GENEVA, 27 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Mercuria Energy Group dengan sukacitanya mengumumkan kejayaannya menandatangani perjanjian Kemudahan kredit pusingan bernilai USD 2.65 bilion pada 20 Jun 2014 untuk syarikat subsidiarinya, Mercuria Energy Trading S.A.
Kemudahan baharu ini adalah terlebih langgan secara besar-besaran, sekitar 60 peratus melebihi jumlah pelancaran awal dan kemudiannya meningkat kepada USD 2,650,000,000 secara agregat (USD 2,055,000,000 364-hari dan USD 595,000,000 3-tahun), berikutan permintaan tinggi daripada pasaran. Ia akan digunakan untuk tujuan korporat am dan untuk membiayai semula tempoh matang Syarikat bernilai USD 1,350,000,000 364-hari dan USD 450,000,000 3-tahun melibatkan kemudahan kredit pusingan bertarikh 1 Julai 2013.
Guillaume Vermersch, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan untuk Syarikat tersebut mengulas: "Ini merupakan hasil yang hebat dan undi percaya yang utuh daripada pasaran. Mercuria terus melaksanakan strategi pertumbuhan terkawal secara konsisten dalam pasaran dan lokasi terpilih. Sumber tambahan yang disediakan untuk Syarikat ini dapat menyediakan platform yang mantap bagi tujuan integrasi perniagaan komoditi J.P. Morgan dan menetapkan kedudukan Kumpulan itu agar dapat merebut peluang masa depan yang muncul."
Latar Belakang Mercuria
Mercuria merupakan salah satu kumpulan komoditi dan tenaga bebas terbesar di dunia. Dengan perolehan sebanyak USD 112 bilion pada tahun 2013, Kumpulan tersebut memberi tumpuan utama pada tenaga, hadir sepanjang rantaian nilai komoditi dengan aktiviti yang membentuk kombinasi seimbang antara aliran komoditi, aset strategik, kewangan berstruktur dan juga penyertaan ekuiti. Lebih 1000 kakitangan Mercuria bertugas dari 38 pejabat seluruh dunia bagi mengekalkan capaian perniagaan kumpulan tersebut yang luas menerusi pengetahuan pasaran, kepelbagaian serta pengalaman.
Kepakaran Mercuria meliputi kesemua segmen pasaran tenaga termasuk produk alam sekitar yang berkaitan dan juga bijih besi, muatan pukal kering, logam asas dan juga petrokimia.
Kumpulan ini turut melabur dalam aset perlombongan arang batu, gas serta minyak huluan di seluruh dunia. Setiap pelaburan ini mengukuhkan kehadiran kami yang kian berkembang sebagai peneraju utama dalam pasaran global.
Kumpulan ini mengekalkan keupayaan infrastruktur yang mantap termasuk terminal simpanan produk petroleum minyak dan aset pengeluaran. Kemudahan logistik, simpanan serta pengadunan membolehkan kami untuk menyediakan pelbagai jenis produk tepat pada masanya dan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
SUMBER Mercuria Energy Group