NEW YORK, 9 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- CB Insights hari ini menobatkan TerraPay dengan kedudukan dalam penyenaraian Fintech 100 tahunannya yang keenam (sebelum ini dikenali sebagai Fintech 250) - yang mempamerkan 100 buah syarikat fintech persendirian yang paling memberangsangkan pada tahun 2023.
"Mewakili 24 buah negara yang berbeza di seluruh dunia, Fintech 100 pada tahun ini membentuk masa depan pembayaran masa nyata, automasi pengurusan perbelanjaan, penyepaduan kewangan dan banyak lagi," kataChris Bendtsen, Ketua Penganalisis Fintech, CB Insights. Secara bersama-sama, syarikat-syarikat ini bukan sahaja meningkatkan kadar inovasi tetapi turut melancarkan produk dan ciri baharu yang merevolusikan industri secara keseluruhan. Saya tidak sabar untuk melihat kejayaan yang bakal dicapai oleh kohort ini seterusnya."
"Ia merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf oleh CB Insights sebagai sebahagian daripada senarai Fintech 100 tahun ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membina rangkaian pembayaran rentas sempadan kami secara berterusan dan kadar pertumbuhan ini telah meningkat dengan ketara pada tahun 2023. Kami telah menjalin beberapa pakatan utama yang akan membantu dalam memajukan lagi visi kami untuk membina dunia pembayaran yang terhubung dan diperkasakan. Sambil kami berkembang, kami bermatlamat untuk membentuk masa depan yang lebih inklusif dan boleh diakses bagi pembayaran rentas sempadan." kata Ambar Sur, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay
Dengan menggunakan platform CB Insights, pasukan penyelidik telah memilih 100 pemenang ini daripada sekumpulan yang melebihi 19,000 buah syarikat persendirian, termasuk pemohon dan penama. Syarikat-syarikat ini dipilih berdasarkan faktor-faktor yang merangkumi - pembiayaan ekuiti, profil pelabur, hubungan perniagaan, aktiviti R&D, analisis sentimen berita, landskap berdaya saing,skor Mozek proprietari dan transkrip Yardstiq - serta kriteria seperti kebaharuan teknologi dan potensi pasaran. Pasukan penyelidik juga menyemak beribu-ribu Taklimat Penganalisis yang dikemukakan oleh pemohon.
TerraPay telah memantapkan kedudukannya pada hari ini sebagai rakan kongsi global kepada bank terkemuka, pengendali pemindahan wang, pengendali dompet mudah alih dan institusi kewangan bagi memudahkan transaksi digital tanpa sempadan. Baru-baru ini, TerraPay telah berjaya memuktamad pusingan pembiayaan ekuiti Siri B dengan memperoleh lebihan pembiayaan ekuiti dan hutang sebanyak $100 juta. Pusingan pembiayaan tersebut diketuai oleh IFC dan disokong oleh Prime Ventures, Partech Africa, Visa dan sebuah konsortium pelabur lain. Pembiayaan ini mendorong rancangan pengembangan global TerraPay ke hadapan, terutamanya di seluruh wilayah Latin Amerika (LATAM) dan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang bertujuan untuk mengembangkan rangkaian pembayaran sedia ada mereka ke 150 buah negara menjelang tahun 2024. Setelah memperoleh dua kelulusan kawal selia baharu pada tahun ini, TerraPay kini merupakan satu-satunya penyedia pembayaran yang dikawal selia dan dilesenkan di 29 buah negara di seluruh dunia. Pasaran utama syarikat ini termasuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC); Afrika Utara, Afrika Selatan dan Afrika Tengah; Eropah dan Asia Tenggara; Amerika Tengah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
Fakta pantas tentang Fintech 100 2023:
Tentang CB Insights
CB Insights membina perisian yang membolehkan syarikat terbaik di dunia menemui, memahami dan membuat keputusan teknologi dengan yakin. Dengan menggabungkan data, cerapan pakar dan alatan pengurusan kerja, para pelanggan mengurus proses membuat keputusan teknologi yang menyeluruh pada CB Insights. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.cbinsights.com.
Hubungan:
Tentang TerraPay
TerraPay memudahkan pergerakan wang di mana-mana sahaja – dengan menyediakan satu sambungan ke rangkaian pembayaran rentas sempadan yang paling meluas dan dikawal selia di 29 buah pasaran global serta membolehkan pembayaran kepada lebih 120 buah negara penerima, lebih 210 buah negara penghantar, lebih 7.5 bilion akaun bank dan lebih 2.1 bilion dompet mudah alih. TerraPay mempunyai misi untuk menghubungkan dunia kewangan tanpa sempadan, menjadikan pemindahan wang ke mana-mana sahaja dengan segera, boleh dipercayai, telus dan patuh sepenuhnya. TerraPay mendorong sempadan perniagaan global - yang merangkumi bank, fintech (teknologi kewangan) dan pengendali pemindahan wang hingga perniagaan pelancongan, platform ekonomi pencipta dan pasaran e-dagang – sambil turut mendorong keterangkuman kewangan walaupun dalam pasaran yang paling tidak boleh diakses. Ditubuhkan pada tahun 2014, TerraPay beribu pejabat di London dan mempunyai pejabat global di Dubai, Miami, Bogota, Dakar, Joburg, Nairobi, Milan, Singapura yang berkembang dengan pesat serta menerima pembiayaan daripada pelabur terkemuka termasuk IFC (Bank Dunia), Prime Ventures, Partech Africa dan Visa.
Hubungan:
Juveria Samrin, juveria.n@terrapay.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600