![]() |
EAST RUTHERFORD, New Jersey, 2 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Cambrex hari ini mengumumkan penyiapan perluasan kapasiti bernilai $38 juta di kemudahan pembuatan bahan farmaseutikal aktif molekul kecil (API) di High Point, North Carolina. Peluasan ini meningkatkan kapasiti pengeluaran kemudahan tersebut sebanyak dua kali ganda, dengan makmal pembangunan kimia dan analisis yang canggih, dua suite pembuatan klinikal baharu dan sebuah operasi pembuatan komersial berskala kecil dengan tiga buah pusat kerja dan reaktor 2,000 Liter.
"Apabila kami memulakan projek ini pada tahun 2021, visi kami menjangkau jauh melebihi kapasiti," kata Tom Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex. "Kami mereka bentuk sebuah kemudahan yang boleh terus menyampaikan keperluan pelanggan ketika industri berkembang, dengan teknologi dan peralatan makmal terkini, infrastruktur yang cekap tenaga dan skala pembuatan klinikal hingga komersial."
Keupayaan High Point melengkapi Snapdragon Chemistry yang diambil alih sebelum ini, yang mengkhusus dalam R&D untuk kumpulan API dan pembangunan proses aliran berterusan. Gabungan Snapdragon Chemistry dan pengembangan High Point ini membolehkan pelanggan menggunakan satu vendor untuk peningkatan kimia aliran yang merangkumi R&D hingga pengkomersilan.
Selain infrastruktur baharu ini, lebih 70 pekerjaan baharu telah diwujudkan sambil Cambrex terus merekrut saintis R&D farmaseutikal pakar dan kakitangan ke wilayah ini. Dan Bowles, Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Cambrex High Point menambah, "Kami amat teruja dengan pengembangan di Carolina Utara ini, yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan program kepimpinan dan pembangunan ekonomi Negeri serta tumpuan mereka untuk memupuk kemahiran dan tenaga kerja yang pelbagai di wilayah ini."
Cambrex terus mengembangkan keupayaan dan kapasitinya di seluruh Amerika Utara dan rangkaian Eropah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan produk dan perkhidmatan pembuatan sumber luar.
Tentang Cambrex
Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak global terkemuka (CDMO) yang menyediakan bahan ubat, produk ubat dan perkhidmatan analisis merentasi keseluruhan kitaran hayat ubat. Dengan lebih 40 tahun pengalaman dan pasukan yang terdiri daripada lebih 2,400 pakar yang semakin berkembang yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex ialah rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk API serta pembangunan dan pembuatan produk berbentuk dos yang telah siap.
Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk biokatalisis, aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan, penyimpanan kestabilan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex juga boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal, separa pepejal dan cecair oral serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2236063/High_Point.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2236065/Cambrex_logo.jpg?p=medium600