omniture

Simfoni Penglihatan dan Bunyi: Toshiba TV Bekerjasama dengan Penerbit Muzik Berbakat untuk #MakingSoundVisible

Toshiba TV
2023-10-05 13:31 47

HONG KONG, 5 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dalam era digital yang dinamik pada hari ini, hiburan rumah menjadi aspek gaya hidup yang penting dan Toshiba TV Z870 baharu direka bentuk untuk menyediakan latar belakang visual yang terang bagi setiap penalaan. Sebagai model yang dilengkapi dengan teknologi Mini LED, ia bersegerak dengan muzik anda menggunakan visual yang menawan hati bagi menaikkan setiap nota muzik, lantas mengubah rumah anda menjadi dewan konsert yang memukau.

Untuk menjadi semakin hampir dengan pengalaman definisi muzikal Toshiba TV Z870 sepenuhnya, berikut merupakan video acah yang menawarkan gambaran sekilas yang menggoda terhadap keajaiban yang terungkap apabila ciri-ciri televisyen yang luar biasa disatukan dengan keindahan seni penghasilan muzik, dalam usaha untuk #MakingSoundVisible

Trajektori baharu ini memaparkan keharmonian yang lancar antara kecekapan Toshiba TV Z870 dalam menghasilkan muzik gred-profesional. Bagi mereka yang memahami bahawa muzik adalah tentang kedalaman bunyi, REGZA Bass Woofer Pro mencipta pengalaman audio yang dapat dirasai secara mendalam. Ia melapisi bunyi dengan teliti, memastikan agar penonton dapat membezakan antara nota, rentak dan irama. Audio Toshiba TV Z870 juga diperhalusi oleh Sistem Bunyi Keliling ZR 2.1.2 dan Pembesar Suara Cetusan Depan - dengan yang pertama memfokuskan pada keasyikan ruang dan yang kedua pada penyampaian audio berarah yang tepat.

Menyampaikan adegan yang terang dan menambah kedalaman kepada setiap urutan, teknologi Quantum Dot Color turut dibawakan dalam barisan Z870; sementara REGZA Engine ZRi Toshiba TV beroperasi dengan penuh teliti bagi meningkatkan kejelasan pada visual dan bunyi.

Sertai di media sosial dan melangkah ke dunia kemegahan deria dengan kempen #MakingSoundVisible. Pada terasnya, #MakingSoundVisible adalah tentang mendedahkan keajaiban yang berlaku apabila Toshiba TV Z870 bertemu penerbit muzik, yang mana mereka meneroka sinergi yang mempesonakan antara bunyi dan visual yang berkualiti tinggi. Sertai perbualan di media sosial untuk menyertai perbincangan audio-visual dan meneroka lebih banyak ciri Z870. Jangan lepaskan peluang anda untuk berinteraksi, belajar dan memenangi hadiah menarik, ayuh #MakingSoundVisible bersama-sama!

Latar Belakang Toshiba TV 

Toshiba TV memiliki sejarah selama lebih 70 tahun dalam pengeluaran TV. Dengan DNA yang kukuh dalam ciptaan dan idea inovatif, Toshiba TV telah menghasilkan banyak TV dengan ciri-ciri yang pertama di dunia. Toshiba TV menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan gaya tontonan baharu kepada ramai orang di seluruh dunia melalui kualiti imejnya yang tinggi.

Untuk butiran lanjut, nantikan perkembangan terkini di Toshiba TV melalui Facebook, Instagram, Twitter, YouTube

Source: Toshiba TV
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Music Social Media Television