omniture

RAPP Omnicom Lantik Alexei Orlov sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Omnicom Group Inc.
2014-06-26 22:25 137

NEW YORK, 26 Jun 2014 /PRNewswire/ -- RAPP (www.rapp.com), agensi pengalaman pelanggan global dan merupakan sebahagian daripada DAS Group of Companies di bawah Omnicom, hari ini telah mengumumkan pelantikan Alexei Orlov sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Orlov akan memulakan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Julai dan akan melaporkan diri secara terus kepada Dale A. Adams, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif DAS Group of Companies.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140625/121575

"Alexei mempunyai pengalaman selama hampir tiga dekad sebagai pakar global dalam seni bina jenama, penggunaan pemasaran silang budaya serta pengurusan perubahan pengendalian," kata Adams. "Saya yakin minat beliau yang diketahui ramai untuk memimpin pasukan yang dinamik bagi menyokong dan turut mencipta kejayaan untuk pelbagai pelanggan, selain kebolehan beliau yang terbukti sebagai pemimpin pelanggan dan agensi, pakar strategi perniagaan dan juga pakar penjenamaan, akan menambahkan nilai yang sangat hebat kepada RAPP dan paling penting sekali untuk portfolio pelanggannya di seluruh dunia."

Sebelum menyertai RAPP, Orlov pernah berkhidmat untuk Volkswagen Group sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di rantau pasaran terbesar pengeluar kereta tersebut, Rantau Besar China & ASEAN. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Kanan di The Partnership dengan bertanggungjawab menyokong Draft FCB di Eropah serta pelanggan penting seperti BAT plc dan juga Future Capital Partners. Sebelum itu, Orlov pernah memegang beberapa jawatan kanan di Wunderman Worldwide di bawah WPP sebelum dilantik sebagai Naib Pengerusi pada tahun 2005.

Pengalaman beliau meliputi pelbagai industri termasuk Automotif, Barangan Pengguna Laris (FMCG), Peruncitan serta B2B (perniagaan-ke-perniagaan).

"RAPP terkenal sebagai salah satu agensi bersepadu yang menerajui di dunia untuk zaman terhubung, menghubungkan jenama dengan orang ramai menerusi pelbagai cara yang menarik dan tersendiri," kata Orlov. "Saya amat berbesar hati atas peluang yang diberikan untuk memimpin syarikat ke arah fasa pertumbuhan seterusnya. Berbekalkan pasukan RAPP yang cemerlang serta pengalaman dan capaian global yang luas, kami akan terus memantapkan kemampuan kami untuk menyediakan cara yang amat relevan dan memberi kesan untuk para pelanggan kami agar dapat mencapai, menghubungkan dan turut menyokong para pelanggan serta pengguna. Kini, konteks masa sebenar dan kandungan beraneka perlu seiring, dikuasakan oleh teknologi yang membolehkan pelanggan kami untuk mencapai keputusan dan serahan masa sebenar yang lebih baik, agar mereka dapat menerajui serta mengekalkan keunikan masing-masing."

Orlov menggantikan Bob Horvath yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh lapan tahun lalu dan telah memimpin RAPP menerusi sejumlah peralihan penting, terutamanya perubahannya ke arah saluran digital dan lain-lain saluran media baharu. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Global RAPP.

Horvath mengulas: "Alexei ialah seorang yang sangat berbakat dan akan membawakan semangat dan kemungkinan baharu kepada RAPP. Saya yakin beliau dapat meneruskan kejayaan syarikat dan dapat memimpin RAPP serta pelanggan kami ke arah pencapaian yang lebih hebat dalam industri yang dinamik ini."

Latar Belakang RAPP
RAPP (www.RAPP.com) merupakan agensi pengalaman pelanggan yang menerajui di dunia. RAPP dipacu oleh data, diilhamkan daripada budaya dan dibolehkan teknologi. Agensi ini yakin dapat menghasilkan perjalanan pelanggan masa sebenar yang berguna, membangunkan jenama dan turut menyelesaikan masalah merentasi kesemua saluran yang boleh diukur, dikesan serta dipertanggungjawabkan. RAPP terus berusaha meneruskan warisannya sebagai penjana pemasaran langsung, perhubungan dan juga kesetiaan bagi memberikan pengalaman yang dapat memperkaya jenama, produk serta perkhidmatan. Jaringan berbilang saluran ini terdiri daripada lebih 50 pejabat di 30 negara. RAPP adalah sebahagian daripada DAS Group of Companies, yang merupakan sebahagian daripada Omnicom Group Inc.

Latar Belakang DAS Group of Companies
DAS Group of Companies, sebahagian daripada Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC) (www.omnicomgroup.com), merupakan sekumpulan syarikat khidmat pemasaran pada peringkat global. DAS terdiri daripada lebih 200 syarikat yang terlibat dalam bidang pemasaran seperti berikut: pengkhususan, perhubungan awam, penjagaan kesihatan, CRM (pengurusan perhubungan pelanggan), acara, pemasaran promosi, penjenamaan serta penyelidikan. Beroperasi menerusi gabungan jaringan dan organisasi serantau, DAS menyediakan khidmat untuk pelanggan antarabangsa, serantau, nasional dan juga tempatan melalui lebih 700 pejabat di 71 negara.

Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC) merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi korporat yang menerajui pada peringkat global. Jaringan jenama Omnicom dan sejumlah besar firma pengkhususan turut menyediakan khidmat pengiklanan, perancangan dan pembelian media strategik, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan promosi, perhubungan awam dan lain-lain khidmat komunikasi khusus kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara.

www.omnicomgroup.com | Twitter: @Omnicom

69

Source: Omnicom Group Inc.
Related Stocks:
NYSE:OMC
Keywords: Advertising Personnel announcements