NEW YORK dan MUMBAI, India, 6 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Tata Communications, pendaya ekosistem digital global, hari ini mengumumkan penyempurnaan pengambilalihan Kaleyra, Inc. (NYSE: KLR).
Pada 28 Jun 2023, Tata Communications telah memeterai perjanjian muktamad dengan Kaleyra, Inc. untuk memperolehnya melalui Tata Communications Limited. Urus niaga tersebut kini telah selesai setelah menerima kelulusan oleh pemegang saham Kaleyra, kelulusan kawal selia yang diperlukan, dan pemenuhan syarat penutupan biasa yang lain. Di bawah terma perjanjian tersebut, Tata Communications Limited telah membayar pertimbangan agregat kira-kira $100 juta tunai dan menanggung semua hutang tertunggak Kaleyra. Dengan ini, Kaleyra, Inc. dan anak syarikatnya kini telah menjadi anak syarikat milik penuh Tata Communications Limited.
Gabungan penyelesaian penglibatan pelanggan Tata Communications dan benteng pertahanan Kaleyra dalam teknologi, kejuruteraan serta penyelidikan & pembangunan akan memacu pertumbuhan perusahaan global, yang dikuasakan oleh interaksi pelanggan yang sangat diperibadikan dan pintar.
"Dalam dunia yang saling terhubung hari ini, kejayaan dan kesetiaan pelanggan adalah penting kepada pertumbuhan perusahaan merentas industri dan geografi," kata A.S. Lakshminarayanan, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tata Communications. "Kami di Tata Communications komited untuk merevolusikan cara perniagaan melibatkan diri dengan pelanggan, memanfaatkan fabrik digital bagi memanfaatkan cerapan data untuk menyampaikan interaksi pelanggan yang lancar, selamat, pintar dan memberi kesan. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Kaleyra dalam perjalanan ini, agar kami dapat bersama-sama membuka laluan untuk pengalaman pelanggan masa depan!"
Mysore Madhusudhan, Naib Presiden Eksekutif, Kerjasama dan Penyelesaian Terhubung, Tata Communications menambah, "Dalam era digital ini, perniagaan memerlukan penyelesaian penglibatan pelanggan berbilang saluran yang dibentuk untuk interaksi yang intuitif, pintar dan automatik. Secara bersama-sama, Tata Communications dan Kaleyra dapat membentuk gabungan yang kuat, yang bersedia untuk membentuk platform penglibatan pelanggan untuk hari esok."
Mauro Carobene, Ketua Rangkaian Interaksi Pelanggan Tata Communications mengulas, "Kaleyra dan Tata Communications bersama-sama berada di ambang era baharu, dikuasakan oleh keupayaan komunikasi platform Kaleyra.io yang bertaraf dunia dan keazaman untuk memacu masa depan komunikasi melalui rangkaian pintar penyelesaian interaksi pelanggan kami. Aspirasi bersama kami adalah sangat besar, bukan sahaja dari segi pertumbuhan, tetapi juga dalam mengembangkan portfolio kami yang memacu nilai untuk pelanggan kami."
Dr. Avi Katz, Rakan Kongsi Urusan Pengasas GigCapital Global berkata: "Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kaleyra sejak penubuhannya pada November 2019 melalui gabungan dengan GigCapital1, Inc., saya berasa gembira melihat hasil keputusan ini untuk pasukan Kaleyra dan pihak berkepentingannya. Pengambilalihan ini mencerminkan pengiktirafan global terhadap kepimpinan Kaleyra dalam industri CPaaS, hasil kerja keras seluruh pasukan Kalyera selama empat tahun yang lepas dan hubungan yang sangat baik dengan Tata Communications."
Tentang Kaleyra
Kaleyra, Inc. (NYSE: KLR) (Bursa Saham Amerika: KLR WS) ialah sebuah kumpulan global yang menyediakan perkhidmatan komunikasi mudah alih kepada institusi kewangan, pemain e-dagang, OTT,
syarikat perisian, pendaya logistik, penyedia penjagaan kesihatan, peruncit dan organisasi besar lain di seluruh dunia. Melalui platform proprietari dan API yang mantap, Kaleyra menguruskan perkhidmatan komunikasi bersepadu berbilang saluran, yang terdiri daripada pemesejan, pemesejan kaya dan pemesejan segera, video, pemberitahuan automatik, e-mel, perkhidmatan suara dan bot sembang.
Teknologi Kaleyra membolehkan berbilion-bilion mesej setiap bulan diuruskan dengan selamat dan terjaga melibatkan lebih 1600 sambungan operator di lebih 190 buah negara, termasuk semua penyedia perkhidmatan internetperingkat 1 di AS.
Tentang Tata Communications
Merupakan sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah pendaya ekosistem digital global yang menjana ekonomi digital yang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com
Maklumat Berkanun Kaleyra
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan berdasarkan pengertian undang-undang sekuriti persekutuan AS. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, saluran omni dan produk lain serta perkembangan pelanggan globalnya, jangkaan, kepercayaan, niat, rancangan, prospek atau strateginya berkenaan rancangan perniagaan pasukan pengurusan Kaleyra, Inc. ("Kaleyra"). Sebarang pernyataan yang terkandung di sini yang bukannya pernyataan fakta sejarah boleh dianggap sebagai pernyataan berpandangan ke hadapan. Selain itu, sebarang pernyataan yang merujuk kepada unjuran, ramalan atau pencirian lain bagi peristiwa atau keadaan di masa hadapan, termasuk sebarang andaian asas, adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Perkataan "duga," "percaya," "teruskan," "boleh," "anggar," "jangka," "berniat," "dapat," "mungkin," "rancang," "boleh jadi," "berpotensi," "ramal," "unjur," "sepatutnya," "akan" dan ungkapan yang serupa mungkin dapat mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan, tetapi ketiadaan perkataan ini tidak bermakna bahawa suatu pernyataan itu bukan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan andaian dan analisis tertentu yang dibuat oleh Kaleyra berdasarkan pengalaman dan persepsinya terhadap trend sejarah, keadaan semasa dan jangkaan perkembangan masa depan serta potensi kesannya terhadap Kaleyra serta faktor lain yang dipercayai adalah sesuai dengan keadaan. Tidak ada jaminan bahawa perkembangan di masa depan yang mempengaruhi Kaleyra adalah seperti yang dijangkakan. Pernyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan beberapa risiko, ketidakpastian (sesetengahnya berada di luar kawalan pihak-pihak) atau andaian lain yang mungkin menyebabkan keputusan atau prestasi sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat oleh pernyataan berpandangan ke hadapan ini, termasuk gabungan perkhidmatan yang digunakan oleh pelanggan Kaleyra dan keperluan pelanggan sedemikian untuk perkhidmatan ini, termasuk sebarang kebolehubahan mengikut geografi, penerimaan pasaran terhadap tawaran perkhidmatan baharu, keupayaan Kaleyra untuk mengembangkan apa yang dilakukannya untuk pelanggan sedia ada serta untuk menambah pelanggan baharu, bahawa Kaleyra akan mempunyai modal yang mencukupi untuk beroperasi seperti yang dijangkakan, dan kesan faktor geopolitik dan makroekonomi seperti peperangan di Ukraine, terhadap operasi Kaleyra, permintaan terhadap produk Kaleyra, rantaian bekalan global dan aktiviti ekonomi secara amnya. Faktor risiko tambahan yang boleh menyebabkan perbezaan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada: (i) keupayaan Kaleyra dan Tata Communications untuk mencapai faedah yang dijangkakan daripada urus niaga yang dicadangkan tepat pada masanya dengan berjaya; (ii) kos urus niaga ketara yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan; (iii) potensi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan; (iv) risiko bahawa gangguan daripada urus niaga yang dicadangkan akan membahayakan perniagaan Kaleyra, termasuk rancangan dan operasi semasa; (v) keupayaan Kaleyra untuk mengekalkan dan mengupah kakitangan utama; (vi) kemungkinan reaksi buruk atau perubahan kepada perhubungan perniagaan yang terhasil daripada pengumuman atau penyempurnaan urus niaga yang dicadangkan; (vii) perkembangan perundangan, kawal selia dan ekonomi yang menjejaskan perniagaan Kaleyra; (viii) perkembangan dan keadaan ekonomi dan pasaran am; (ix) rejim undang-undang, kawal selia dan cukai yang berkembang di mana Kaleyra beroperasi; dan (x) potensi ketidakpastian perniagaan, termasuk perubahan kepada perhubungan perniagaan sedia ada, ketika menunggu penggabungan yang boleh menjejaskan prestasi kewangan Kaleyra. Oleh itu, anda tidak seharusnya meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana pernyataan sedemikian dan langkah berhati-hati perlu diambil apabila bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko atau ketidakpastian ini menjadi kenyataan atau sekiranya mana-mana andaian yang dibuat terbukti tidak betul, keputusan sebenar mungkin berbeza dari segi material daripada yang diunjurkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali yang mungkin diperlukan di bawah undang-undang sekuriti yang berkenaan.
Maklumat Berkanun Tata Communications
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2023 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
Tata Communications dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara-negara tertentu.