omniture

Beyonce dalam Busana Anggun Givenchy oleh Riccardo Tisci & JAY Z dalam Givenchy oleh Riccardo Tisci

Givenchy
2014-07-01 04:13 99

PARIS, 1 Julai 2014 /PRNewswire/ --

JELAJAH ON THE RUN

Kostum Jelajah

30 Jun 2014

The House of Givenchy dengan sukacitanya mengumumkan penyanyi Beyonce menggayakan pakaian ditempah khas Busana Anggun Givenchy oleh Riccardo Tisci untuk JELAJAH ON THE RUN: BEYONCE DAN JAY Z.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/71400570-beyonce-JAY-Z-givenchy-haute-couture-riccardo-tisci

Sepanjang persembahan itu, Beyonce memakai tiga kostum yang direka khas untuk beliau oleh Riccardo Tisci.

Semasa membuka persembahan dan menyanyikan lagu pertama mereka bersama ('Bonnie & Clyde' tahun 2003), JAY Z memakai tuksedo yang ditempah khas kain grain-de-poudre hitam dengan baju kemeja-T bercetak Bendera Amerika hitam dan putih daripada koleksi Pakaian Lelaki Musim Bunga - Musim Panas 2015 Givenchy oleh Riccardo Tisci yang akan datang.

Semasa menyanyikan beberapa lagu beliau yang terkenal, Beyonce menayangkan pakaian Busana Anggun Givenchy oleh Riccardo Tisci yang pertama: jumpsut pendek kulit hitam yang maskulin dengan perincian zip dempak dan baju serta seluar dalam yang disulam tangan. Jumpsut itu tertera inskripsi 'BBB 17', dalam sulaman putih dan merah yang dijahit di belakangnya.

Kostum kedua ('Single Ladies') ialah garapan terbaharu Riccardo Tisci untuk baju leotad yang merupakan fesyen pengenalan Beyonce, dilihat dalam kain tulle regang hitam yang padat dihiasi butiran jemeki, batuan 3D dan kristal, serta kain berjaring yang mendedahkan kulit pada bahagian tengah tulle itu.

Dalam acara kemuncak pertunjukan itu, ketika Beyonce dan JAY Z muncul buat kali terakhir, penyanyi itu memakai sut badan sendat kain vinyle dan baldu hitam dengan sut badan penuh kain berjaring dipakai di bawahnya dan baju kemeja labuh motif Bendera Amerika sepanjang 5 meter yang penuh dramatik dalam kain tafeta hitam dan putih serta rekaan sulaman bintang.

Semua pakaian Beyonce digayakan dengan kasut but paras paha kulit paten dan kulit nappa yang ditempah khas dan tanpa kelim.

Mempertunjukkan kod paling garang Givenchy oleh Riccardo Tisci, kostum Beyonce & JAY Z mula dipertontonkan kepada awam semasa pembukaan JELAJAH ON THE RUN di Miami pada 25 Jun 2014.

Pertunjukan itu akan menjelajah seluruh Amerika sehingga ia tiba di Eropah pada pertengahan bulan September (Paris, Stade de France, 12 & 13 September).

http://www.givenchy.fr

Sumber: Givenchy

 

Source: Givenchy
Keywords: Entertainment Fashion Music Retail Textiles Licensing/marketing agreements