![]() |
ZUG, Switzerland, 6 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Arf, platform penyelesaian dan kecairan global, telah dianugerahkan Anugerah Emas PAY360 untuk "Inisiatif Pinjaman Terbaik."
Dianjurkan oleh The Payments Association, Anugerah PAY360 ini telah berlangsung di London pada 4 Oktober lepas, di mana Arf telah diberi pengiktirafan atas sumbangan cemerlangnya kepada industri pembayaran dan penerajuannya dalam inovasi pinjaman.
Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Arf, Ali Erhat Nalbant berkata, "Kami gembira kerana menerima pengiktirafan ini sebagai inisiatif pinjaman terbaik dalam industri."
"Infrastruktur Arf memperkasakan institusi kewangan untuk mengakses kecairan harian dan mencapai penyelesaian masa nyata tanpa memerlukan pembiayaan awal. Dengan menyelesaikan masalah utama dalam industri, kami telah menyediakan pinjaman sebanyak $400 juta dan menjana jumlah pada rantaian bernilai hampir $0.5 bilion dalam masa 10 bulan sahaja. Kami akan terus membolehkan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kewangan yang lebih baik di seluruh dunia," tambah beliau.
Firma ini bertindak sebagai contoh perintis tentang bagaimana teknologi Web3 boleh merevolusikan pembayaran global dengan cara yang telus sepenuhnya. Sebagai sebuah platform penyelesaian dan kecairan yang dikawal selia oleh Switzerland, Arf merapatkan jurang antara Web3 dan TradFi, mewujudkan kes penggunaan RWA bertoken yang berkuasa dengan menawarkan kecairan yang disokong oleh penghutang.
Arf juga telah menerima Anugerah Perak di PAY360 dalam kategori "Penggunaan Terbaik Kripto dan/atau Blok Rantai dalam Perkhidmatan Kewangan" pada tahun lepas.
Tentang Arf
Arf ialah sebuah platform penyelesaian dan kecairan global yang dikawal selia untuk institusi kewangan berlesen yang menyediakan talian kredit jangka pendek, pusingan dan berasaskan USDC untuk pembayaran rentas sempadan. Arf yang komited terhadap ketelusan ini bermatlamat untuk meningkatkan akses kepada kecairan bagi institusi kewangan rentas sempadan di seluruh dunia.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2239906/Arf_Best_Lending_Initiative.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1915574/Arf_Logo.jpg?p=medium600