omniture

Inisiatif "Pelancongan Membuka Minda" Dilancarkan di Riyadh untuk Mengubah Tabiat Perjalanan

United Nations World Tourism Organization
2023-09-29 11:39 0

RIYADH, Arab Saudi, 29 September 2023 /PRNewswire/ -- UNWTO telah melancarkan satu inisiatif global baharu yang direka untuk menyatukan dan menggalakkan negara, pemimpin sektor pelancongan dan pengguna supaya lebih berfikiran terbuka apabila memilih destinasi pelancongan.

 

Diumumkan semasa sambutan Hari Pelancongan Sedunia di Riyadh, "Pelancongan Membuka Minda" akan mempamerkan peranan kuat yang dimainkan oleh pelancongan dalam merapatkan budaya dan mempromosikan dunia yang lebih saling terhubung dan harmoni. Sebagai menandakan pelancaran, para perwakilan yang berhimpun di Riyadh telah disampaikan dengan sebuah Ikrar khas yang menyeru mereka untuk bekerja secara aktif dalam mempromosikan destinasi baharu dan kurang dihargai.

Pelancongan Pulih – Tetapi Corak Lama Kekal

Hari Pelancongan Sedunia 2023 telah diadakan kerana data baharu daripada UNWTO menggariskan pemulihan sektor ini daripada kesan pandemik. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, penyelidikan mencadangkan bahawa hanya sebilangan kecil pelancong yang berhasrat untuk mencari destinasi baharu atau berbeza apabila mereka mula mengembara semula.

  • Menurut Barometer Pelancongan Dunia UNWTO, pelancongan global berada pada landasan yang betul untuk mencapai pemulihan jumlah ketibaan antarabangsa sebanyak 80% dan 95% menjelang akhir tahun 2023.
  • Namun begitu, tinjauan YouGov baru-baru ini mendapati secara ketara bahawa 66% daripada pelancong percaya bahawa perjalanan ke tempat yang mereka ketahui adalah penting. Kurang separuh daripada responden berasa tidak selesa mengembara ke tempat yang mereka kurang tahu.
  • Walaupun pada hakikatnya, 83% daripada mereka yang melakukan perjalanan ke destinasi baharu bersetuju bahawa mereka kembali dengan perspektif yang berubah atau meluas.

Data ini menunjukkan keperluan untuk diwujudkan inisiatif-inisiatif seperti 'Pelancongan Membuka Minda' bagi menggalakkan pengguna mempelbagaikan tabiat perjalanan mereka, dengan UNWTO menyatukan sektor global di sebalik matlamat ini. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membolehkan para pegawai kerajaan, pemimpin sektor dan pengguna membantu mengurangkan kesan pelancongan berlebihan, memupuk persefahaman bersama, memulihara alam sekitar dan memastikan pertumbuhan saksama bagi sektor tersebut.

"Kuasa Penyatuan" Untuk Kebaikan

Setiausaha Agung UNWTO, Zurab Pololikashvili berkata: "Untuk memastikan kemakmuran global yang sebenar, kita mesti bekerjasama bagi memastikan setiap negara dapat memanfaatkan potensi industri pelancongan yang berkembang maju. Sektor ini berfungsi sebagai kuasa penyatuan, memupuk persefahaman budaya, mengukuhkan ikatan antara masyarakat dan memperjuangkan pemeliharaan alam sekitar.

"Inisiatif 'Pelancongan Membuka Minda' ini menyampaikan jemputan yang menarik kepada para pengembara untuk meluaskan pandangan mereka dan meneroka setiap pelosok dunia yang belum diterokai. Dengan berbuat demikian, ia bukan sahaja mendedahkan keindahan destinasi yang pelbagai tetapi juga memupuk penghargaan terhadap budaya dan penduduk yang mendiami tempat ini."

Tuan Yang Terutama Ahmed Al-Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata: "Sejak memulakan perjalanan sektor pelancongan kami, Arab Saudi telah komited untuk meningkatkan sektor ini dan memberikan kesan yang melangkaui sempadan. Sumbangan kami termasuk kerjasama penting seperti penubuhan pejabat UNWTO Timur Tengah di Riyadh, pewujudan Pusat Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti Riyadh serta menganjurkan edisi Forum Global WTTC dan Hari Pelancongan Dunia UNWTO yang memecah rekod bagi menekankan potensi besar sektor ini apabila penduduk dari seluruh dunia bersatu dan terhubung.

"Inisiatif 'Pelancongan Membuka Minda' UNWTO ini merupakan satu lagi pencapaian penting bagi sektor pelancongan dan pelancarannya di Hari Pelancongan Sedunia di Riyadh adalah kesinambungan kepada pelbagai komitmen kami sebelum ini kepada sektor pelancongan global."

Ikrar Pemimpin Pelancongan untuk Bertindak

Di Riyadh, tetamu peringkat tinggi pada sambutan Hari Pelancongan Sedunia telah dijemput untuk bersetuju dengan Ikrar yang mewakili komitmen bersama mereka untuk bekerjasama demi:

  • Menjadikan destinasi yang kurang dikenali lebih mesra dan mudah diakses;
  • Membantu untuk memenuhi dan memupuk sebuah persekitaran yang melengkapkan perjalanan ke destinasi yang kurang dikenali;
  • Menjadi lebih berfikiran terbuka kepada budaya dan destinasi baharu.

Sebuah simbol baharu untuk mewakili inisiatif ini turut diumumkan. Simbol yang diilhamkan oleh warna bendera setiap negara di dunia ini bertindak sebagai gambaran visual kerjasama bagi mengiktiraf kuasa pelancongan dalam memupuk hubungan budaya dan pertumbuhan mampan untuk semua.

Tourism Opens Minds symbol
Tourism Opens Minds symbol

Tentang UNWTO 

Pertubuhan Pelancongan Dunia (World Tourism Organization - UNWTO) ialah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memupuk pelancongan sebagai wadah untuk pembangunan yang sama rata, inklusif dan mampan. Bekerjasama dengan Negara Anggotanya, organisasi antarabangsa dan sektor swasta, UNWTO mempromosikan perjalanan yang selamat dan lancar untuk semua. UNWTO juga berfungsi untuk menjadikan pelancongan sebagai asas kepercayaan dan kerjasama antarabangsa serta tonggak utama pertumbuhan dan peluang. Sebagai sebahagian daripada sistem PBB yang lebih luas, UNWTO menerajui usaha global untuk mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030, termasuk melalui keupayaannya untuk mewujudkan pekerjaan yang baik, menggalakkan kesaksamaan dan memelihara warisan semula jadi serta budaya.

Video: https://mma.prnasia.com/media2/2234731/WTO.mp4
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2234726/WTO.jpg?p=medium600

 

Source: United Nations World Tourism Organization
Keywords: Advertising Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services