omniture

NeuroSuite Philips Baharu Mendedahkan Rangkaian Vaskular Otak yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini

Royal Philips Electronics
2014-06-24 16:10 134

AMSTERDAM, 24 Jun 2014 /PRNewswire/ --

  • Sistem sinar-X intervensi NeuroSuite mempertingkat rawatan neurologi dengan tahap invasif minimum
  • Penyelesaian ini menyokong panduan dan peletakan peranti yang lebih berkesan dalam prosedur neuroradiologi berpandukan imej langsung, lalu melanjutkan pilihan rawatan
  • Pemasangan pertama di Hospital Universiti Karolinska Sweden

Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) hari ini telah mengumumkan pengenalan NeuroSuite, penyelesaian bersepadu baharu yang direka bagi menyokong dan turut mempertingkat prosedur intervensi neurologi berpandukan imej dengan tahap invasif minimum, pasaran yang berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak kira-kira 9 peratus. Penyelesaian sinar-X intervensi baharu Philips menawarkan panduan dan peletakan peranti yang lebih berkesan dalam setiap prosedur neuroradiologi.

Sistem NeuroSuite pertama telah dipasang baru-baru ini di Hospital Universiti Karolinska, Stockholm, Sweden. Hospital ini ialah salah satu universiti perubatan yang menerajui di dunia dan juga pusat kecemerlangan untuk rawatan angin ahmar.

Neuroradiologi ialah cabang radiologi yang melibatkan diagnosis dan rawatan dengan tahap invasif minimum untuk otak, kepala, leher serta tulang belakang. Rawatan ini memerlukan kemasukan kateter, yang mesti dikemudikan melalui saluran vaskular yang sangat sempit dan berbelit-belit (sesetengah saluran hanya selebar 2mm sahaja) untuk menuju ke tapak rawatan dengan bantuan panduan imej langsung. Peranti baharu (cth. sten dan pelencong aliran) menawarkan rawatan baharu untuk angin ahmar iskemik atau aneurisme leher tebal, tetapi reka bentuk peranti ini yang semakin mengecil membuatkannya lebih sukar dilihat dengan pengimejan sinar-X. Ini boleh menyebabkan cabaran baharu untuk peletakan serta penilaian rawatan.

Agar dapat mengatasi cabaran ini, NeuroSuite Philips terdiri daripada sistem sinar-X intervensi dwisatah dengan kombinasi tersendiri dua pengesan baharu: pengesan FD20 hadapan Philips memberikan pengimejan 2D dan 3D secara langsung bagi menyediakan pengemudian langsung serta maklum balas terapi serta-merta. Pengesan FD15 sisian yang lebih kecil boleh diletakkan jauh atas bahu dan berdekatan dengan kepala. Kombinasi pengesan yang tersendiri dan lebih rapat sesama sendiri ini menghasilkan pengimejan otak sepenuhnya yang jelas pada dos sinar-X yang lebih rendah serta pengimejan 3D yang dioptimumkan untuk intervensi saraf dan tulang belakang.

"Dalam intervensi berpandukan imej, matlamatnya adalah untuk melihat dengan jelas dan mengemudi dengan berkesan, sambil mengurus dos sinar-X untuk para pesakit, kakitangan serta klinisian," kata Ronald Tabaksblat, Pengurus Besar Sinar-X Intervensi di Philips Healthcare. "Dibangunkan dengan kolaborasi bersama rakan kongsi klinikal seluruh dunia, NeuroSuite Philips telah direka untuk tujuan ini dan turut memantapkan lagi kedudukan kepimpinan global Philips dalam teknologi pemanduan imej langsung."

"Dalam neuroradiologi intervensi, prestasi sistem angiografi itu penting untuk keselamatan pesakit," kata Dr. Michael Soderman, Profesor Madya serta Ketua Neuroangiografi dan Stereotaksi, Jabatan Neuroradiologi, Hospital Universiti Karolinska. "Inovasi terkini Philips ialah NeuroSuite dengan pengesan 20 inci baharu pada satah hadapan, memberikan imej 3D yang bagus dan cukup besar untuk pengimejan tulang belakang. Pada satah sisian, pengesan 15 inci baharu ini memberikan penggambaran saluran vaskular serebrum yang lengkap, dengan risiko pelanggaran lebih kecil serta kebebasan unjuran yang dipertingkat."

AlluraClarity Philips yang berada di pusat NeuroSuite, merendahkan dos radiasi sehingga sebanyak 73 peratus tanpa menjejaskan kualiti imej [2],[3] dan juga VasoCT yang menggambarkan peranti intrakranium dalam konteks saluran serta morfologi saluran sehinggalah ke saluran perforator[1].

"Sepanjang masa yang baru berlalu, banyak kemajuan telah dilakukan ke atas penggambaran oleh peranti beresolusi tinggi," kata Profesor Jacques Moret daripada fakulti perubatan Bichat-Beaujon di Universiti Paris, Perancis. "Langkah seterusnya dalam kolaborasi kami bersama Philips ialah NeuroSuite yang membawakan penggambaran saluran dan peranti yang dipertingkat serta liputan kepala menyeluruh. Kombinasi pengesan baharu ini boleh menjadi sangat berguna dalam rawatan angin ahmar."

NeuroSuite Philips akan dilancarkan secara rasmi semasa Kursus Neuroradiologi & Pembedahan Saraf Intervensi Langsung (LINNC) di Paris mulai 23 hingga 25 Jun 2014.

Buat masa ini NeuroSuite tidak boleh didapati di AS.

Maklumat lanjut tentang NeuroSuite boleh ditemui di: 

http://www.philips.com/neurosuite-case

Latar belakang Royal Philips Electronics 

Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) ialah syarikat kesihatan dan kesejahteraan berkepelbagaian, yang bertumpu pada usaha menambah baik kehidupan orang ramai melalui inovasi yang berguna dalam bidang Penjagaan Kesihatan, Gaya Hidup Pengguna serta Pencahayaan. Beribu pejabat di Belanda, Philips telah mencatatkan jualan tahun 2013 sebanyak EUR 23.3 bilion dan turut menggaji kira-kira 112,000 kakitangan dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 negara. Syarikat itu merupakan peneraju dalam penjagaan kardiak, penjagaan akut, dan juga penjagaan kesihatan di rumah, penyelesaian pencahayaan cekap tenaga dan aplikasi pencahayaan baharu, serta kelengkapan pencukuran dan dandanan lelaki serta penjagaan kesihatan gigi dan mulut. Berita daripada Philips boleh didapati di http://www.philips.com/newscenter.

--------------------------------------------------

1.

Kizilkilic O , et al, Utility of VasoCT in the treatment of intracranial aneurysm with flow-diverter stents, J. Neurosurg, 4 Mei 2012. [Artikel diterbitkan dalam bentuk elektronik sebelum dalam bentuk bercetak].

2.

Radiation dose in neuroangiography using image noise reduction technology: a population study based on 614 patients - Michael Soderman, Mauti, Boon, Omar, Marteinsdottir, Andersson, Holmin, Hoornaert - 15 Ogos 2013

3.

Image Noise Reduction Algorithm for Digital Subtraction Angiography: Clinical Results1 - Soderman, Holmin, Andersson,Palmgren, Babi, Hoornaert - Radiology: Jilid 269: Nombor 2-November 2013 & Van der Bom IMJ, et al. BMJ Case Rep 2013. doi:10.1136/bcr-2013-010763

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Steve Klink
Philips Group Communications
Tel: +31-6-10-8888-24
E-mel: steve.klink@philips.com

Joost Maltha
Philips Healthcare
Tel: +31-6-10 55-8116
E-mel: joost.maltha@philips.com

Source: Royal Philips Electronics
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:PHIA NYSE:PHG
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services