omniture

Rangkaian Serantau Terbaik di Cannes Lions untuk DDB EMEA

DDB Worldwide
2014-06-25 01:51 152

LONDON, 25 Jun, 2014 /PRNewswire/ -- DDB EMEA telah menerima anugerah Rangkaian Serantau Terbaik pada majlis Anugerah Cannes Lions 2014 yang berlangsung pada Sabtu, 21 Jun lalu.

Secara keseluruhan, rangkaian EMEA oleh DDB membawa pulang 43 Lions. Agensi UK, adam&eveDDB turut menerima anugerah Agensi Terbaik yang menjadi rebutan, dengan empat anugerah Grand Prix, tujuh emas, empat perak dan tujuh gangsa.

Kempen adam&eveDDB turut menerima paling banyak anugerah: Harvey Nichols "Sorry, I Spent it on Myself," yang dianugerahkan dengan 12 Lions dengan sendiri termasuk empat grand prix.

Agensi-agensi lain yang turut menyumbang untuk 'lions' termasuklah DDB Tribal Austria, DDB Sepanyol, DDB Paris, DDB Tribal Dusseldorf dan DDB Stockholm.

'Lions' tersebut telah dianugerahkan menerusi 12 kategori: Kandungan Berjenama, Siber, Rekaan, Langsung, Filem. Filem Kraf, Mudah Alih, Luar, PR, Akhbar, Promo dan Bersepadu untuk pelanggan-pelanggan seperti Bic, Caritas, Celem, Diageo, Google+, Hasbro, John Lewis, Lufthansa, McDonald's, Musee De La Grande Guerre, Popakademie Baden-Wurttemberg, dan Volkswagen.

Agensi-agensi DDB di Dubai, Istanbul, Oslo, Amsterdam, Budapest, Hamburg, Brussels, Berlin dan Rom turut berada dalam senarai pendek tersebut.

Amir Kassaei, Ketua Pegawai Kreatif DDB Worldwide berkata: "Berikutan dengan anugerah Rangkaian Terbaik bagi Eurobest and African Cristal 2013 itu, ini merupakan satu lagi anugerah yang layak diterima oleh rantau DDB EMEA. Ini turut membuktikan bahawa agensi-agensi kami amat komited dalam menyediakan hasil kerja yang kreatif dan berkesan untuk para pelanggan kami."

Pietro Tramontin, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DDB EMEA turut menambah: "Saya amat berbangga dengan kesemua agensi di rantau ini atas sumbangan yang diberikan bagi meraih pengiktirafan hebat ini menerusi kerja keras dan keazaman tinggi untuk menciptakan pengaruh. Saya juga amat berbangga terutamanya terhadap adam&eveDDB, kerana membawa pulang anugerah Agensi Terbaik dengan 22 Lions."

Anugerah Rangkaian Serantau Terbaik telah disampaikan kepada rangkaian agensi serantau yang memperoleh skor penyertaan tertinggi dalam bahagian-bahagian Lions termasuk Filem, Filem Kraf, Akhbar, Luar, Radio, Media, Siber, Mudah Alih, Langsung, Promo, Rekaan, Rekaan Produk, PR, Titanium dan Bersepadu, Kecekapan Kreatif, Kandungan Berjenama dan Hiburan serta Inovasi. Rantau-rantau yang dipertimbangkan ialah: Asia Pasifik, EMEA, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Latar Belakang DDB EMEA
DDB EMEA adalah sebahagian daripada DDB Worldwide (www.ddb.com), salah satu daripada rangkaian pengiklanan dan pemasaran terbesar dan paling banyak menerima anugerah di dunia. Pada 2012, DDB telah dipilih sebagai Rangkaian Pengiklanan Terbaik oleh Campaign, serta Agensi Terbaik dan juga Agensi Digital Terbaik oleh majalah Strategy. Pada 2013, DDB membawa pulang anugerah Rangkaian Agensi Terbaik menerusi Anugerah Eurobest dan Anugerah African Cristal. Pada Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes 2014 yang berprestij, DDB EMEA telah menerima anugerah Rangkaian Serantau Terbaik dan juga Agensi Terbaik. Di samping itu, The Gunn Report telah menyenaraikan DDB sebagai salah satu daripada Rangkaian Global 3 Teratas untuk kali ke-12 bagi tempoh 15 tahun.

Ditubuhkan pada 1949, DDB merupakan sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) dan mempunyai lebih 200 buah pejabat di lebih 90 buah negara dengan pejabat utamanya di New York, NY.

Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (NYSE-OMC) merupakan sebuah syarikat pemasaran dan komunikasi korporat terulung di peringkat global. Rangkaian dengan jenama Omnicom dan pelbagai firma khusus yang menyediakan khidmat pengiklanan, perancangan media berstrategik dan pembelian, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan promosi, hal ehwal awam dan pelbagai khidmat komunikasi kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 buah negara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Omnicom dan jenama-jenamanya, sila layari www.omnicomgroup.com.

Hubungi
Sara Cosgrove, Pengarah Komunikasi, Eropah
Sara.cosgrove@ddb-europe.com 
+44-(0)-207-258-4230

Source: DDB Worldwide
Related Stocks:
NYSE:OMC
Related Links:
Keywords: Publishing/Information Service Awards