omniture

Kensing akan Mengambil Alih AOM

Kensing, LLC
2023-10-04 21:00

Pengambilalihan ini memperluaskan tawaran produk fitosterol dan Vitamin E Semula Jadi daripada Kensing. 

KANKAKEE, Illinois, 4 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Kensing, LLC ("Kensing" atau "Syarikat"), pengeluar terkemuka Vitamin E Semula Jadi, Sterol Tumbuhan dan surfaktan berketulenan tinggi dan sebuah syarikat portfolio yang dimiliki oleh ahli gabungan One Rock Capital Partners, LLC ("One Rock"), hari ini mengumumkan pengambilalihan Advanced Organic Materials ("AOM"), sebuah syarikat pengeluar rintis bagi Vitamin E berasaskan tumbuhan yang bukan GMO dan fitosterol yang diperoleh daripada bunga matahari dan biji sesawi.

"Pengambilalihan AOM ini meningkatkan rangkaian bahan berasaskan tumbuhan bukan GMO kami, mengukuhkan akses kami terhadap sumber baharu bahan mentah semula jadi yang pelbagai dan membuka pasaran akhir baharu," kata Serge Rogasik, Ketua Pegawai Eksekutif Kensing. "Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Alex dan pasukannya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk semula jadi daripada lima buah kilang kami di seluruh AS, Eropah dan Amerika Latin."

AOM yang mengendalikan kemudahan canggih di Valencia, Sepanyol dan Buenos Aires, Argentina, merupakan peneraju yang diiktiraf di peringkat global dalam pengeluaran produk berasaskan tumbuhan bukan GMO yang merangkumi Vitamin E, tokoferol campuran dan fitosterol. AOM memberi perkhidmatan kepada para pelanggan di lebih 34 buah negara dan cemerlang dalam menyampaikan alternatif label bersih yang amat sejajar dengan keutamaan jenama dan pengguna merentasi sektor pemakanan, penjagaan diri, makanan dan minuman.

"Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan sebuah syarikat peneraju industri dan memulakan fasa baharu ini sebagai sebahagian daripada Kensing. Pengambilalihan ini menandakan suatu peluang yang menarik untuk kami memanfaatkan gabungan keupayaan kami bagi meningkatkan prestasi dan mengembangkan kehadiran geografi. Secara bersama-sama, kami berupaya menyampaikan nilai yang tiada tandingan kepada para pelanggan, pengguna dan pihak berkepentingan, malah saya tidak sabar menantikan perjalanan ini di masa hadapan," kata Alex Abad, Ketua Pegawai Eksekutif AOM.

Tentang Kensing 

Ditubuhkan pada tahun 2021, Kensing, LLC ialah pengeluar terkemuka bagi rangkaian luas bahan kimia khusus yang merangkumi fitosterol, vitamin E semulajadi, surfaktan amfoterik dan anion serta ester yang diperoleh daripada minyak sayuran. Beribu pejabat di Kankakee, Illinois dan mempunyai lima buah kilang di seluruh AS, Eropah dan Amerika Latin, bahan-bahan berkualiti tinggi Kensing yang dirumus dengan tepat memberi perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan yang merentasi pasaran penjagaan diri dan rumah, farmaseutikal, pemakanan dan pertanian. Kensing memberi tumpuan secara unik dalam menyediakan tahap perkhidmatan, ketangkasan dan kerjasama pakar yang unggul kepada para pelanggan untuk membantu mereka membangunkan produk yang lebih baik. Kensing diiktiraf atas penilaian Ecovadis Gold yang diperolehnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.kensingsolutions.com

Tentang AOM 

Ditubuhkan pada tahun 2003, Advanced Organic Materials ("AOM") ialah pengeluar terkemuka Vitamin E semulajadi, Campuran tokoferol dan fitosterol. Portfolio produk syarikat ini termasuk Bunga Matahari Bukan GMO dan Soya Boleh Dijejak. Memberi perkhidmatan di lebih 34 buah negara di seluruh dunia dengan produk untuk industri makanan, makanan haiwan, makanan tambahan dan penjagaan diri. Kekuatan AOM terletak pada kepelbagaian produk, pembekal dan pasaran akhirnya serta disokong oleh keupayaan penyumberan yang menarik dan hubungan pelanggan yang kukuh. AOM diiktiraf atas pensijilan Ecovadis Bronze yang diperolehnya.

TENTANG ONE ROCK CAPITAL PARTNERS, LLC 

One Rock membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang berpotensi untuk pertumbuhan dan peningkatan operasi dengan menggunakan satu pendekatan ketat yang menggunakan Rakan Kongsi Operasi yang sangat berpengalaman untuk mengenal pasti, mengambil alih dan meningkatkan perniagaan dalam industri terpilih. Penglibatan Rakan Kongsi Operasi ini direka bentuk untuk memberikan keupayaan kepada One Rock bagi menjalankan usaha wajar serta pengambilalihan dan pelaburan yang sempurna dalam semua jenis situasi, tanpa mengira kerumitan. One Rock bekerjasama dengan pengurusan syarikat dan Rakan Kongsi Operasinya untuk membangunkan sebuah pelan perniagaan komprehensif yang memberi tumpuan untuk mengembangkan perusahaan dan keuntungannya bagi meningkatkan nilai jangka panjang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.onerock.com

HUBUNGAN MEDIA  
Julia Cohen
Prosek Partners untuk One Rock Capital
pro-onerock@prosek.com

 

 

Source: Kensing, LLC
Keywords: Agriculture Chemical Cosmetics & Personal Care Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion