tibet yang berusia berabad-abad lamanya. Ketua agama pusat pengajian tersebut pada masa kini, Karmapa Thaye Dorje ke-17 telah diberi penghormatan, dibawa keluar dari Tibet dan telah ditabalkan oleh Shamar Rinpoche pada tahun 1994.

Dengan lebih 180 pusat meditasi dan pengajian, Karma Kagyu merupakan aliran agama Buddha yang paling meluas di Jerman. Ia diwakili oleh lebih 900 biara serta pusat meditasi di serata dunia, di bawah bimbingan Karmapa Thaye Dorje.

Maklumat lanjut dan foto akhbar: 

http://www.diamondway-buddhism.org/press/

http://www.bodhipath.org - http://www.diamondway-buddhism.org - http://www.shamarpa.org - http://www.karmapa.org

Hubungi:
Bodhi Path - Buddhistisches Zentrum e.V., Kaierstr. 18, 77871 Renchen-Ulm, Jerman
Telefon: +49-7843-7232, info@bodhipath-renchen-ulm.de
http://www.bodhipath-renchen-ulm.de 

Maklumat perhubungan akhbar:
Bodhi Path - Buddhistisches Zentrum e.V., Sabine Teuber
sabine.teuber@t-online.de
Tel. +49-(0)173-3409751

Buddhistischer Dachverband Diamantweg e.V., Pressebüro Hamburg
Thadenstr. +49-79-22767 Hamburg
Holm Ay, Tel: +49-(0)177-8009008, presse@diamantweg.de

Source: Buddhistisches Zentrum e.V.
Keywords: Obituary Religion