omniture

SPUTNIX telah Melancarkan Satelit Pengesanan Jarak Jauh Bumi Swasta Pertama Rusia

SPUTNIX
2014-06-23 15:00 186

MOSCOW, 23 Jun 2014 /PRNewswire/ -- ISC Kosmotras telah berjaya melancarkan gugusan kapal angkasa kecil menggunakan roket RS-20 (Dnepr) pada 20 Jun 2014. Satelit pengesanan jarak jauh Bumi swasta pertama Rusia daripada SPUTNIX Company, yang dinamakan TabletSat-Aurora, juga telah dilancarkan ke dalam orbit sasarannya.

Ia telah dirancang untuk menerima data daripada satelit mikro, yang dihantar kepada rangkaian darat SCANEX UniScan[TM]. Data itu akan digunakan dalam projek komersil, saintifik, pendidikan serta alam sekitar.

"Peristiwa ini penting buat kami," kata Alexander Serkin, Ketua Pegawai Eksekutif ISC Kosmotras, "Selama 20 tahun kami telah bekerjasama dengan syarikat yang terkenal pada peringkat global – para pembangun kapal angkasa, kebanyakannya syarikat swasta. Hari ini kami mendapat peluang untuk menyertai pelaksanaan projek angkasa swasta di Rusia. Kami sudah tentu bangga dapat menjadi sebahagian daripada peristiwa ini."

Selepas ia dilancarkan ke orbit, subsistem yang dibangunkan oleh syarikat itu akan diuji. Isyarat pertama daripada TabletSat-Aurora sudah pun diterima. Berat kapal angkasa itu adalah 26 kilogram, dengan jangka hayat terancang minimum selama 1 tahun. Kapal angkasa itu dilengkapi sistem penghalaan dan penstabilan tiga paksi berketepatan tinggi serta kamera optik untuk pengimejan Bumi dari angkasa, dengan resolusi 15m per piksel.

"Syarikat itu menganggap TabletSat-Aurora sebagai platform sejagat untuk penempatan muatan aplikasi saintifik dan komersil," jelas Stanislav Karpenko, Ketua Pegawai Teknologi SPUTNIX.

Platform satelit itu serta kebanyakan sistem dan peralatannya telah dibangunkan oleh syarikat itu, dengan sokongan kewangan daripada Skolkovo dan juga ISC Kosmotras.

Pada tahun 2012, SPUTNIX, anak syarikat SCANEX, telah menjadi syarikat tetap Skolkovo dan menerima geran daripada gugusan angkasa Skolkovo. Masa yang diambil untuk membangunkan dan turut menyediakan satelit mikro untuk pelancaran itu adalah 8 bulan.

"Kami merancang untuk mencipta gugusan kapal angkasa kecil serta satelit pengimejan butiran ultra terperinci," kata Andrey Potapov, Ketua Pegawai Eksekutif SPUTNIX.

SPUTNIX 

Sputnix ialah syarikat Rusia inovatif, membangunkan dan turut menghasilkan platform dan sistem satelit kecil. Syarikat itu merupakan syarikat tetap Skolkovo dan merupakan pencipta satelit swasta Rusia pertama untuk Pemerhatian Bumi.

http://www.sputnix.ru

International Space Company (ISC) Kosmotras

Aktiviti perniagaan teras syarikat dikaitkan dengan pelaksanaan Program Dnepr – penggunaan tujuan baik ICBM SS-18 yang dikeluarkan daripada perkhidmatan. Sejak pelancaran sulung Dnepr pada bulan April 1999, 20 penerbangan komersil telah dilakukan manakala jumlah muatan yang telah dilancarkan pula sudah mencecah 122.

http://www.kosmotras.ru

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140620/693533

Source: SPUTNIX
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer/Electronics Machinery New products/services