SHENZHEN, China, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Tahunan Persatuan Eropah untuk Kajian Diabetes (EASD) ke-59 dijadualkan berlangsung mulai 2 hingga 6 Oktober 2023 di Hamburg, Jerman. Membuat kemunculan sulungnya di acara berprestij ini, Shenzhen Sibionics Technology Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "SIBIONICS") akan memperkenalkan produk utamanya, Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan SIBIONICS GS1 (selepas ini dirujuk sebagai "SIBIONICS GS1 CGM") sekali gus turut berkongsi keluasan kepakarannya dan teknologi pemantauan glukosa yang canggih dengan komuniti global.
Ditubuhkan pada tahun 2015, SIBIONICS ialah sebuah firma teknologi-tinggi yang mengkhusus dalam integrasi teknologi perkakasan perubatan boleh implan dan algoritma kecerdasan buatan. Dengan kualiti produknya yang luar biasa dan falsafah perkhidmatan berpusatkan pengguna, SIBIONICS CGM menguasai bahagian pasaran yang mengagumkan, mencapai hampir 20% dalam tahun pelancaran sulungnya di China, menjadikannya CGM keluaran domestik yang terkemuka. SIBIONICS GS1 CGM ialah produk CGM kedua di dunia yang mengguna pakai teknologi sensor generasi kedua, menawarkan ciri-ciri tanpa penentukuran dan tanpa imbasan serta 14 hari pemantauan berterusan pada masa sebenar. Ia menonjol lantaran kemudahan penggunaannya, ukuran tahap glukosa yang tepat dan sambungan komprehensif dalam pelbagai senario. Produk ini hampir memperoleh pensijilan CE daripada Kesatuan Eropah, menjanjikan pendekatan yang lebih saintifik dan diperibadikan terhadap pengurusan diabetes untuk pengguna global.
Di samping itu, SIBIONICS akan mempersembahkan Sistem Pemantauan Keton Berterusan (CKM) SiBio KS1, peranti boleh pakai bio untuk pengurusan metabolik. Dikuasakan oleh teknologi SIBIONICS CGM, KS1 merupakan pelopor di dunia dalam menggabungkan fungsi-fungsi sensor dan pemancar, menawarkan tahap keton pemantauan masa sebenar yang berterusan sehingga 14 hari.
Apa yang membezakan KS1 ialah keupayaannya menghitung kadar pembakaran lemak pada masa sebenar berdasarkan kepada tahap keton, membantu mereka yang mempunyai matlamat pengurusan berat menilai keadaan pembakaran lemak optimum mereka. Ia merupakan produk inovatif dan perintis yang merevolusikan sepenuhnya aplikasi CKM dalam kehidupan harian, mencapai visualisasi dan kecerdasan proses pengurusan, menjadikan CKM lebih signifikan dalam pengurusan metabolik.
Sebagai sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan perubatan dengan produk perubatan yang inovatif, SIBIONICS meluaskan portfolionya untuk memasukkan lebih banyak produk perubatan yang inovatif dengan atribut sambungan data, seperti CLM, sistem sensor berbilang fungsi, sistem endoskopi kapsul dan sistem gelung tertutup pam insulin. Kami dengan tulus ikhlas menjemput pakar, doktor dan pesakit meneroka produk kami dan bertukar-tukar pengalaman.
SIBIONICS GS1: https://www.sibionicscgm.com/
SiBio KS1: https://www.sibiosensor.com/
Hubungi: zy.zhang@sibionics.com