omniture

WADL TV Detroit Lancar Titan Sports Classic Network Paparkan Saat Hebat Sukan dalam Sejarah Olahraga University Of Detroit Mercy

WADL TV Detroit
2014-06-25 20:00 118

- PRATONTON TIDAK RASMI PADA RABU 25 JUN JAM 8 MALAM DI WADL TV

DETROIT, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ -- WADL TV Detroit, stesen televisyen pasaran bermeter ke-11, akan menyiarkan pratonton tidak rasmi untuk penonton program pada Rabu, 25 Jun pada jam 8 malam menerusi Titan Sports Classic Network baharu bermula pada Musim Luruh ini melalui Saluran dot tiga miliknya. Pratonton tidak rasmi ini akan memaparkan Perlawanan Kejohanan Bola Keranjang NCAA 1978 antara University Of Detroit Titans lwn. Michigan Wolverines. Titans yang berada di kedudukan #16 pada waktu itu, menentang pasukan #1 di rantau itu, Wolverines. Rangkaian tersebut turut memaparkan Saat Klasik Sukan dalam Sejarah University Of Detroit Mercy, termasuk sukan bola keranjang, bola sepak dan banyak lagi.

Sejak 50 tahun lalu, Kevin Adell, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas The Word Network serta WADL Detroit, telah menukarkan semua format sukan yang telah dirakam kepada format digital yang membolehkan program tersebut disiarkan menerusi Titan Sports Classic Network, bermula pada Musim Luruh ini.

Mantan Jurulatih Bola Keranjang Titans dan juruhebah bola keranjang legenda, Dick Vitale mengulas, "The Titan Classic Sports Network adalah sangat hebat untuk Jabatan Olahraga Titans serta seluruh Universiti. Ia dapat menyediakan pendedahan menyeluruh, kebolehlihatan dan juga dapat membantu menaikkan nama jenama tersebut."

Adell pula berkata, "Saya boleh membina rangkaian sukan untuk sebarang francais sukan profesional atau kolej yang dapat mengekalkan nilai mereka dan bukan wujud sebagai entiti siaran pihak ketiga."

Pengarah Olahraga Detroit Titans Robbery Vowels berkata, "Titan Classic Sports Network dalam perkongsian dengan WADL akan menyediakan pengalaman hebat untuk alumni, para peminat, penyokong dan juga rakan program bersejarah kami ini."

Source: WADL TV Detroit
Keywords: Entertainment Sports Television New products/services