omniture

Dalberg Advisors Melantik Lillian Kidane sebagai Pengarah Serantau Baharu untuk Afrika

Dalberg Advisors
2023-10-03 01:04 2

ADDIS ABABA, Ethiopia, 2 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dalberg Advisors, syarikat perundingan impak global yang komited untuk membina dunia yang lebih inklusif dan mampan, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Lillian Kidane sebagai Pengarah Serantau baharu untuk rantau Afrikanya.

Lillian Kidane
Lillian Kidane

Lillian Kidane, Rakan Kongsi yang bergabung dengan pejabat kami di Addis Ababa, membawa portfolio yang kaya dengan kepakaran dalam strategi dermawan dan komersial yang mampan dan berasaskan impak untuk pasaran baru muncul.

" Pelantikan Lillian menandakan satu pencapaian penting dalam menunjukkan komitmen Dalberg terhadap Afrika. Pengalaman luas beliau di seluruh benua dalam sistem kesihatan awam, iklim, perdagangan dan transformasi digital akan menjadi sangat berharga dalam menyumbang kepada pembentukan trajektori pembangunan benua ini," kata Gaurav Gupta, Rakan Kongsi Urusan Global Dalberg Advisors.

Lillian mempunyai dua dekad pengalaman bekerja dengan kerajaan, yayasan, korporat dan NGO dari benua ini dan dari Amerika Syarikat untuk menyokong transformasi sistem dan akses kepada ubat-ubatan di Afrika. Pencapaian Lillian baru-baru ini termasuk berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada kepimpinan COVID Vaccine Delivery Partnership (CoVDP) di Geneva, yang ditugaskan untuk mengawasi peruntukan dan pengeluaran vaksin di seluruh 34 buah negara di seluruh dunia semasa tahun-tahun pandemik melanda.

"Dalberg mempunyai sejarah luar biasa bekerja dengan rakan kongsi untuk membuat perubahan positif, dan dengan kedudukan baharu saya sebagai Pengarah Serantau, saya tidak sabar-sabar untuk memperdalam kerjasama kami dengan pembawa perubahan, supaya kami dapat memainkan peranan yang lebih kuat bersama-sama dalam membentuk pembangunan mampan merentas benua Afrika," jelas Lillian Kidane, Rakan Kongsi merangkap Pengarah Serantau untuk Afrika Dalberg Advisors.

Sebelum menyertai Dalberg, Lillian telah memegang peranan kepimpinan di General Electric (GE), Afrika, serta dengan Clinton Foundation. Beliau mempunyai ijazah dari Yale University School of Medicine dan Johns Hopkins School of Public Health.

" Rekod prestasi operasi dan kepakaran mendalam Lillian merentasi pelbagai isu berimpak tinggi yang membentuk masa depan Afrika menjadikan beliau pilihan yang tepat untuk membimbing usaha kami di benua ini. Beliau memberi inspirasi kepada pelanggan dan kakitangan kami, memimpin dengan penuh kecemerlangan dan empati," tambah Sunru Yong, Rakan Kongsi, pejabat Kenya.

Dalberg Advisors memulakan operasinya di Afrika pada tahun 2007 di Afrika Selatan dan berkembang pantas ke seluruh Afrika Barat dan Timur, meliputi lebih 1,100 penglibatan di seluruh benua, bekerja dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk organisasi berasaskan komuniti, organisasi bukan untung tempatan dan global, pelabur, yayasan, syarikat, badan serantau, dan pelbagai kementerian kerajaan.

"Afrika tidak memerlukan lebih banyak perunding untuk memberitahu kami bagaimana perubahan sepatutnya berlaku di benua kami. Kami mahu melihat usaha memperjuangkan tenaga keusahawanan dan pelaburan bagi menghapuskan agenda pembangunan tradisional. Kami berharap agar dapat memberikan sumbangan kecil kami terhadap usaha ini secara konsisten dengan meningkatkan entiti tempatan dan pemimpin akar umbi yang berdedikasi untuk melihat perubahan yang mampan dalam komuniti kami, dan Dalberg berkongsi visi ini dengan kami," kata Lillian Kidane.

Tentang Dalberg Advisors 

Dalberg Advisors ialah firma penasihat strategik yang menggabungkan kemahiran strategi sektor swasta yang terbaik dan keupayaan analisis yang teliti dengan pengetahuan mendalam dan rangkaian merentasi pasaran baru muncul dan pasaran sempadan. Kami bekerja secara kolaboratif merentasi sektor awam, swasta dan dermawan untuk memacu pertumbuhan inklusif serta membantu pelanggan mencapai matlamat mereka. Dalberg Advisors mempunyai lebih 550 orang pekerja yang tersebar di lebih 25 lokasi di Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin, Eropah dan AS.

Dalberg Advisors ialah sebahagian daripada Dalberg Group, yang terdiri daripada enam perniagaan — Dalberg Advisors, Dalberg Data Insights, Dalberg Design, Dalberg Implement, Dalberg Media, dan Dalberg Research — serta syarikat bukan untung, Dalberg Catalyst.

Tentang Lillian Kidane 

Lillian Kidane menyertai Dalberg pada tahun 2018 di Ethiopia dengan hampir 20 tahun pengalaman dalam pembangunan global. Kepakaran beliau yang pelbagai merangkumi sistem kesihatan awam, iklim dan dasar perdagangan, serta transformasi digital di seluruh Afrika dan Caribbean, bekerjasama dengan organisasi merentasi spektrum sektor sosial – kerajaan, syarikat, yayasan swasta, organisasi pelbagai hala dan NGO.

Lillian ialah seorang yang berjiwa usahawan, membawakan pengalaman beliau sendiri kepada kerjanya dengan memperkenalkan perusahaan tempatan yang berjaya, termasuk platform E-dagang seluruh Afrika, jenama fesyen berasaskan kulit dan platform gerbang pembayaran – semuanya bertujuan untuk meningkatkan perdagangan antara dan intra-Afrika serta penciptaan pekerjaan. Minat beliau adalah untuk membantu individu dan komuniti mencapai potensi penuh mereka melalui peluang pendidikan dan usaha yang bersungguh-sungguh. Lillian memulakan kerjaya profesional beliau sebagai sukarelawan Peace Corps di Maghribi, menyediakan latihan kesihatan dan perkhidmatan klinikal kepada wanita dan kanak-kanak di sebuah bandar kecil di mana dia menemui minat beliau dalam mengajar vokasional. Beliau juga memegang beberapa jawatan lembaga di peringkat global dan tempatan, termasuk Labor Mobility Partnerships, pembina lapangan bukan untung yang membangunkan penyelesaian berskala untuk para pekerja mengakses pekerjaan berkualiti merentasi sempadan.

Lillian menamatkan pengajian pasca siswazah dalam pengurusan penjagaan kesihatan antarabangsa di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Yale (AS), memegang ijazah sarjana dalam kesihatan awam dalam Ekonomi Kesihatan dan Informatik dari Pusat Pengajian Kesihatan Awam Johns Hopkins (AS), serta mempunyai ijazah sarjana muda dari Universiti Notre Dame (AS). Lillian berketurunan Eritrea dan tinggal di Addis Ababa, Ethiopia, bersama suami dan dua anak lelaki beliau.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2236068/Lillian_headshot.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1829492/4316348/Dalberg_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Dalberg Advisors
Keywords: Computer/Electronics Not for profit Personnel announcements