omniture

Antibiotik: Harta untuk Dilindungi

World Alliance Against Antibiotic Resistance (WAAAR)
2014-06-25 05:53 94

PARIS, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ --

"Perikatan Sedunia Terhadap Rintangan Antibiotik" (WAAAR) lancarkan Deklarasi 

Antibiotik, yang telah menyelamatkan sejumlah nyawa manusia kini dalam keadaan berbahaya. Rintangan bakteria terhadap antibiotik terus meningkat. Dianggarkan bahawa rintangan ini yang disebabkan oleh jumlah antibiotik yang digunakan, kini menyebabkan lebih 25,000 kematian di Eropah dan 23,000 kematian di AS setiap tahun. Namun begitu, kadar penggunaan antibiotik terus meningkat di kebanyakan negara.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140620/693578)

Di samping itu, hanya sebilangan kecil antibiotik baharu yang telah diperkenalkan di pasaran bagi tempoh beberapa tahun ini, dan sangat sedikit juga yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat. Oleh itu, kekurangan antibiotik yang berkesan ini menjadi satu isu kesihatan awam yang besar.

Tindakan segera adalah amat diperlukan bagi membantu melindungi antibiotik yang kini berkesan, serta berusaha untuk mendapatkan antibiotik baharu. Tanpa tindakan dan kerjasama yang segera, beberapa jangkitan akan menjadi mustahil untuk dirawat dan beberapa prosedur (transplan, rawatan yang mengurangkan keimunan, pembedahan, dsb.) akan menjadi terlalu berisiko untuk dilaksanakan. Beberapa jangkitan nosokomial dan bandar telah pun dikaitkan dengan bakteria berbilang rintangan, maka rawatan untuknya adalah sukar.

Diketuai oleh Dr Jean Carlet (mantan ahli terapi yang pakar dalam jangkitan nosokomial dan rintangan antibiotik), "Perikatan Sedunia Terhadap Rintangan Antibiotik" (WAAAR) ditubuhkan dua setengah tahun yang lalu dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keadaan kecemasan dan risiko yang serius, selain daripada menyelaraskan dialog Eropah dan antarabangsa mengenai pelaksanaan penyelesaian yang berkesan.

Satu kumpulan antarabangsa yang terdiri daripada 700 individu daripada 55 buah negara berbeza yang mewakili kesemua badan-badan penting dalam sektor penjagaan kesihatan, disokong oleh 140 persatuan-persatuan akademik dari seluruh dunia, perikatan tersebut akan menerbitkan deklarasinya secara rasmi pada hari ini.

Deklarasi dan sepuluh cadangan tindakan untuk melindungi keberkesanan antibiotik dan menstabilkan ekosistem bakteria boleh didapati di sini:   
http://www.thedesk.fr/actualites/the-waaar-declaration-against-antibiotic-resistance

Bagi menyebarkan Deklarasi tersebut, WAAAR merebut peluang untuk mengetengahkan supaya satu resolusi bertandatangan berkaitan program tersebut diterima di Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

SUMBER  Perikatan Sedunia Terhadap Rintangan Antibiotik (WAAAR)

Source: World Alliance Against Antibiotic Resistance (WAAAR)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals