omniture

Presiden Bill Clinton, Pengarah Eksekutif UNAIDS Michel Sidibe dan penggiat Sir Bob Geldof bakal memberi ucapan semasa Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20 (AIDS 2014)

International AIDS Society
2014-06-25 15:32 86

GENEVA, Switzerland, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Para penganjur Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20 (AIDS 2014) hari ini telah mengumumkan Presiden Bill Clinton, pengasas Yayasan Clinton dan Presiden ke-42 Amerika Syarikat, Pengarah Eksekutif UNAIDS Michel Sidibe serta artis dan penggiat Sir Bob Geldof merupakan beberapa penceramah peringkat tinggi yang bakal menyertai ribuan penyelidik AIDS terkemuka dunia, pemimpin masyarakat, penghidap HIV dan juga penggubal dasar semasa AIDS 2014 yang akan berlangsung pada 20 hingga 25 Julai di Melbourne, Australia.

"AIDS 2014 mengumpul wakil bidang sains, masyarakat awam, politik, dan juga sektor swasta bagi bersama membincangkan pada peringkat antarabangsa isu yang paling genting yang berkait dengan HIV/AIDS. Hanya dengan dialog terbuka dan kolaboratif, barulah kita boleh mengorak langkah dalam respon terhadap HIV dan ancaman kesihatan lain. Kehadiran penceramah peringkat tinggi tersebut akan memperkuat impak berpanjangan persidangan itu," kata Profesor Françoise Barre-Sinoussi, Pengerusi Antarabangsa AIDS 2014, Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) dan Pengarah Kawal Selia Unit Jangkitan Retrovirus di Institut Pasteur di Paris.

Pengarah Eksekutif UNAIDS Michel Sidibe serta pakar undang-undang dan ilmuwan terkemuka Michael Kirby juga bakal menyampaikan ucapan dasar semasa upacara pembukaan.

Presiden Bill Clinton bakal menyampaikan ucapan dasar pada hari Rabu 23 Julai.

Pemuzik, usahawan perniagaan serta penggiat politik Sir Bob Geldof bakal menjadi penceramah jemputan semasa sesi pada hari Khamis 24 Julai dan bakal berkongsi pandangan beliau tentang cabaran yang menanti usaha memerangi HIV dalam negara membangun. Beliau akan turut menyampaikan ucapan semasa sesi penutup pada hari Jumaat 25 Julai.

Acara utama lain termasuklah sesi pleno pada hari Isnin 21 Julai dengan ucapan tentang "Masa Hadapan Sains dalam Respon HIV" oleh Tony Fauci, Pengarah Institut Kebangsaan Alahan dan Penyakit Berjangkit; Mark Dybul, Pengarah Eksekutif Dana Global untuk Memerangi AIDS, Batuk Kering dan juga Malaria, bakal bercakap tentang pelaburan dalam respon HIV; Helen Clark, Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bakal membentangkan tentang masa hadapan respon HIV dalam landskap pasca tahun 2015.

Keseluruhan program AIDS 2014 kini boleh didapati dalam talian melalui Program Seimbas Lalu. Dengan sistem interaktif ini, semua sesi persidangan, aktiviti program dan satelit boleh didapati.

Untuk membaca siaran akhbar penuh, sila lawati: http://www.aids2014.org/WebContent/File/AIDS2014_VIPs_media_release_June2014.pdf 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut:

Siân Bowen (Geneva, Switzerland) Pengurus Kanan, Komunikasi, IAS & AIDS 2014, E-mel: Sian.Bowen@iasociety.org, Tel: +41-22-710-0864;

Francesca Da Ros (Geneva, Switzerland) Penyelaras Kanan, Komunikasi dan Media, IAS & AIDS 2014, E-mel: Francesca.Daros@iasociety.org, Tel: +41-22-710-0822;

Lucy Stackpool-Moore (Melbourne, Australia) Penyelaras Komunikasi Tempatan, AIDS 2014, E-mel: lucy.stackpool-moore@aids2014.org, Tel: +61414448253.

Sumber: Persatuan AIDS Antarabangsa

Source: International AIDS Society
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news