omniture

Interplex Umum Pelancaran ENNOVI, Perniagaan Pengelektrikan Mobiliti

Interplex
2023-10-04 15:00

Syarikat baharu ini akan memberi tumpuan kepada mereka bentuk, membangun dan merekayasa produk dan sistem bateri kenderaan elektrik

SINGAPURA, 4 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Blackstone melalui kerjasama dengan syarikat portfolionya Interplex, peneraju dunia dalam produk saling sambung dan mekanikal yang inovatif dan tersuai, telah mengumumkan pelancaran strategik bagi ENNOVI, sebuah perniagaan penyelesaian pengelektrikan mobiliti baharu yang mereka bentuk, membangun dan merekayasa penyelesaian saling sambung inovatif untuk sistem bateri, kuasa dan isyarat untuk kenderaan elektrik (EV) generasi akan datang. Pelancaran ENNOVI menandakan kemuncak penyusunan semula strategik dan transformasi perniagaan teras Interplexuntuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya. Sebagai sebuah syarikat kendiri baharu, ENNOVI akan memberi tumpuan terutamanya kepada penyelesaian pengelektrikan automotif dan ia akan diterajui oleh Stefan Rustler sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

 

ENNOVI komited untuk memberi perkhidmatan kepada jenama dan pengeluar EV terkemuka di dunia dan membantu mereka mencapai masa depan elektrik dengan lebih pantas, dari mana-mana sahaja di dunia. Syarikat baharu ini mereka bentuk dan merekayasa penyelesaian antara sambung bateri, platform kuasa dan isyarat untuk kenderaan elektrik generasi akan datang. Interplex akan terus mengutamakan komunikasi data dan pasaran industri dengan penyelesaian mekanikal berketepatan tinggi dan teknologi palang bas.

Stefan Rustler, Ketua Pegawai Eksekutif ENNOVI berkata: "Saya sangat teruja untuk memperkenalkan ENNOVI kepada dunia. Kami bersemangat untuk membantu pelanggan kami mengelektrikkan dengan lebih pantas. Fasa baharu ini memberikan perniagaan mobiliti kami dengan tumpuan baharu kepada industri automotif, memperuntukkan bakat industri terbaik bagi memastikan kami memenuhi permintaan pengeluar EV yang semakin meningkat. Dengan melancarkan ENNOVI, kami berada di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi terkini yang membentuk industri."

Ed Huang, Ketua Pegawai Operasi Ekuiti Swasta Asia Blackstone, berkata: "Kami teruja dengan penubuhan ENNOVI yang akan memberi tumpuan kepada pengelektrikan mobiliti, sebuah sektor yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia dan penyumbang utama kepada peralihan yang meluas ke arah tenaga lestari. ENNOVI mempunyai kedudukan yang baik untuk menyampaikan penyelesaian yang inovatif dan tersuai sebagai rakan kongsi strategik jangka panjang untuk para pelanggannya. ENNOVI akan mendapat manfaat daripada rekod prestasi Interplex selama 60 tahun dan kepakaran globalnya dalam penyelesaian antara sambung tersuai."

Dr. Ulrich Spiesshofer, Pengerusi Interplex yang juga Pengerusi Ennovi Blackstone berkata: "Kami telah membentuk sebuah pasukan pengurusan global untuk ENNOVI yang terdiri daripada pemimpin yang hebat dan terbukti yang mempunyai pengalaman industri dan teknikal yang berkaitan selama beberapa dekad. Di bawah kepemimpinan Stefan dan dengan rekod prestasi global beliau dalam membentuk perniagaan untuk pertumbuhan yang pesat, ENNOVI akan memacu kecemerlangan perkhidmatan pelanggan sebagai perniagaan penyelesaian mobiliti global yang fokus dan membentuk operasi kami untuk berkembang maju dalam salah sebuah pasaran perindustrian yang paling pesat berkembang."

Melalui penubuhan ENNOVI daripada Interplex , perniagaan baharu ini akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pangkalan pelanggan globalnya serta melabur dalam tapak pembuatan dan R&D merentasi lokasi geografi utama pada masa ini.

Ketahui lebih lanjut tentang ENNOVI di www.ennovi.com.

Tentang ENNOVI 

ENNOVI ialah sebuah Rakan Kongsi Penyelesaian Pengelektrikan Mobiliti yang merupakan peneraju dunia dalam mereka bentuk dan mengeluarkan penyelesaian sistem berketepatan tinggi dan antara sambung tersuai untuk kenderaan elektrik. Syarikat ini mengkhusus sepenuhnya kepada pasaran mobiliti serta mempunyai ketangkasan untuk bertindak pantas dalam merealisasikan keperluan OEM EV yang meliputi produk, proses dan pembuatan di peringkat global. ENNOVI sedang mempercepatkan idea dan keperluan pelanggan pasaran EV melalui kecekapan yang serba lengkap dalam keperluan antara sambung platform bateri, kuasa dan isyarat. Beribu pejabat di Singapura, ENNOVI mempunyai lebih 7,000 orang pekerja di seluruh 15 buah tapak di seluruh dunia, di mana semua aktivitinya bertanggungjawab secara sosial dengan kesan alam sekitar yang minimum. ENNOVI. Pengelektrikan dengan lebih pantas. Ketahui lebih lanjut di www.ennovi.com.

Tentang Blackstone 

Blackstone ialah pengurus aset alternatif yang terbesar di dunia. Kami berusaha untuk mewujudkan kesan ekonomi dan nilai jangka panjang yang positif kepada para pelabur kami, syarikat-syarikat yang kami melabur di dalamnya dan komuniti tempat kami bekerja. Kami melakukannya dengan bantuan individu yang luar biasa serta modal yang fleksibel untuk membantu syarikat menyelesaikan masalah. Aset di bawah pengurusan kami yang bernilai $1 trilion merangkumi jentera pelaburan yang memberi tumpuan kepada ekuiti swasta, hartanah, hutang awam dan ekuiti, infrastruktur, sains hayat, ekuiti pertumbuhan, kredit gred bukan pelaburan yang oportunis, aset sebenar dan dana sekunder, semuanya pada secara global. Maklumat lanjut tersedia di www.blackstone.com.

Hubungan Akhbar: 

ENNOVI
Selvan Wilhelm
Selvan.Wilhelm@ennovi.com

Hubungan Agensi: 

Publitek AS
Erin McMahon
erin.mcmahon@publitek.com

Publitek Jerman
Carsten Otte
carsten.otte@publitek.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2236926/ENNOVI_Logo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2236927/Blackstone_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Interplex
Keywords: Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services