omniture

Luahkan Kasih Sayang untuk Haiwan Peliharaan pada Hari Haiwan Sedunia 2023: Terokai Produk Haiwan Peliharaan Berkualiti Tinggi di Pameran Canton ke-134

Canton Fair
2023-10-05 13:54 232

GUANGZHOU, China, 5 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Menyambut Hari Haiwan Sedunia pada 4 Oktober, Pameran Canton ke-134 mengambil langkah ke arah menggalakkan kebajikan haiwan dengan mengoptimumkan bahagian pameran produk haiwan peliharaannya. Dengan mengintegrasikan konsep penjagaan haiwan, Pameran Canton menyokong pertumbuhan industri haiwan peliharaan antarabangsa yang pesat dan perjuangan penting terhadap perlindungan haiwan.


Masa pameran untuk bahagian produk haiwan peliharaan akan diselaraskan kepada Fasa 3, dijadualkan bermula pada 31 Oktober hingga 4 November yang bertujuan untuk menyediakan peluang yang dipertingkatkan bagi mempamerkan tawaran produk yang inovatif kepada pembeli dari seluruh dunia. Dengan keluasan pameran kira-kira 6,000 meter persegi, Pameran itu akan berkolaborasi dengan peserta pameran yang disegani dalam industri ini bagi mempamerkan mainan haiwan peliharaan, pakaian, makanan dan produk kebersihan berkualiti terbaik untuk pencinta haiwan peliharaan di seluruh dunia.

Jiangsu Zhongheng Pet Articles Joint-Stock Co., Ltd. ("Zhongheng") telahpun diiktiraf sebagai salah satu daripada sepuluh perusahaan terbaik dalam industri produk haiwan peliharaan China dan mereka akan mempamerkan pelbagai jenis produk haiwan peliharaan premium di Pameran Canton. Produk-produk ini termasuk set dandanan, produk kebersihan, barangan luar, bagi mewujudkan perayaan menyayangi haiwan peliharaan untuk pengguna di seluruh dunia. Zhongheng menjalin perkongsian yang kukuh dengan platform-platform e-dagang yang terkemuka seperti Amazon, peniaga-peniaga besar seperti Walmart serta peniaga-peniaga dan jenama-jenama produk haiwan peliharaan yang terkenal seperti PETSMART, PETCO dan CENTRAL GARDEN. Untuk maklumat terperinci, sila kunjungi https://goo.su/GIGxQVX.

Yantai China Pet Foods Co., Ltd. ("Yantai China Pet Food") ialah kuasa perintis dalam industri makanan haiwan peliharaan China dan pengusaha yang terkemuka dalam industri haiwan peliharaan. Syarikat ini memiliki jenama-jenama bebas yang berjaya seperti "Wanpy", "ZEAL" dan "TOPTREES", bagi menawarkan kepada pemilik haiwan peliharaan dengan seleksi produk yang luas untuk anjing dan kucing mereka. Ini mencakupi lebih 1,000 kategori termasuk makanan kering, makanan basah, snek serta pilihan-pilihan lain yang boleh dicari dengan penapis melalui halaman Pameran Canton mereka https://goo.su/naZlho. Khususnya, mereka memilih dengan teliti bahan-bahan makanan haiwan peliharaan yang mematuhi piawaian pemeriksaan dan kuarantin Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah, Kanada dan Australia. Komitmen ini dapat memastikan agar pengguna dapat memberi perlindungan kesihatan yang terbaik kepada haiwan peliharaan kesayangan mereka.

Terlibat dalam reka bentuk, pembangunan, pengeluaran dan jualan produk haiwan peliharaan, Hangzhou Tianyuan Pet Products Co., Ltd., ("Tianyuan"), ialah jenama produk haiwan peliharaan yang terkenal. Mereka akan mempamerkan pelbagai jenis produk haiwan peliharaan bermula daripada katil, mainan, pakaian, makanan serta produk elektrik haiwan peliharaan di Pameran Canton ke-134 di lapangan dalam Fasa 3. Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu Tianyuan yang canggih, sila klik di https://goo.su/Cc2W.

Pameran Canton ke-134 akan membuat penyelarasan kepada beberapa sektor pameran. Sila rancang perjalanan anda mengikut bahagian pameran yang terkini. Kunjungi laman web rasmi Pameran Canton https://www.cantonfair.org.cn/en-US/posts/646531331412942848 untuk maklumat lanjut. Mulai sesi ini, pembeli luar negara yang akan hadir di lapangan perlu membuat prapendaftaran terlebih dahulu. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi: https://www.cantonfair.org.cn/en-US/pages/655692320955457536.

Source: Canton Fair
Keywords: Retail Animal Welfare Animals/Pets Trade show news