WUYUAN, China, 26 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Pekan Wuyuan di wilayah Jiangxi di China baru-baru ini telah mengeluarkan versi baharu Nostalgia, filem pendek yang ditayangkan dalam program China News saluran CCTV yang menggalakkan pelancongan ke pekan yang kaya dengan warisan itu. Adegan gembala yang membangkitkan kerinduan pada kampung halaman seseorang memberi makna baharu kepada pembangunan pelancongan luar bandar Wuyuan, yang menganggap perkampungan purba dan adegan gembala sebagai sumber teras.
Pelancongan luar bandar di Wuyuan telah menyaksikan pembangunan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Salah satu tarikan pelancong popular yang baru muncul di China ialah Jiangwan, tempat berpemandangan indah yang terkenal di Wuyuan yang mewakili tarikan yang ditawarkan oleh pekan purba itu. Bagi melindungi ekologi kampung dan memulihara memori perkampungan itu, kemajuan dan pembangunan pelancongan luar bandar Wuyuan telah mematuhi prinsip memulihkan bangunan sedia ada serta landskap persekitaran sebagaimana pada zaman dahulu kala, selain mengekalkan pemandangan dan rasa yang sama dengan seni bina purba dalam pembinaan sebarang bangunan baharu. Dengan ini, tekstur asal jalan dan lorong serta bangunan yang dibina di sampingnya dapat dikekalkan sebaik yang mungkin.
Jika seni bina purba adalah sebahagian daripada sejarah fizikal kampung itu, adat dan budaya yang telah diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya dan terus dipulihara oleh penduduk tempatan itulah sejarah yang hidup. Sejak mula lagi, pembangunan pelancongan luar bandar Wuyuan ditumpukan pada penemuan dan pemuliharaan bentuk budaya hidup kampung itu, termasuk tarian Nuo, Opera Anhui, bekas dakwat batu ekor naga, tiga ukiran Hui, persembahan tarian Taige, tauhu pes serta tanglung kertas tersendiri perkampungan itu.
Semua orang menyimpan kenangan silam dalam sanubari mereka dan keinginan untuk memelihara memori kampung halaman mereka. Para pegawai pelancongan Wuyuan – penjaga yang bertanggungjawab untuk budaya luar bandar yang telah mereka warisi – berusaha untuk mengekalkan warisan dan juga memori perkampungan purba itu, sambil menukarkan Wuyuan menjadi perkampungan yang boleh dilawati semua orang dan bagi memenuhi keinginan untuk mengimbau kenangan silam kampung halaman seseorang.