omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK Kalis Habuk dan Lumpur dengan Bahagian Luar Logam Penuh Tahan Lasak

CASIO COMPUTER CO., LTD
2023-09-28 09:00 59

Tiga Sensor dan Pautan Telefon Pintar Menyampaikan Fungsian Lebih Baik

TOKYO, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran penambahan terkini kepada rangkaian jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MUDMASTER GWG-B1000 kalis habuk dan lumpur baharu menampilkan komponen luaran dalam logam untuk reka bentuk berkuasa dan kukuh.

GWG-B1000
GWG-B1000

GWG-B1000 baharu, satu penambahan kepada rangkaian Master of G, ialah MUDMASTER kalis habuk dan lumpur hebat yang direka bentuk untuk persekitaran berpasir dan kotor. Bahagian luar logam yang kukuh mengekalkan ciri rintangan hentakan G-SHOCK dalam reka bentuk tahan lasak menerusi bentuk berbilang dimensi yang menggamit perhatian.

Bahagian pelindung pada kedudukan pukul 12 dan 6 melindungi kaca jam tangan yang biasanya merupakan bahagian yang paling mudah terkena hentakan dan ia dilapisi dengan lapisan karbon karbon seperti berlian (DLC) bagi memberi ketahanan lelasan yang lebih tinggi. Bahagian ini merupakan hasil potongan komponen yang terlebih dahulu ditempa menjadi bentuk bezel dalam proses penghasilan yang cermat dan teliti yang menghasilkan bentuk kompleks dalam logam. Bentuk acuan kompleks pada pengawal butang depan dicapai dengan kaedah yang berbeza, pengacuan suntikan logam (MIM).*

* Pengacuan suntikan logam ialah satu teknik yang menggabungkan pengacuan suntikan dengan proses sinter. Serbuk logam halus dicampur dengan pengikat, suntikan diacu dengan kaedah yang serupa dengan yang digunakan dengan plastik dan kemudian disinter untuk menghasilkan bahagian logam berkejituan tinggi dalam bentuk tiga dimensi yang kompleks.

Jam tangan ini turut menampilkan fungsi-fungsi yang diperlukan oleh pengguna dengan misi darat untuk melaksanakan tugas mereka. Ia merupakan G-SHOCK pertama dengan tiga sensor yang mengukur bearing kompas, altitud/tekanan barometrik dan suhu serta pengecasan solar dan penerimaan gelombang radio, yang turut disertakan dengan sambungan telefon pintar. Apabila jam tangan ini digandingkan dengan telefon pintar, aplikasi khusus pada telefon menawarkan operasi mudah pelbagai ciri berguna termasuk Penunjuk Lokasi (Location Indicator) yang menghalakan jarum penunjuk permukaan jam inset ke arah lokasi yang yang direkodkan pada peta dalam aplikasi, dan Log Misi (Mission Log) yang merekodkan sejarah aktiviti.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services