omniture

Vaksin COVID-19 Novavax 2023-2024 Kini Dibenarkan dan Disyorkan untuk Digunakan di AS

NOVAVAX, INC
2023-10-04 14:14 0
  • Kebenaran Penggunaan Kecemasan dan pengesyoran CDC menjadikan vaksin Novavax satu-satunya pilihan vaksin COVID bukan mRNA yang berasaskan protein di AS 
  • Novavax menjangkakan bahawa dos vaksin ini akan tersedia di beribu-ribu lokasi di seluruh AS dalam masa beberapa hari akan datang, termasuk di CVS Pharmacy dan Rite Aid 
  • Dapatkan vaksin Novavax di us.novavaxcovidvaccine.com atau vaccines.gov 

GAITHERSBURG, Maryland, 4 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat global yang memajukan vaksin berasaskan protein dengan adjuvan Matrix-M™ novelnya, hari ini mengumumkan bahawa Vaksin COVID-19 Novavax, Diadjuvan (Formula 2023-2024) (NVX-CoV2601) telah menerima Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (Food and Drug Administration, FDA) AS untuk imunisasi aktif bagi mencegah COVID-19 pada individu yang berumur 12 tahun dan ke atas. Sejurus selepas mendapat kebenaran, vaksin Novavax turut disertakan dalam pengesyoran yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada 12 September 2023.

Dos vaksin ini akan tersedia di seluruh negara di beribu-ribu lokasi, termasuk farmasi runcit nasional dan tempatan serta pejabat doktor, susulan pengeluaran kumpulan vaksin oleh Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi, yang dijangka akan sampai dalam masa beberapa hari akan datang.

"COVID-19 sekali lagi meningkat dengan jangkitan dan kemasukan ke hospital yang semakin meningkat, maka adalah penting bagi individu mendapatkan vaksin untuk melindungi diri dan orang tersayang mereka," kata John C. Jacobs, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Novavax. "Kebenaran ke atas Novavax hari ini bermakna orang ramai kini akan mempunyai pilihan kepada vaksin bukan MRNA berasaskan protein untuk membantu melindungi diri mereka daripada COVID-19, yang kini merupakan punca kematian keempat tertinggi di AS. Dalam beberapa hari akan datang, individu di AS boleh pergi ke farmasi, pejabat doktor, klinik dan pelbagai entiti kerajaan untuk menerima vaksin Novavax yang telah dikemas kini."

EUA yang diberikan adalah berdasarkan data bukan klinikal yang menunjukkan bahawa vaksin COVID-19 Novavax menyebabkan tindak balas imun fungsian terhadap varian XBB.1.5, XBB.1.16 dan XBB.2.3. Data bukan klinikal tambahan menunjukkan bahawa vaksin Novavax menyebabkan tindak balas antibodi peneutralan terhadap subvarian baru muncul BA.2.86, EG.5.1 FL.1.5.1 dan XBB.1.16.6 serta tindak balas selular polifungsi CD4+ (sel T) yang teguh terhadap EG.5.1 dan XBB.1.16.6. Data ini menunjukkan bahawa vaksin Novavax boleh merangsang kedua-dua cadang sistem imun dan boleh mendorong tindak balas yang luas terhadap varian yang sedang beredar.1,2

Dalam ujian klinikal, tindak balas buruk yang paling biasa yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 prototaip Novavax (NVX-CoV2373) termasuk sakit kepala, loya atau muntah, sakit otot, sakit sendi, kelembutan pada tempat suntikan, sakit pada tempat suntikan, keletihan dan lesu.

EUA adalah sejajar dengan panduan yang diselaraskan secara global daripada FDA, Agensi Ubat-ubatan Eropah (European Medicines Agency) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) untuk menyasarkan strain XBB pada musim luruh ini.3-5 Novavax sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa ini dan pihak berkuasa global yang lain mengenai kebenaran untuk vaksinnya.

PENGGUNAAN YANG DIBENARKAN DI AS
Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan (Formula 2023-2024) masih belum diluluskan atau dilesenkan oleh FDA, tetapi telah dibenarkan untuk kegunaan kecemasan oleh FDA, di bawah EUA untuk mencegah Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) untuk kegunaan individu berumur 12 tahun dan ke atas. Rujuk Lembaran Fakta penuh untuk maklumat tentang Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan.

Penggunaan kecemasan produk ini hanya dibenarkan sepanjang tempoh pengisytiharan di mana keadaan yang wujud mewajarkan kebenaran penggunaan kecemasan bagi produk perubatan ini di bawah Seksyen 564(b)(1) Akta FD&C melainkan pengisytiharan tersebut ditamatkan atau kebenaran dibatalkan lebih awal.

MAKLUMAT KESELAMATAN PENTING 

Apakah yang perlu anda nyatakan kepada pembekal vaksin anda sebelum anda atau anak anda mendapatkan Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan?

Beritahu pembekal vaksin anda tentang semua keadaan perubatan anda atau anak anda, termasuk jika anda atau anak anda:

  • mempunyai sebarang alahan
  • pernah menghidap miokarditis (keradangan otot jantung) atau perikarditis (keradangan lapisan luar jantung)
  • demam
  • mengalami gangguan pendarahan atau menggunakan ubat pencair darah
  • terimunokompromi atau sedang menggunakan ubat yang menjejaskan sistem imun anda
  • sedang hamil atau merancang untuk hamil
  • sedang menyusu
  • telah menerima vaksin COVID-19 yang lain
  • pernah pengsan disebabkan oleh suntikan

Siapa yang tidak sepatutnya mendapatkan Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan? 

Seseorang tidak boleh mendapatkan Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan jika mereka mempunyai:

  • tindak balas alahan yang teruk selepas menerima sebarang dos Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan sebelum ini
  • tindak balas alahan yang teruk kepada mana-mana ramuan bagi vaksin-vaksin ini

Apakah risiko pengambilan Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan?

Terdapat kemungkinan yang sangat rendah bahawa vaksin ini boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Tindak balas alahan yang teruk biasanya akan berlaku dalam masa beberapa minit hingga satu jam selepas menerima dos. Atas sebab ini, pembekal vaksin mungkin meminta anda atau anak anda untuk tunggu sebentar di tempat anda atau anak anda menerima vaksin untuk pemantauan selepas pemvaksinan. Tanda-tanda tindak balas alahan yang teruk boleh merangkumi:

  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak-bengkak pada muka dan tekak
  • Degupan jantung yang laju
  • Ruam teruk di seluruh badan anda
  • Pening dan lemah

Miokarditis (keradangan otot jantung) dan perikarditis (keradangan lapisan luar jantung) pernah berlaku pada sesetengah orang yang telah menerima vaksin. Kebanyakan daripada mereka mengalami gejala yang bermula dalam tempoh 10 hari selepas pemvaksinan. Peluang untuk ia berlaku adalah sangat rendah. Anda harus mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda atau anak anda mempunyai mana-mana simptom berikut selepas menerima vaksin:

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Merasakan jantung yang berdegup kencang, berdebar-debar atau berdetak-detak

Kesan sampingan yang telah dilaporkan dalam ujian klinikal melibatkan Vaksin Novavax COVID-19, Diadjuvan termasuk:

  • Miokarditis (keradangan otot jantung)
  • Perikarditis (keradangan lapisan luar jantung)
  • Reaksi pada tempat suntikan: sakit/kelembutan, bengkak, kemerahan dan gatal-gatal
  • Kesan sampingan am: keletihan atau secara amnya rasa tidak sihat, sakit otot, sakit kepala, sakit sendi, loya, muntah, demam, menggigil
  • Reaksi alahan seperti gatal-gatal dan bengkak pada muka
  • Nodus limfa bengkak

Kesan sampingan yang telah dilaporkan dalam penggunaan selepas kebenaran dengan Vaksin Novavax COVID-19 Diadjuvan termasuk:

  • Reaksi alahan yang teruk
  • Miokarditis (keradangan otot jantung)
  • Perikarditis (keradangan lapisan luar jantung)
  • Parestesia (rasa luar biasa pada kulit seperti kesemutan atau rasa bergerak-gerak)
  • Hypoesthesia (berkurangan rasa atau sensitiviti, terutamanya pada kulit)

Ini berkemungkinan bukanlah semua kesan sampingan yang mungkin berlaku. Kesan sampingan yang serius dan tidak dijangka mungkin berlaku. Kesan sampingan yang mungkin berlaku masih lagi dikaji.

Apakah yang perlu saya lakukan tentang kesan sampingannya?

Jika anda atau anak anda mengalami reaksi alahan yang teruk, hubungi 9-1-1, atau pergi ke hospital terdekat.

Hubungi pembekal vaksin atau pembekal penjagaan kesihatan anda untuk sebarang kesan sampingan yang mengganggu anda atau anak anda atau kesan yang tidak sembuh.

Laporkan kesan sampingan vaksin kepada FDA dan Sistem Pelaporan Peristiwa Mudarat Vaksin (VAERS) Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Nombor bebas tol VAERS ialah 1–800–822–7967 atau laporkan secara dalam talian di https://vaers.hhs.gov/reportevent.html. Sila sertakan "EUA Vaksin COVID-19 Novavax, Diadjuvan (Formula 2023-2024)" pada baris pertama kotak #18 dalam borang laporan.

Selain itu, anda boleh melaporkan kesan sampingan kepada Novavax, Inc., menggunakan maklumat hubungan berikut: Laman web: www.NovavaxMedInfo.com, Nombor Faks: 1-888-988-8809, Nombor Telefon: 1-844-NOVAVAX (1-844-668-2829).

Bagaimana pula dengan kehamilan atau penyusuan?

Jika anda atau anak anda mengandung atau sedang menyusu, bincangkan pilihan yang ada dengan pembekal penjagaan kesihatan anda.

Terdapat pendaftaran pendedahan kehamilan yang memantau hasil kehamilan pada wanita yang terdedah kepada Vaksin COVID-19 Novavax, Diadjuvan semasa kehamilan. Wanita yang divaksin dengan Vaksin COVID-19 Novavax Diadjuvan semasa mengandung digalakkan untuk membuat pendaftaran dengan melayari https://c-viper.pregistry.com.

Sila lihat Lembaran Fakta untuk Penerima dan Penjaga bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Melaporkan Peristiwa Mudarat dan Ralat Pentadbiran Vaksin

  • Peristiwa mudarat juga boleh dilaporkan kepada Novavax, Inc. menggunakan maklumat hubungan berikut atau dengan memberikan salinan borang VAERS kepada Novavax, Inc. Laman web: https://www.novavaxmedinfo.com/, Nombor Faks: 1-888-988-8809, Nombor Telefon: 1-844-NOVAVAX (1-844-668-2829).

Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) menggalakkan kesihatan yang lebih baik dengan menerokai, membangun dan mengkomersialkan vaksin inovatif untuk melindungi daripada penyakit berjangkit yang serius. Novavax, sebuah syarikat global yang berpangkalan di Gaithersburg, Maryland, AS, menawarkan platform vaksin yang berbeza yang menggabungkan pendekatan protein rekombinan, teknologi nanozarah inovatif dan adjuvan Matrix-M Novavax yang dipatenkan bagi meningkatkan tindak balas imun. Berfokuskan pada cabaran kesihatan yang paling mendesak di dunia, Novavax sedang menilai vaksin untuk COVID-19, influenza serta gabungan COVID-19 dan influenza. Sila layari novavax.com dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.

Pernyataan Pandangan Ke Hadapan
Pernyataan di sini berkaitan dengan masa depan Novavax, rancangan operasi dan prospeknya, skop, masa dan hasil pemfailan dan tindakan kawal selia masa hadapan, termasuk ketersediaan versi XBB yang dikemas kini bagi Vaksin COVID-19 Novavax, Diadjuvan (Formula 2023-2024) (NVX-CoV2601) dan masa penghantaran dan pengedaran vaksinnya adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan atau yang tersirat oleh pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk, namun tidak tertakluk kepada, cabaran yang memuaskan, secara bersendirian atau bersama rakan kongsi, pelbagai syarat keselamatan, keberkesanan dan pencirian produk, termasuk yang berkaitan dengan kelayakan proses dan pengesahan ujian, yang diperlukan untuk memenuhi syarat pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan; kesukaran mendapatkan bahan mentah dan bekalan yang terhad; kekangan sumber, termasuk modal insan dan kapasiti pembuatan, keupayaan Novavax untuk meneruskan laluan kawal selia yang dirancang; cabaran atau kelewatan dalam mendapatkan kebenaran kawal selia untuk calon produknya, termasuk versi XBB yang dikemas kini bagi vaksin COVID-19 tepat pada masanya untuk sesi pemvaksinan musim luruh 2023 atau untuk perubahan strain varian COVID-19 pada masa akan datang; cabaran atau kelewatan dalam ujian klinikal; kelewatan atau cabaran dalam pembuatan, pengedaran atau eksport; pergantungan eksklusif Novavax pada Serum Institute of India Pvt. Ltd. untuk perumusan bersama dan pengisian serta kesan daripada sebarang kelewatan atau gangguan dalam operasi mereka terhadap penghantaran pesanan pelanggan; cabaran dalam mendapatkan penerimagunaan komersial bagi vaksin XBB COVID-19 bukan mRNA berasaskan protein kami yang dikemas kini, NVX-CoV2373 atau sebarang formulasi yang mengandungi strain varian COVID-19; cabaran untuk memenuhi syarat kontrak di bawah perjanjian dengan pelbagai entiti komersial, kerajaan dan lain-lain; dan faktor risiko lain yang dikenal pasti dalam bahagian "Faktor Risiko" dan "Perbincangan Pengurusan dan Analisis Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi" dalam Laporan Tahunan Novavax pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan Laporan Suku Tahunan berikutnya pada Borang 10-Q, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Kami mengingatkan para pelabur untuk tidak terlalu bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran akhbar ini. Anda digalakkan untuk membaca pemfailan kami dengan SEC, yang tersedia di www.sec.gov dan www.novavax.com, untuk perbincangan tentang perkara ini serta risiko dan ketidakpastian lain. Pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh dokumen ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan tersebut. Perniagaan kami tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang tinggi termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, pelabur yang berpotensi dan lain-lain perlu mempertimbangkan dengan teliti tentang risiko dan ketidakpastian ini.

Hubungan:
Pelabur
Erika Schultz
240-268-2022
ir@novavax.com

Media
Ali Chartan
240-720-7804
media@novavax.com

Rujukan 

  1. Wherry EJ, Barouch DH. T cell immunity to COVID-19 vaccines. Sains. 2022;377(6608):821-822. doi:10.1126/science.add2897.
  2. Markov PV, Ghafari M, Beer M, dll. The evolution of SARS-CoV-2. Nat Rev Microbiol. 2023;21(6):361-379. doi:10.1038/s41579-023-00878-2.
  3. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS. Updated COVID-19 vaccines for use in the United States beginning in fall 2023. 16 Jun 2023. https://www.fda.gov/vaccines-blood-biologics/updated-covid-19-vaccines-use-united-states-beginning-fall-2023.
  4. Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA). EMA and ECDC statement on updating COVID-19 vaccines to target new SARS-CoV-2 virus variants. 6 Jun 2023. https://www.ema.europa.eu/en/news/ema-ecdc-statement-updating-covid-19-vaccines-target-new-sars-cov-2-virus-variants.
  5. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). XBB.1.5 updated risk assessment. 20 Jun 2023. https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/20230620xbb.1.5.pdf?sfvrsn=fff6f686_3.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600

Source: NOVAVAX, INC
Related Stocks:
NASDAQ:NVAX
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries FDA Approval International Medical Approval