omniture

Rusia Menang di Festival Cannes Lions

MegaFon
2014-06-25 02:32 110

MOSCOW, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Projek inovatif MegaFon menang Grand Prix pertama Rusia

Pavilion Olimpik MegaFon raih anugerah Grand Prix di festival Cannes Lion, iaitu satu acara untuk ahli-ahli profesional yang terlibat dalam industri pengiklanan dan kreatif. Buat kali pertama dalam tempoh 61 tahun, pencalonan dari Rusia telah berjaya meraih hadiah utama.  

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140623/693716)

OJSC MegaFon merupakan sebuah penyedia khidmat telekomunikasi yang beroperasi di seluruh segmen pasaran telekomunikasi di Rusia. Projek MegaFaces yang direka khas untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi, telah menjadi salah satu daripada sensasi pasaran tahun ini. Rekaan berteknologi tinggi dan interaktif itu merupakan yang pertama seumpamanya di dunia dan menjadi peneraju dalam seni bina moden serta teknologi-teknologi digital. Muka bangunan pavilion itu juga mempunyai 11,000 penggerak dengan lampu LED yang panjang bagi menghasilkan potret tiga dimensi yang berukuran sebuah bangunan tiga tingkat: 8x6x2 meter. Lebih 140,000 wajah peminat dari serata dunia telah dipaparkan pada muka bangunan MegaFaces tersebut ketika berlangsungnya Sukan Olimpik di Sochi.

Projek MegaFaces merupakan satu kejayaan cemerlang bagi Sukan Olimpik dan telah dicalonkan dalam kategori-kategori Rekaan, Siber dan Inovasi di Cannes. Bagi kategori akhir tersebut, projek itu berjaya meraih anugerah, hasil daripada undian pihak juri. Majlis anugerah tersebut telah berlangsung di Palais des Festivals, Cannes. Anugerah yang menjadi rebutan itu dimenangi oleh pasukan projek: MegaFon; Asif Khan, pengarah kreatif dan pencipta idea; Axis, agensi projek; dan iart, pencipta muka bangunan interaktif dan teknologi imbasan.

Mikhail Dubin, Pengarah Eksekutif MegaFon berkata: "Ini merupakan satu kemenangan yang hebat! Inovasi dan pembangunan adalah DNA MegaFon dan Megafaces telah berjaya membuktikannya. Projek ini juga amat penting untuk kami, sepertimana semua yang berkaitan dengan Sukan Olimpik di Sochi. Kami amat berbangga kerana dapat memberi sumbangan penting kepada kejayaan ini dan sangat gembira kerana projek MegaFaces Olimpik ini dapat terus mengujakan masyarakat di seluruh dunia. Ini juga merupakan satu penghormatan besar untuk kami kerana dapat menjadi sebahagian daripada kemenangan pertama Rusia dalam sejarah Grand Prix. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam projek yang hebat ini serta atas sumbangan idea dan kerja keras yang diberikan untuk menjadikan projek MegaFaces ini suatu realiti."

Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes Lions telah berlangsung dari 15 hingga 21 Jun di Cannes, Perancis. Ini merupakan satu acara paling berwibawa dalam industri pengiklanan. Sebanyak 37,427 permohonan daripada 97 buah negara telah dikemukakan pada tahun ini.

Pada 2009, MegaFon menjadi Rakan Kongsi Utama Sukan Olimpik Musim Sejuk XXII dan juga Sukan Paralimpik Musim Sejuk XI di Sochi. Syarikat tersebut berjaya mewujudkan rangkaian infrastruktur komunikasi yang kukuh di tapak Olimpik dan menyediakan khidmat komunikasi yang berkualiti kepada para atlet dan tetamu, termasuk Internet 4G berkelajuan tinggi. Pavilion MegaFaces menjadi satu lokasi paling banyak dilawati di Taman Olimpik. Pada Jun 2014, projek tersebut berjaya meraih anugerah tahunan Silver Mercury menerusi tujuh kategori; anugerah tersebut telah diberikan untuk projek-projek terbaik dan paling berani dalam khidmat pemasaran dan industri pengiklanan. Kemenangan besar MegaFaces pula adalah satu rekod dalam sejarah anugerah tersebut.

Pasukan projek: 

AXIS Agency (Moscow) - agensi projek.

Asif Khan (London) - pengarah kreatif dan pencipta idea.

iart Company (Basel) - pencipta muka bangunan interaktif dan teknologi imbasan.

Deluxe Interactive (Moscow) - pembangun aplikasi pendaftaran, pembangun bahagian mudah alih dan pelayan projek.

Scott Eaton (London) - pengarah teknikal dan perunding anatomi daripada Pixar Animation Studios; pencipta aplikasi CPP untuk meningkatkan pengecaman muka.

AdWatch (Moscow) - pencipta projek dan hos.

SUMBER  MegaFon

Source: MegaFon
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Sporting Events Sports Telecommunications