- Coherus Lanjutkan Kemajuan sebagai Sebahagian daripada Kerjasama dengan Daiichi Sankyo dan Baxter
REDWOOD CITY, California, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Coherus BioSciences, Inc. mengumumkan permulaan percubaan CHS-0214 Fasa 3, satu kajian terhadap etanercept biosimilar, dalam artritis rheumatoid (RA). Percubaan Fasa 3 ini merupakan kajian secara rawak, buta duaan, kawalan aktif, kumpulan yang selari, berbilang pusat dan global terhadap subjek-subjek dengan RA aktif yang kurang bertindak balas terhadap methotrexate. Titik akhir utama adalah ACR 20 dalam tempoh 24 minggu.
"Permulaan kajian Fasa 3 CHS-0214 ini adalah satu peristiwa penting untuk pesakit RA," kata Barbara Finck, M.D., Ketua Pegawai Perubatan Coherus. "Percubaan biosimilar etanercept ini melanjutkan matlamat kami untuk meluaskan capaian terhadap ubat-ubatan yang mengubah kehidupan kepada para pesakit yang menghidap RA."
"Percubaan ini juga menandakan peralihan kami kepada syarikat Fasa 3," ujar Denny Lanfear, Ketua Pegawai Eksekutif Coherus. "Bersama rakan-rakan kongsi kami iaitu Daiichi Sankyo dan Baxter, kami amat berbesar hati untuk memajukan produk ini kepada peringkat akhir pembangunannya."
"Coherus membawakan kebolehan pelengkap dengan potensi untuk menyokong kemasukan pantas ke dalam pasaran biosimilar bagi Baxter," kata Ludwig Hantson, Ph.D., presiden Baxter BioScience. "Peristiwa penting ini menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan biosimilar berkualiti tinggi untuk para pesakit di serata dunia."
Latar Belakang Coherus BioSciences, Inc.
Coherus adalah sebuah syarikat berplatform biologi terulung yang memfokuskan kepada penyediaan terapeutik biosimilar berkualiti tinggi yang dapat meluaskan capaian pesakit terhadap ubat-ubatan berkualiti tinggi yang dapat mengubah kehidupan di serata dunia. Beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan ditubuhkan oleh sekumpulan perintis bioteknologi yang turut membantu membangunkan industri bioterapeutik generasi pertama di Amerika, Coherus telah membangunkan model perniagaan kerjasama yang memanfaatkan sebuah konsortium strategik penyedia perkhidmatan utama yang sejajar melalui pemilikan dan insentif bersama. Perkongsian pengkomersilan global oleh Coherus juga melibatkan syarikat-syarikat biofarmaseutikal utama di Eropah, Asia dan Amerika Latin.
Biosimilar adalah bertujuan untuk menggantikan biologik sedia ada dan berjenama bagi merawat penyakit-penyakit kronik serta biasanya mengancam nyawa, yang berpotensi untuk mengurangkan kos dan juga meluaskan capaian pesakit. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari www.coherus.com.
Latar Belakang Baxter International, Inc.
Baxter International, Inc., melalui anak-anak syarikatnya, menghasilkan, mengeluarkan dan memasarkan produk-produk yang dapat menyelamatkan dan membantu kehidupan individu yang menghidap hemofilia, gangguan imun, kanser, penyakit berjangkit, penyakit buah pinggang, trauma dan lain-lain keadaan kesihatan yang kronik serta akut. Sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan global yang pelbagai, Baxter mengaplikasikan kombinasi kepakaran yang unik dalam peralatan perubatan, farmaseutikal dan juga bioteknologi bagi menghasilkan produk-produk yang dapat memajukan kaedah penjagaan pesakit di seluruh dunia.
Gabungan yang eksklusif antara Baxter dan Coherus ini melibatkan pembangunan dan pengkomersilan etanercept biosimilar di Eropah, Kanada, Brazil dan beberapa pasaran lain.
Siaran ini melibatkan kenyataan-kenyataan berpandangan ke hadapan oleh Baxter International Inc. yang berkaitan dengan percubaan klinikal yang dijalankan oleh rakan kongsinya, Coherus BioSciences. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah berdasarkan andaian tentang banyak faktor penting termasuk yang berikut, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding dalam kenyataan berpandangan ke hadapan: kepatuhan peraturan dan lain-lain keperluan; tindakan daripada badan-badan kawal selia dan pihak berkuasa kerajaan yang lain; keputusan klinikal; perubahan dalam undang-undang dan peraturan; kualiti produk atau bekalan atau isu-isu keselamatan pesakit; dan lain-lain risiko yang dikenal pasti dalam kenyataan terbaharunya menerusi Borang 10-K dan juga lain-lain laporan SEC, kesemuanya boleh didapati melalui laman web Baxter. Baxter tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang hadapan.
Orang Hubungan Coherus BioSciences
Beth Jimison
+1-650-649-3526
BJimison@Coherus.com
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120507/SF01448LOGO