omniture

Modul kuasa-tinggi 600W+ mendominasi RE+ dan Intersolar South America, dengan majoriti mengguna pakai teknologi jenis-n

Trina Solar Co., Ltd
2023-10-03 01:53 107

CHANGZHOU, China, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada OFweek:

Tatkala dua pameran perdagangan PV yang paling penting di benua Amerika, RE+ dan Intersolar South America, semakin menghampiri penghujungnya baru-baru ini, trend produk dalam industri ini menjadi semakin jelas: modul 600W+ mendominasi pameran perdagangan, hampir 80% mengguna pakai sel 210mm atau 210R. Peneraju-peneraju industri seperti Trina Solar mempamerkan modul dengan output kuasa mencecah lebih daripada 700W, kesemuanya berdasarkan kepada teknologi jenis-n 210mm. Hasil daripada ciri-ciri termaju teknologi 210mm, ia menentukan kepesatan dalam industri PV global.

Hampir 80% pempamer mempamerkam modul dengan output kuasa lebih daripada 600W, 210mm menjadi pilihan paling popular secara global

Modul kuasa-tinggi format-besar muncul sebagai trend industri semasa. Kebanyakan pengeluar modul terkemuka serta pengeluar-pengeluar tempatan seperti SEG Solar dari Amerika Syarikat dan SENGI dari Brazil mempamerkan produk terkini mereka di pameran berkenaan. Di kedua-dua pameran Trina Solar mempamerkan siri Vertex N 610W dan modul siri Vertex N 700W+, mengguna pakai teknologi i-TOPCon Advanced jenis-n terkini dan modul Vertex 670W.

Jenama

Jenis modul

Kuasa

maksimum 

Teknologi sel

Saiz sel

Risen

RSM132-8-740BHDG

741

HJT

210mm

TW Solar

66HD695-730W

730

HJT

210mm

Canadian Solar

CS7N-705TB-AG

705

TOPCon

210mm

Trina Solar

NEG21C.20

700

TOPCon

210mm

SENGI

ST1B66

700

TOPCon

210mm

SEG Solar

ALPINE Series

675

PERC

210mm

Trina Solar

DE21

675

PERC

210mm

Risen

RSM132-8-670BMDG

670

PERC

210mm

Jinko Solar

66HL4M-BDV

620

TOPCon

210R

JA Solar

JAM66D45 LB

615

TOPCon

210R

Trina Solar

NEG19RC.20

610

TOPCon

210R

Teknologi jenis-n kini mendominasi sementara jenis-n 210mm menandakan permulaan era PV 7.0

Di kedua-dua pameran perdagangan sejumlah 99 peserta pameran mempamerkan 217 produk jenis-n, menyumbang sebanyak 54.1% daripada semua barang pameran, melangkaui bahagian modul jenis-p dan menjadi teknologi yang dominan. Antara modul jenis-n, modul TOPCon menyumbang sebanyak hampir 80% barang pameran, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pilihan utama yang jelas.

Dengan pengeluaran besar-besaran modul Vertex N 700W+, Trina Solar merupakan pembuat modul pertama yang mengeluarkan modul TOPCon secara besar-besaran dengan kuasa melebihi 700W, memimpin industri ini menuju era PV 7.0.

Trend lebih jelas muncul untuk sel segi empat tepat dan penggiat utama memilih 210R

Syarikat-syarikat besar kesemuanya mempamerkan modul wafer segi empat tepat dengan saiz 238Xx1134mm di pameran perdagangan itu. Antaranya, Trina Solar, Jinko Solar dan JA Solar kesemuanya mempamerkan produk modul mereka menggunakan teknologi 210R. Trina Solar merupakan yang pertama melancarkan modul 210R tahun lalu dan telah menghantar produk berkenaan ke projek-projek di China dan di tempat-tempat lain.

Syarikat-syarikat menggunakan teknologi jenis-n terutamanya untuk modul wafer segi empat mereka, menunjukkan potensi pasaran yang besar.

Teknologi jenis-n 210mm menjadi penetap trend

Modul PV 600W+ menjadi sentiasa ada dan kini menjadi tumpuan di pameran-pameran PV antarabangsa terunggul, dengan beberapa tawaran modul 600W+ diperkenalkan buat julung kalinya di pameran perdagangan utama pada tahun lalu. Tahun ini, modul 600W+ menjadi tumpuan di pameran termasuk Genera di Sepanyol, SNEC di Shanghai dan Intersolar Europe.

Menurut TrendForce, kapasiti pengeluaran untuk modul 210mm akan melebihi 508 GW, dengan bahagian pasaran mencecah hampir 60%.

Industri PV jelas sedang maju ke arah mengguna pakai modul kuasa-tinggi dan format-besar. Dengan platform teknologi produk 210mm, Trina Solar memacu industri ini menuju era 600W+. Dengan kombinasi antara 210 m dan teknologi i-TOPCon jenis-n, syarikat ini telah membawa industri ini menuju era PV 7.0.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research Trade show news