KABUL, Afghanistan, 26 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Bayat Energy dan Schlumberger hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Memorandum Persefahaman yang memperincikan rancangan kolektif untuk membincangkan Perjanjian bukan eksklusif yang melaluinya Schlumberger akan menjual dan/atau memajak kelengkapan medan minyak miliknya kepada Bayat Energy untuk kegunaan di Afghanistan semata-mata.
Menurut Presiden Bayat Energy, Ehsannollah Bayat, "Saya amat teruja untuk mengadakan perjanjian bersama Schlumberger bagi menggiatkan ketersediaan dan penggunaan penyelesaian minyak dan gas inovatif di Afghanistan. Bayat Energy – bertanggungjawab sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai, beretika dan juga teliti untuk Kerajaan Republik Islam Afghanistan – bermatlamat untuk meneroka dan turut membangunkan sumber minyak dan gas secara aktif menerusi kaedah yang selamat dan mementingkan alam sekitar dengan memanfaatkan teknologi dan tenaga kerja yang berbakat. Peluang membincangkan perjanjian yang berpotensi dengan Schlumberger ialah contoh terbaik bagi kolaborasi strategik bertaraf dunia yang akan kami lakukan bagi membolehkan kami untuk mengubah industri cari gali dan pengeluaran hidrokarbon Afghanistan serta menyediakan sumber Afghanistan bagi manfaat negara dan para penduduknya untuk tempoh jangka panjang."
Latar Belakang Bayat Energy
Bayat Energy, sebahagian daripada Bayat Group yang lebih besar, merupakan syarikat cari gali, pembangunan serta pengeluaran minyak dan gas yang bermatlamat tinggi dengan memberi tumpuan pada pelaburan terutamanya dalam pasaran sempadan yang meningkatkan kerja cari gali di kawasan yang belum diteroka dan turut mempunyai potensi untuk menjadi tempat kami mewujudkan jejak yang signifikan. Meneruskan asas modal cemerlang, pasukan pengurusan berkaliber tinggi serta perkongsian antarabangsa inovatif, tumpuan asal Syarikat ini ialah proses cari gali dan pengeluaran jumlah besar sumber minyak dan gas yang belum diteroka di kawasan rizab bahagian wilayah utara Republik Islam Afghanistan. Bahagian pengurusan Syarikat telah beroperasi di Afghanistan selama lebih tiga belas tahun dan mampu menggunakan hubungan dan kemampuan sedia ada untuk memanfaatkan peluang baharu yang terdapat dalam bidang teknikal serta perniagaan khusus di seluruh rantau ini hasil daripada rekod prestasi kejayaan yang telah dicapai. Sila dapatkan maklumat lanjut di www.bayat-energy.com dan www.bayat-group.com.
Latar Belakang Schlumberger
Schlumberger merupakan pembekal yang menerajui di dunia bagi penyelesaian teknologi, pengurusan projek bersepadu dan juga maklumat kepada para pelanggan yang berkhidmat dalam industri minyak dan gas di seluruh dunia. Dengan menggaji seramai hampir 123,000 kakitangan yang terdiri daripada lebih 140 warganegara dan bertugas di kira-kira 85 negara, Schlumberger menyediakan produk dan perkhidmatan dengan jaringan paling luas untuk industri tersebut, bermula dengan cari gali hinggalah kepada pengeluarannya.
Schlumberger Limited mempunyai pejabat utama di Paris, Houston dan juga The Hague. Ia turut melaporkan hasil pendapatan sebanyak $45.3 bilion pada tahun 2013. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.slb.com.