omniture

Islamic Development Bank Umumkan Kumpulan Wang Infrastruktur IDB II Bernilai US$ 2 Bilion

-- Kumpulan wang infrastruktur ekuiti persendirian terbesar khusus untuk 57 negara anggota IDB --
-- ASMA Capital Partners ditubuhkan dan berpangkalan di Bahrain bagi mengurus Kumpulan Wang IDB II --
ASMA Capital Partners
2014-06-27 23:17 138

JEDDAH, Arab Saudi dan MANAMA, Bahrain, 27 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Tuan Yang Terutama Dr. Ahmad Mohamed Ali, Presiden Islamic Development Bank (IDB) Group, telah mengumumkan pelancaran Kumpulan Wang Infrastruktur Islamic Development Bank II (Kumpulan Wang IDB II) bernilai US$2 bilion, pada majlis sambutan ulang tahun IDB yang ke-40. Kumpulan Wang IDB II itu merupakan kumpulan wang infrastruktur ekuiti persendirian terbesar khusus untuk 57 negara anggota IDB.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140626/693975)

Kumpulan Wang IDB II mendapat sokongan Agensi Pencen Awam Kerajaan Arab Saudi, Kumpulan Wang Pelaburan Awam Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Kewangan Kerajaan Bahrain dan Kementerian Kewangan Kesultanan Brunei Darussalam sebagai pelabur yang mengasaskannya, dengan komitmen agregat berjumlah US$750 juta untuk penutupan pertama. Penutupan akhir dengan tambahan pelabur dijangka berlaku pada awal tahun 2015.

Kumpulan Wang IDB II merupakan pengganti kepada Kumpulan Wang Infrastruktur IDB I bernilai US$730 juta (Kumpulan Wang IDB I), yang turut disokong oleh pelabur yang mengasaskannya, telah mencapai IRR sebanyak 18 peratus dan gandaan pelaburan sebanyak 1.7 kali melibatkan projek penting seperti AirAsia di Malaysia, Saudi International Petrochemical Company (SIPCHEM) di Arab Saudi serta AES Oasis Ltd dengan aset kuasa di Pakistan, Oman dan juga Jordan.

T.Y.T. Dr. Ahmad Mohamed Ali berkata "meneruskan rekod prestasi Kumpulan Wang IDB I yang cemerlang, IDB dan pelabur yang mengasaskannya sedang meningkatkan hampir tiga kali jumlah Kumpulan Wang IDB II untuk mencecah US$2 bilion. Kumpulan wang tersebut akan menyiapkan kewangan agregat sehingga US$24 bilion bagi menyokong pembangunan projek infrastruktur utama di negara anggota IDB."

IDB dan pelabur yang mengasaskannya telah menubuhkan ASMA Capital Partners B.S.C (c), yang berpusat di Kerajaan Bahrain, sebagai platform pengurusan aset berbilang kumpulan wang untuk mengurus Kumpulan Wang IDB II. Pengerusi ASMA Capital ialah Presiden IDB Group, manakala Naib Pengerusinya ialah T.Y.T. Mohammed Al-Kharashi, Gabenor Agensi Pencen Awam Kerajaan Arab Saudi, T.Y.T. Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Kesultanan Brunei Darussalam. Ahli Lembaga Pengarah lain ialah En. Abdulla Ebrahim Al Ayadhi, Penolong Setiausaha Agung Kumpulan Wang Pelaburan Awam Kerajaan Arab Saudi serta En. Sami Mohammed Humaid, Pengarah Perhubungan Ekonomi Luar Negara Kementerian Kewangan Kerajaan Bahrain. Pasukan pengurusan dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASMA Capital, Mumtaz Khan, yang pernah mengurus Kumpulan Wang IDB I sebelum ini.

T.Y.T. Mohammed Al-Kharashi berkata "ASMA Capital dijangka akan memainkan peranan penting dalam membantu kumpulan wang pencen dan para pelabur global lain yang ingin mendapatkan modal untuk kegunaan projek infrastruktur dalam pasaran baru muncul terpilih bagi mempelbagaikan portfolio serta menstabilkan pulangan."

Kumpulan Wang IDB II akan melibatkan tumpuan sektor yang luas menjangkaui sektor infrastruktur teras seperti kuasa, telekomunikasi, pengangkutan dan akan turut melibatkan pelaburan dalam minyak dan gas, penapisan dan petrokimia, keluli dan aluminium, perlombongan, logistik serta peruntukan untuk khidmat penjagaan kesihatan, pendidikan dan juga kewangan.

Mumtaz Khan berkata "Kumpulan Wang IDB II ialah platform tersendiri yang menggabungkan kekuatan IDB dan pelabur lain yang mengasaskannya berserta pasukan pengurusan berpengalaman bagi mengenal pasti dan mengusahakan peluang pelaburan merentasi pelbagai wilayah."

SUMBER  ASMA Capital Partners

Source: ASMA Capital Partners
Keywords: Banking/Financial Service Financing agreements