omniture

Kemewahan Unggul - The Pure + Solid(R) MasterCard(R), Dibuat daripada Logam Berharga

Pure + Solid Ltd
2014-06-26 09:00 124

LONDON, 26 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Memperkenalkan bentuk kemewahan yang unggul! Setelah tempoh penghasilannya selama enam tahun berlalu, akhirnya Pure and Solid Ltd telah berjaya mengeluarkan kad pembayaran untuk transaksi wang antarabangsa yang dibuat daripada logam berharga. Kad Pure + Solid® Prepaid MasterCard® ialah aksesori platinum, emas atau perak yang tersendiri bagi kegunaan transaksi pembayaran elektronik.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140626/693848-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140626/693848-b )

Kad Pure + Solid® MasterCard® mewakili bentuk kemewahan perintis yang baharu. Hasil buatan tangan daripada platinum asli (Pt999), emas (18k) atau perak (Ag925), aksesori mewah ini dengan serta-merta memperlihatkan gaya unggul dan cita rasa yang luar biasa. Tanpa mengira keadaan, sama ada hotel mewah, restoran berbintang Michelin atau butik yang elegan: kad ini merupakan aksesori yang ideal untuk mereka yang ingin membeli barangan mewah yang tersendiri dan menarik perhatian untuk diri mereka. Kad Pure + Solid® MasterCard® tidak terhad kepada jumlah pendapatan atau dana tertentu dan tidak tertakluk kepada keperluan perbelanjaan minimum. Kad ini boleh didapati secara eksklusif melalui http://www.pureandsolid.com sama ada bagi mata wang EUR, USD atau GBP. Kesemua kad ini (Pure + Solid® Platinum MasterCard®, Pure + Solid® Gold MasterCard®, Pure + Solid® Silver MasterCard®) akan dihantar kepada para pelanggan dengan Sijil Kesahihan dalam tempoh empat hingga sepuluh minggu dari tempoh pesanan dan kad tersebut adalah sah dalam tempoh 60 bulan. Setiap kad juga disertakan dengan Priority Pass™, yang memberikan kebenaran kepada pemegang kad untuk memasuki ruang istirahat VIP program capaian ruang istirahat lapangan terbang bebas terbesar di dunia.

Ratu kad pembayaran logam berharga 

Pure + Solid® Platinum MasterCard® ialah kemegahan kad Pure + Solid® MasterCard®. Kad platinum tulen yang dipesan terlebih dahulu ini dihantar di dalam sarung kulit yang elegan, hasil buatan tangan di Jerman. Pure + Solid® Platinum MasterCard® boleh didapati pada harga EUR28,690.

Sila layari http://www.pureandsolid.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat perhubungan akhbar

LoeschHundLiepold Kommunikation GmbH
Anja Bauriedel Tegernseer Platz 7 D-81541 Munich Jerman
Tel. +49-89-720187-15 pureandsolid@lhlk.de

SUMBER  Pure + Solid Ltd

Source: Pure + Solid Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Mining/Metals Precious Metals New products/services