omniture

Ulmart Rancang Memperluas Platform Dalam Talian Bantu Kembangkan Perniagaan Kecil di Rusia

Ulmart
2014-06-27 04:20 92

MOSCOW, 27 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Supaya tidak leka sebagai peneraju runcit Internet di Rusia, Ulmart mengambil langkah awal untuk menyediakan syarikat bagi peringkat pencapaian yang seterusnya. A-Team Ulmart mendapati terdapat ramai usahawan Rusia yang merasakan perkembangan idea bagus tersentap kerana kekurangan platform runcit. Jika barangan itu tidak dijual di pesta dagangan, melalui laman rangkaian sosial atau kepada rakan, peningkatan jualan merupakan suatu perkara yang sukar untuk dikecapi.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140203/667275)

Projek Ulmart ini akan menekankan kelebihan persaingan syarikat itu yang jelas dengan menggunakan secara aktif jaringan luas hampir 400 mata kutipan/pesanan (Kota Kara).

Infrastruktur "prasambungan akhir" merupakan salah satu elemen penting yang telah membolehkan Ulmart untuk mencapai hampir 85 peratus kuasa penggunaan di Rusia dan menetapkan sasaran syarikat tersebut untuk mencapai jualan sebanyak $1.65 bilion (dengan VAT) pada tahun 2014.

Pelanggan boleh mendapatkan barangan yang dibekalkan oleh perniagaan kecil-kecilan di Rusia melalui katalog elektronik Ulmart (kini dengan 67,000 SKU); penjual bertanggungjawab menghantar barangan tersebut kepada Kota Kara. Pembeli boleh membuat bayaran kepada Ulmart untuk mendapatkan barangan tersebut, mengikut nilai jualan dan bayaran tambahan dikenakan jika Ulmart perlu menyerahkan barangan tersebut kepada Kota Kara.

"Kami menjangkakan jualan seperti ini akan menjadi pulangan yang seimbang untuk hasil pendapatan kami menjelang tahun 2018. Usaha ini ialah 'perkhidmatan' kepada perniagaan kecil-kecilan dan juga kelebihan untuk para pelanggan – kami mahukan para pembeli dalam talian di Rusia untuk mudah mendapatkan barangan yang diinginkan di Ulmart.ru. Kami percaya cadangan ini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian kami," ulas Pengarah Komunikasi Ulmart dan ahli A-Team, Brian Kean.

Walaupun barangan yang dijual melalui platform Ulmart adalah berkepelbagaian, 100 peratus daripadanya pasti dibekalkan oleh perniagaan kecil-kecilan di Rusia dan A-Team turut memberi keutamaan kepada barangan teknikal seperti pengecas semula suria, pembesar suara luar dan berkuasa tinggi untuk peranti mudah alih, dan sebagainya.

"Apa-apa sahaja idea bagus yang tercetus daripada minda dan kerja keras usahawan kecil-kecilan di Rusia berkemungkinan besar akan muncul dalam katalog elektronik tersebut."

Sebagai peringatan, A-Team merupakan sekumpulan pekerja Ulmart yang mempunyai kepakaran berbeza yang menyumbang saran idea dan mencadangkannya kepada pihak atasan. A-Team mendapat idea yang tersendiri untuk mewujudkan perintah-mata untuk rakyat Rusia yang tinggal di luar negara, berusaha untuk melancarkan penggunaan Bitcoins sehingga diharamkan oleh kerajaan Rusia dan telah mengemukakan idea lain secara dalaman.

SUMBER  Ulmart

Source: Ulmart
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Retail Web Site