omniture

Microsoft Devices Group memperluas portfolio telefon pintar mampu milik dengan Nokia X2

Microsoft Corp.
2014-06-25 05:04 144

-- Menyampaikan pengenalan yang menarik minat untuk platform perisian dan peranti generasi kedua

REDMOND, Washington, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari Selasa, Microsoft Devices Group telah memperkenalkan Nokia X2, penambahan terbaharu ke dalam rangkaian telefon pintar mampu milik Nokia X yang semakin berkembang dan direka bagi memperkenalkan perkhidmatan awan dan Internet mudah alih kepada "satu bilion orang seterusnya". Nokia X2 mewakili evolusi pantas rangkaian Nokia X, memberikan pengalaman yang dipertingkat merentasi app, perkakas dan juga antara muka pengguna. Nokia X2 menawarkan reka bentuk menawan, Fastlane yang lebih memukau pandangan, lebih banyak perkhidmatan Microsoft, serta spesifikasi yang dinaik taraf termasuk paparan ClearBlack 4.3 inci serta kamera belakang 5MP dengan autofokus dan lampu denyar. Pada harga saranan runcit sebanyak hanya 99 Euro,1 telefon Nokia X2 ialah pilihan yang sangat menarik untuk generasi baharu pembeli telefon pintar.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

Seperti Nokia X, Nokia X2 baharu menyediakan capaian kepada pelbagai app Android dan perkhidmatan Microsoft yang popular, sambil membolehkan orang ramai bertukar-tukar antara app kegemaran mereka dengan ciri Fastlane. Nokia X2 memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan intuitif, diperkasa oleh pemproses Snapdragon™ 200 Qualcomm® dengan CPU 1.2GHz dwiteras dan juga RAM sebanyak 1 GB. Nokia X2 memperkenalkan buat julung kalinya Nokia X Software Platform 2.0 generasi seterusnya serta peningkatan yang utama kepada antara muka pengguna. Orang ramai boleh memilih antara tiga jenis skrin bagi membantu pengemudian: skrin "rumah" berwarna-warni dengan jubin boleh suai saiz: Fastlane untuk mengakses app yang paling baru digunakan serta item kalendar masa hadapan; dan senarai baharu app berilhamkan Lumia, yang boleh digunakan orang ramai untuk mengepin item pada skrin rumah. Tab pemberitahuan tarik ke bawah juga membenarkan orang ramai melihat pilihan keterhubungan serta item boleh tindak, seperti kemas kini perisian yang sedia untuk dimuat turun. Kunci rumah baharu dan penugasan berbilang tampak melengkapkan pengalaman itu.

Microsoft terus melabur dalam perkhidmatan untuk rangkaian Nokia X

Sebagai gerbang untuk perkhidmatan Microsoft, rangkaian Nokia X sedang memacu penerimaan penggunaan yang mantap untuk perkhidmatan seperti Skype dan OneDrive, sambil melengkapi rangkaian telefon pintar Lumia. Nokia X2 akan dikeluarkan dengan Outlook.com, Skype serta OneDrive sedia ada, dengan lebih banyak app lagi boleh didapati daripada Nokia Store, termasuk app Bing Search.

Perkhidmatan baharu dalam rangkaian ini termasuk OneNote dan Yammer juga boleh dimuat turun secara percuma2 daripada Nokia Store. OneNote membenarkan orang ramai membuat nota dan menyimpannya kepada awan melalui OneDrive, sementara Yammer pula menjadikan kolaborasi dalam talian bersama orang ramai semudah memuat naik pada rangkaian sosial. Pilihan untuk menyimpan salinan gambar kamera secara automatik kepada OneDrive memanfaatkan sepenuhnya kelebihan simpanan awan percuma sebanyak 15 GB yang kini boleh didapati melalui perkhidmatan itu, untuk melindungi foto, video, dokumen dan banyak lagi.

Nokia X2 juga akan memperkenalkan app pihak ketiga baharu seperti LINE Ranger, Brewster serta Findery. Instagram, WeChat, Skype, Benji Bananas Adventures dan banyak lagi boleh didapati daripada Nokia Store yang direka semula dan mudah dikemudi – tempat tumpuan untuk mencari app Android berkualiti paling tinggi bagi rangkaian Nokia X.

Reka bentuk tersendiri dan mempesonakan

Nokia X2 mempunyai ekarangka yang rapi dan menunjukkan pendekatan baharu terhadap reka bentuk penutup belakang yang boleh ditukar ganti dan turut menggabungkan teras berwarna terang dengan lapisan luar yang lutcahaya. Hasil keseluruhannya ialah peranti lasak yang kelihatan seperti bercahaya dari dalam.

Nokia X2 boleh didapati semasa pelancaran itu dalam warna jingga berkilat, hitam dan hijau. Versi berwarna kuning berkilat, putih dan kelabu gelap padu pula bakal ditambah ke dalam rangkaian itu tidak lama lagi.

"Rangkaian Nokia X semakin hari semakin mantap, dengan telefon pintar Nokia X mencapai status laris dijual di Pakistan, Rusia, Kenya dan juga Nigeria, sambil mencapai kedudukan telefon pintar ketiga paling laris dijual di India," kata Timo Toikkanen, ketua Telefon Bimbit, Microsoft Devices Group. "Nokia X2 mempertingkat lagi pengalaman Nokia X dengan reka bentuk menakjubkan, kemudahan penggunaan dan juga pengalaman Microsoft baharu. Kami berbangga dapat terus mengurangkan harga bagi inovasi telefon pintar."

Pada mulanya, Nokia X2 akan didapati sebagai peranti dwiSIM dan akan mula dikeluarkan secara besar-besaran ke seluruh dunia pada bulan Julai 2014 pada harga 99 Euro.4

Nokia X2: Spesifikasi seimbas lalu

Item

Jenis DwiSIM

Paparan

WGVA ClearBlack 4.3 inci

Pemproses

Pemproses Snapdragon 200 dengan CPU 1.2GHz dwiteras

RAM

1 GB

Kamera belakang

5MP autofokus dengan lampu denyar

Kamera hadapan

VGA

Bateri

1800 mAh

Tempoh panggilan

2G: sehingga 10 jam

3G: sehingga 13 jam

Tempoh bersedia

Sehingga 23 hari

Latar belakang Microsoft Devices

Microsoft Devices Group bertanggungjawab untuk strategi peranti syarikat itu, termasuk telefon pintar dan komputer tablet Lumia, telefon bimbit Nokia, perkakas Xbox, Surface, produk Perceptive Pixel, serta aksesori.

Latar belakang Microsoft

Ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") ialah peneraju seluruh dunia dalam perisian, perkhidmatan, peranti dan juga penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.

1 Harga runcit saranan sebelum cukai dan subsidi tempatan.
2 Mungkin tertakluk kepada bayaran yang dikenakan pembawa.
3 No.1 dalam titik harganya di Rusia, Kenya, Nigeria; No. 1 keseluruhan di Pakistan (semua pemeringkatan Gfk).
4 Harga runcit saranan sebelum cukai dan subsidi tempatan.

Qualcomm dan Snapdragon merupakan tanda dagangan Qualcomm Incorporated, yang telah didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain. Qualcomm Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc.

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services