![]() |
HOUSTON, 26 Sept. 2023 /PRNewswire/ -- LyondellBasell hari ini mengumumkan pengembangan tawaran mampannya dengan pelancaran penyelesaian +LC (Karbon Rendah), iaitu rangkaian baharu bahan kimia Perantaraan dan Derivatif (I&D) yang dihasilkan di bawah metodologi imbangan jisim yang diperakui oleh Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (International Sustainability and Carbon Certification, ISCC) PLUS. Diperoleh daripada stok suapan yang dikitar semula dan boleh diperbaharui, penyelesaian +LC ini direka bentuk untuk menyokong perniagaan dalam memenuhi matlamat pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sambil mengekalkan penggunaan berkualiti tinggi yang penting untuk kehidupan yang moden dan mampan dengan menawarkan jejak karbon yang lebih rendah daripada alternatif berasaskan fosil.
"Kemampanan dijalin ke dalam fabrik strategi perniagaan kami," kata Kimberly Foley, Naib Presiden Eksekutif, I&D dan Penulenan di LyondellBasell. "Penyelesaian +LC menandakan satu langkah kritikal bagi pelanggan kami ketika mereka semakin beralih ke arah sasaran pengurangan pelepasan GHG dan perkitaran produk yang lebih bercita-cita tinggi. Penyelesaian rendah karbon ini akan menggunakan stok suapan boleh diperbaharui, berasaskan bio dan dikitar semula yang memperkasakan pelanggan kami untuk mengurangkan pelepasan GHG Skop 3 mereka. Kami telah memanfaatkan sejarah panjang kami dalam inovasi, pendekatan berpusatkan pelanggan, dan fokus terhadap kemampanan untuk merekayasa rangkaian produk yang sejajar dengan cita-cita kemampanan syarikat kami dan pelanggan kami."
Dengan membina legasi inovasi dan kualiti selama 70 tahun dalam sektor I&D, LyondellBasell meningkatkan portfolionya yang sudah kukuh dengan rangkaian produk +LC baharu. Produk tersebut termasuk tawaran teras I&D seperti monomer stirena, etilena, dan propilena oksida (PO), dengan penggunaan dalam pelbagai sektor, daripada bahan penebat kepada barangan automotif dan pengguna. Pengumuman ini dilakukan susulan permulaan kilang propilena oksida dan alkohol butil tertier (PO/TBA) LyondellBasell baru-baru ini di Texas, yang mengukuhkan lagi kedudukan syarikat ini sebagai peneraju global dalam sektor I&D dengan kapasiti pengeluaran tahunan yang signifikan. Unit PO/TBA ini mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 470 ribu tan metrik PO, serta satu juta tan metrik TBA dan derivatifnya.
Setiap produk dalam rangkaian +LC disertakan dengan sijil imbangan jisim ISCC+, yang memberikan kebolehkesanan sepanjang rantaian nilai. Pendekatan imbangan jisim ini membolehkan stok suapan yang boleh diperbaharui dan dikitar semula dapat disertakan dengan produk akhir apabila stok suapan ini diadun dengan bahan mentah konvensional dalam proses pengeluaran. Selain itu, data Jejak Karbon Produk (PCF) turut tersedia untuk produk ini, membolehkan perniagaan membandingkan secara langsung jejak karbon penyelesaian +LC dengan penyelesaian tradisional yang berasaskan fosil. Dengan memilih produk +LC, perniagaan kini boleh menyepadukan kemampanan dengan lancar ke dalam operasi mereka tanpa menjejaskan prestasi, sekali gus mencerminkan pendekatan yang seimbang untuk memenuhi kedua-dua keperluan fungsian dan objektif kemampanan.
Penyelesaian +LC kini tersedia di Eropah dan Amerika, manakala perancangan untuk pengembangan ke Asia ditetapkan pada awal tahun 2024. Menawarkan produk berasaskan stok suapan yang boleh diperbaharui dan dikitar semula sebagai pengganti kepada stok suapan fosil menyumbang kepada pemeliharaan sumber fosil dan pengurangan pelepasan GHG daripada pengeluaran stok suapan.
Tentang LyondellBasell
Kami ialah LyondellBasell (NYSE: LYB) – peneraju dalam industri kimia global yang mencipta penyelesaian untuk kehidupan lestari setiap hari. Melalui teknologi canggih dan pelaburan yang tertumpu, kami mendayakan ekonomi kitaran dan rendah karbon. Dalam semua perkara yang kami lakukan, kami menyasarkan untuk mencipta nilai buat para pelanggan, pelabur kami dan masyarakat. Sebagai salah sebuah pengeluar terbesar bagi polimer dan peneraju teknologi poliolefin, kami membangun, mengeluar dan memasarkan produk berkualiti tinggi dan inovatif untuk penggunaan yang merangkumi pengangkutan dan keselamatan makanan yang lestari hingga kepada air bersih dan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lyondellbasell.com/ atau ikuti @LyondellBasell di LinkedIn.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/558633/LyondellBasell_Logo.jpg?p=medium600