omniture

Huawei Dipilih Sebagai Vendor Terbaik menerusi Anugerah Komunikasi Asia 2014

Huawei
2014-06-24 14:42 190

SINGAPURA, 24 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menerajui pada peringkat global, telah dipilih sebagai Vendor Terbaik menerusi Anugerah Komunikasi Asia selama empat tahun berturut-turut. Anugerah Komunikasi Asia merupakan salah satu penghargaan paling berprestij yang diberikan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan penting dengan melancarkan industri telekomunikasi dengan jayanya di Asia kepada khalayak peringkat global.

  Liu Dongfang, Vice President of Huawei Marketing and Solutions, South Pacific Region -- received the Vendor of the Year award at Asia Communication Awards 2014

"Huawei telah memenangi Anugerah Vendor Terbaik ACA yang berprestij untuk kali keempat berturut-turut yang tidak dijangka. Para Hakim amat mengagumi ketelitian dan skop kandungan fakta kemasukan dan testimoni pelanggan yang luar biasa sebagai bukti terhadap pengalaman yang positif ketika bekerjasama dengan Huawei. Faktor tersebut digabungkan bagi mewujudkan kes menarik yang meyakinkan pihak Hakim untuk memilih Huawei sebagai pemenang sekali lagi," kata Janet Watkin, Pengerusi Hakim.

"Huawei telah mencapai beberapa kemajuan besar pada tahun lalu dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. Kami amat berbesar hati kerana dipilih sebagai Vendor Terbaik. Kami dikhususkan dalam usaha membantu pelanggan ICT bagi mencapai pertumbuhan perniagaan mereka menerusi produk dan penyelesaian berpaksikan pelanggan. Huawei akan terus membuat pelaburan dalam inovasi, selain memacu evolusi teknologi serta interaksi sesama manusia bagi mewujudkan dunia yang lebih terhubung untuk orang ramai," kata Liu Dongfang, Naib Presiden, Bahagian Pemasaran dan Penyelesaian Huawei, Rantau Pasifik Selatan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Komunikasi Asia, sila layari laman webnya di http://www.terrapinn.com/awards/asia-communication-awards/index.stm/.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menerajui pada peringkat global. Berdasarkan dedikasi kami terhadap inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian yang utuh, kami dapat memantapkan kelebihan hujung ke hujung dalam rangkaian telekomunikasi, peranti serta pengkomputeran awan. Kami amat komited untuk mewujudkan nilai maksimum bagi pihak pengendali telekomunikasi, syarikat dan juga pengguna dengan menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan yang kompetitif. Produk dan penyelesaian kami telah dimanfaatkan di lebih 170 negara bagi menyediakan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga daripada populasi dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.huawei.com

LinkedIn         http://www.linkedin.com/groups/Huawei-Carrier-Network-APAC-6635659
Twitter            https://www.twitter.com/HuaweiAPAC
YouTube         http://www.youtube.com/user/HuaweiAPAC

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140620/8521403581

SUMBER: Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards