omniture

American Capital Energy & Infrastructure Mengembangkan Pasukan Pelaburan Amerika Utara

American Capital Energy & Infrastructure
2014-06-28 18:26 96

ANNAPOLIS, Maryland, 28 Jun 2014 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure hari ini telah mengumumkan yang ia telah mengembangkan pasukan pelaburan Amerika Utara mereka dengan dua ahli baharu: Ben Bonnet dan David Elizondo, kedua-duanya sebagai Naib Presiden. Pasukan pelaburan Amerika Utara, diketuai oleh Pengarah Urusan Bo Wholey, menyumber, menaja jamin dan turut mengurus pelaburan ekuiti dalam industri tenaga Amerika Utara dengan tumpuan khusus terhadap sektor tenaga aliran tengah.

"Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Ben dan David ke American Capital Energy & Infrastructure dan turut membawakan bakat tambahan kepada pasukan pelaburan Amerika Utara kami," kata Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif American Capital Energy & Infrastructure. "Ben dan David membawakan pengalaman yang berkepelbagaian dalam projek aliran tengah utama di Amerika Utara. Kemahiran dan pengalaman mereka dalam ekuiti swasta dan tenaga akan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan strategi pelaburan kami dan tumpuan sektor di rantau ini."

Sebelum menyertai American Capital Energy & Infrastructure, En. Bonnet merupakan Naib Presiden di Alinda Capital Partners, firma ekuiti swasta infrastruktur yang menyasarkan pelaburan di Amerika Utara dan Eropah, tempat beliau mengetuai dan turut mengurus pelaburan infrastruktur tenaga di Amerika Syarikat, termasuk pemerolehan aset berkepentingan dalam Martin Midstream GP LLC. Sebelum menyertai Alinda, En. Bonnet merupakan Rakan Sekutu di Natural Gas Partners, firma ekuiti swasta tenaga. En. Bonnet memulakan kerjaya beliau sebagai juruanalisis kewangan berkeumpilan tenaga di Simmons & Company International dengan bertumpu pada penyahlaburan serta pemerolehan aliran tengah dan huluan.

Sebelum menyertai American Capital Energy & Infrastructure, En. Elizondo merupakan Naib Presiden di Access Capital Advisers, pengurus pelaburan infrastruktur global, tempat beliau mengetuai dan turut mengurus pelaburan tenaga serta infrastruktur di AS dan juga Mexico. Sebelum menyertai Access, En. Elizondo merupakan Rakan Sekutu di Highstar Capital, firma ekuiti swasta tenaga dan infrastruktur. En. Elizondo telah memulakan kerjaya beliau sebagai juruanalisis kewangan berkeumpilan tenaga dalam divisyen perbankan pelaburan Barclays Capital. En. Elizondo dan Pengarah Urusan Bo Wholey telah bekerjasama rapat selama lebih tiga tahun di Highstar Capital.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE
American Capital Energy & Infrastructure melabur dalam aset infrastruktur tenaga global, termasuk kemudahan janaan kuasa, pengagihan kuasa dan juga rangkaian penghantaran, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api dan syarikat produk serta perkhidmatan yang bertumpu pada sektor kuasa dan tenaga. ACEI adalah sebahagian daripada firma gabungan pengurusan aset American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ("American Capital"), American Capital Asset Management, LLC. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL
American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ialah pengurus aset global dan firma ekuiti swasta dagangan awam. American Capital, secara terus dan melalui perniagaan pengurusan asetnya, mengasalkan, menaja jamin dan turut mengurus pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran tengah, kewangan berkeumpilan, harta tanah, tenaga dan juga infrastruktur serta produk berstruktur. American Capital mengurus aset bernilai $19 bilion, termasuk aset dalam kunci kira-kiranya serta aset berpendapatan di bawah pengurusan oleh pengurus bersekutu, dengan aset sejumlah $84 bilion di bawah pengurusan (termasuk aset berkeumpilan). Melalui syarikat dalam gabungan, American Capital mengurus American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC) dagangan awam dengan nilai buku bersih kira-kira $9 bilion, American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dengan nilai buku bersih kira-kira $1 bilion dan juga American Capital Senior Floating, Ltd. (Nasdaq: ACSF) dengan nilai buku bersih kira-kira $151 juta. Dari lapan pejabatnya di A.S. dan Eropah, American Capital serta syarikat gabungannya, European Capital, akan mempertimbangkan peluang pelaburan daripada $10 juta hingga $750 juta. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com.

Hubungi: +1-443-214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Bo Wholey, Pengarah Urusan, Pelaburan Amerika Utara

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Gas Personnel announcements