![]() |
Lebih 200 pemimpin dunia dari seluruh sektor perlombongan dan mineral bersedia untuk menghadiri FMF 2024, termasuk Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Glencore, Codelco dan Vale
RIYADH, Arab Saudi, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral mengumumkan bahawa lebih 200 penceramah, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat mineral terkemuka dunia, bersedia untuk menghadiri edisi ketiga Forum Mineral Masa Depan (FMF), yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Januari 2024, di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdulaziz di Riyadh.
Antaranya ialah penceramah yang hadir buat kali pertama, termasuk Gary Nagle, Ketua Pegawai Eksekutif Glencore, yang mengeluarkan dan memasarkan lebih daripada 60 komoditi; Eduardo Bartolomeo, Ketua Pegawai Eksekutif Vale, pengeluar bijih besi, nikel dan mangan terbesar di dunia; Máximo Pacheco, Pengerusi Codelco, syarikat perlombongan tembaga terbesar di dunia; Mark Cutifani, Pengerusi Vale Base Metals, pengeluar terbesar bijih besi, pelet dan nikel; Evy Hambro, Pengarah Urusan, Ketua Global Tematik dan Sektor di BlackRock, pengurus aset terbesar di dunia; Jonathan Price, Ketua Pegawai Eksekutif Teck, salah satu syarikat perlombongan terkemuka Kanada; dan Mikael Staffas, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Boliden, syarikat logam, perlombongan dan peleburan multinasional dari Sweden.
FMF 2024 juga akan menyaksikan kedatangan semula beberapa penceramah seperti Robert Friedland, Pengasas merangkap Pengerusi Bersama Eksekutif Ivanhoe Mines; Mark Bristow, Ketua Pegawai Eksekutif Barrick Gold; Andrew Southam, Ketua Pegawai Eksekutif KAZ Minerals; dan Joc O'Rourke, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif The Mosaic Company.
"FMF ialah satu inisiatif yang diterajui kerajaan, bertindak sebagai platform penting untuk memupuk perkongsian dalam kalangan pelabur global, firma perlombongan dan pihak berkepentingan. Dengan tumpuan pada rantau super yang meliputi Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah, FMF menguatkan suara pembekal mineral, mempermudahkan peranan penting mereka dalam peralihan hijau global. Dengan berbuat demikian, FMF menyokong pembangunan ekonomi dengan menyatukan pembuat keputusan, memacu pelaburan, serta mempromosikan industri perlombongan, pemprosesan dan pembuatan yang bertanggungjawab yang diperlukan untuk membekalkan tenaga dan barangan bersih." ujar Tuan Yang Terutama Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral bagi Hal Ehwal Perlombongan, Khalid Al-Mudaifer.
Tema program bagi edisi ketiga ini termasuk membangunkan strategi mineral penting global, membolehkan pelaburan di rantau super membangunkan rantaian nilai antara wilayah, membina pusat kecemerlangan yang menyumbang kepada membina kapasiti manusia, membangunkan piawaian kemampanan yang memenuhi keperluan negara tuan rumah, mengekalkan kepercayaan dengan masyarakat dan mewujudkan hab logam hijau dalam rantau super.
Untuk pendaftaran: https://www.futuremineralsforum.com/registration/
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2002111/4320358/FMF_Logo.jpg?p=medium600