omniture

Kumpulan EU namakan Trina Solar Pemimpin Penyahkarbonan

Trina Solar Co., Ltd
2023-09-26 13:23 47

CHANGZHOU, China, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah di China telah menganugerahkan Trina Solar dengan gelaran Pemimpin Penyahkarbonan atas pencapaiannya dalan peralihan rendah karbon dan mitigasi perubahan iklim. Syarikat ini menerima anugerah tersebut di persidangan dan majlis Anugerah Perniagaan Lestari 2023 di Shanghai pada 6 September. Anugerah ini mengiktiraf prestasi penyahkarbonan Trina Solar yang cemerlang di tahap operasi perniagaan dan ia merupakan bukti sumbangannya untuk mencapai cita-cita iklim yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris 2015.

Trina Solar receives the Decarbonisation Leader Award
Trina Solar receives the Decarbonisation Leader Award

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB, Anugerah Dewan Perniagaan Lestari Eropah menilai syarikat-syarikat berdasarkan penglibatan mereka dalam inisiatif pembangunan mampan dan impak perniagaan jangka panjang mereka. Anugerah Pemimpin Penyahkarbonan menyasarkan untuk mencipta model peranan yang memberikan inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk mengurangkan emisi karbon, mencapai pertumbuhan hijau dan menggalakkan pembangunan mampan. Trina Solar memenangi anugerah ini dalam persaingan sengit dengan 64 syarikat yang lain.

Trina Solar telah lama mendokong prinsip pembangunan mampan. Memanfaatkan kelebihannya dalam pembangunan produk, inovasi teknologi dan keupayaan pengilangan, syarikat ini merupakan daya pendorong untuk pembangunan mampan. Menurut Laporan Kelestarian 2022 Trina Solar, emisi rumah hijau per unit pengeluaran untuk produk sel dan modul menurun masing-masing 51% dan 62% pada 2022 daripada paras dasar 2020.

Trina Solar meletakkan kepentingan yang utama bagi kawalan emisi karbon dalam semua aspek kitar hayat modul. Trina Solar merupakan pengeluar modul yang pertama untuk melengkapkan pensijilan LCA bagi modul 210mm. Seluruh barisan modul Vertex 210mm telah dianugerahkan Sijil Jejak Karbon oleh TÜV Rheinland. Modul Vertex meneraju industri dan memperkasakan pembangunan hijau global dengan menyampaikan prestasi yang hebat.

Semua kilang global Trina Solar telah dibangunkan mengikut ISO 14001 dan telah beroperasi sejajar dengannya, dan telah melaksanakan inventori GHG mengikut ISO 14064. Kilangnya di Yiwu, wilayah Zhejiang, memperoleh Sijil Kilang Karbon Sifar (Jenis 1) untuk tahun 2022, yang pertama dalam industri. Trina Solar juga membangunkan taman perindustrian bersih-sifar yang menyepadukan penjanaan kuasa, transmisi, pemuatan dan storan di wilayah Qinghai.

Menjelang separuh tahun pertama 2023 Trina Solar telah menghantar lebih daripada 150GW modul solar ke lebih daripada 160 negara dan wilayah. Modul-modul yang dihantar telah membantu dunia menjana 202.5 bilion kWj tenaga bersih, mengurangkan emisi CO2 sebanyak 202 juta tan, bersamaan dengan menanam 11 bilion pokok.

Trina Solar, yang mematuhi misi "Tenaga solar untuk semua", komited untuk meneraju laluan dalam penyelesaian tenaga solar pintar dan membantu transformasi sistem kuasa baharu untuk masa depan bersih-sifar.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards General Manufacturing