omniture

REKOD KILANG PENYULINGAN BAHARU DICAPAI UNTUK THE GLEN GRANT SELEPAS THE VISIONARY 68-YEAR-OLD DIJUAL PADA HARGA GBP212,500 (USD256,636) DI DISTILLERS ONE OF ONE, LELONGAN KEDUA YANG MEMECAH REKOD DALAM TEMPOH DUA MINGGU

The Glen Grant
2023-10-06 23:01 0

Jualan wiski 68-Year-Old yang jarang ditemui ini menyusul selepas jualan lelongan yang besar dicapai pada minggu lepas untuk Devotion 70-Year-Old pada harga GBP81,250 (USD101,300), dengan kedua-dua lot ditetapkan untuk memberi manfaat kepada organisasi badan amal di Scotland

ROTHES, Scotland, 6 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- The Glen Grant Single Malt Scotch Whisky hari ini mengumumkan bahawa The Visionary 68-Year-Old telah dijual pada harga GBP212,500 (USD256,636) - iaitu dua kali ganda daripada anggaran tinggi asal- di Lelongan Distillers One of One dengan perolehannya ditetapkan untuk memberi manfaat kepada Distillers' Charity.

 

The Visionary
The Visionary

 

Berita ini diperoleh selepas lelongan terbesar pada minggu lepas melalui kerjasama dengan Sotheby's, di mana Devotion 70-Year-Old telah dijual pada harga GBP81,250 (USD101,300). Apabila harga bidaan diterima di lelongan Distillers One of One, The Visionary yang unik ini - wiski tertua yang ditampilkan di lelongan tersebut - kini memegang harga rekod dunia untuk wiski daripada The Glen Grant dalam sejarahnya sepanjang 180 tahun dan memperoleh tiga tempat teratas dalam kalangan 39 lot bagi lelongan pada tahun ini.

Diperam selama 68 tahun dan diambil daripada tong syeri oloroso tunggal, tawaran The Visionary yang jarang ditemui ini mempamerkan kualiti luar biasa wiski Glen Grant pada usia yang tinggi.  Walaupun ia agak baharu menceburi bidang lelongan, kejayaan The Glen Grant baru-baru ini menyerlahkan pendekatan pematangan yang teliti dan kebolehkumpulan kilang penyulingan ini yang telah menjadikan Speyside sebagai tempatnya beroperasi sejak tahun 1840.

TENTANG THE VISIONARY 

Mengambil inspirasi daripada pengembaraan dan semangat James 'The Major' Grant terhadap pemuliharaan dan alam semula jadi, dekanter magnum bersaiz 1.6L buatan tangan dengan potongan battuto yang inovatif dan penyumbat daripada batu permata Malakit, ditempatkan dalam sebuah bekas yang diilhamkan oleh zaman dahulu. Reka bentuk dekanter ini diilhamkan daripada Zaman Victoria yang kaya dan kapal yang dinaiki oleh 'The Major' untuk membawa pulang penemuan tumbuhan dan bunga eksotik ke rumah kaca kilang penyulingan ini di Taman Splendours kesayangannya yang kini berada di tapak kilang penyulingan. 

Dimatangkan dalam sebuah tong syeri bernombor 835 dan diisi pada tahun 1955, wiski yang jarang ditemui ini menampilkan warna emas Musim Luruh yang mencerminkan daun-daun di Taman Splendours.  Pada wiski 68 Years Old ini, aromanya bermula dengan rasa buah-buahan dusun yang masak lembut dan bercantum dengan sempurna menjadi nota tofi bermentega dengan sentuhan asap yang halus.  Untuk rasa, terdapat keseimbangan yang sempurna antara rasa vanila buah dengan Syeri manis serta kemasan yang kaya dan mantap, memberikan rasa di mulut yang lama dan berkekalan yang ditakrifkan oleh buah-buahan kering yang manis, sentuhan rasa rempah dan asap yang lembut. 

Hasil daripada jualan ini akan disalurkan kepada Distillers' Charity, yang mengubah peluang hidup golongan belia di Scotland dengan membantu mereka membangunkan pengetahuan, keyakinan, ketahanan dan kemahiran bagi menyediakan mereka untuk hidup dan bekerja.

@theglengrant 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2239954/Glen_Grant_The_Visionary.jpg?p=medium600

Source: The Glen Grant
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services MAT (Mature Audience)