omniture

Pertandingan Foto CGAP 2014 Kini Dibuka untuk Penyertaan

CGAP
2014-07-01 23:23 131

WASHINGTON, 2 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pertandingan Foto CGAP tahunan, yang menyasarkan untuk mengetengahkan fotografi yang menonjol daripada para amatur dan profesional seluruh dunia yang menggambarkan rangkuman kewangan, kini telah dibuka untuk penyertaan.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila lawati: http://www.multivu.com/players/English/7065952-cgap-2014-photo-contest-financial-inclusion

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140701/123582

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110412/MM81963LOGO

Hantarkan penyertaan anda kepada Pertandingan Foto CGAP 2014 dalam talian ke CGAP.org sebelum 8 Oktober 2014.

CGAP sedang mencari foto yang menunjukkan cara mengagumkan capaian kepada pelbagai perkhidmatan kewangan, seperti penyimpanan, insurans, pembayaran, dan juga kredit boleh membantu golongan miskin mengurus situasi kewangan rumit mereka. Perkhidmatan kewangan mudah alih ialah satu alat yang digunakan oleh jutaan orang miskin untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka, tetapi ia bukannya satu-satunya pilihan mereka. Kumpulan penjimatan berasaskan masyarakat, perusahaan kecil, serta pembiayaan mikro merupakan contoh lain rangkuman kewangan yang sedang dijalankan. Penyertaan untuk Pertandingan Foto CGAP boleh mewakili pelbagai produk, institusi, serta pendekatan, dan boleh menyentuh pelbagai isu sosial, ekonomi, pembangunan, dan juga teknologi. Penyertaan dialu-alukan dari semua rantau, dalam persekitaran luar bandar dan persekitaran bandar.

Para pemenang terdahulu menghantar imej kreatif dan memukau yang telah dikongsi dengan organisasi yang bekerja dalam rangkuman kewangan dan media global. Pertandingan pada tahun 2013 ialah persaingan yang paling sengit setakat ini, dengan 3,890 penyertaan dari lebih 90 negara. Foto para pemenang tahun lepas telah menerima pendedahan yang meluas pada peringkat global dan telah dipamerkan dalam galeri dalam talian oleh BBC Mundo, BBC Vietnam, Huffington Post, serta Business Insider, antara lainnya.

Banyak hadiah akan ditawarkan pada tahun 2014, termasuk hadiah tempat pertama, kedua, dan juga ketiga, serta pemenang Pilihan Ramai yang akan ditentukan oleh undian popular.

Bantu kami tunjukkan kepada dunia, melalui fotografi, bagaimana rangkuman kewangan boleh memperbaiki kehidupan golongan miskin dengan menghantar foto anda dan berkongsi pengumuman ini dengan rangkaian anda. Hantarkan foto anda hari ini dan kongsi pengumuman pertandingan ini dengan rangkaian anda.

Latar belakang CGAP

CGAP (Kumpulan Rundingan untuk Membantu Golongan Miskin) ialah perkongsian global 34 organisasi peneraju yang ingin memajukan rangkuman kewangan. CGAP membangunkan penyelesaian inovatif melalui penyelidikan praktikal serta penglibatan aktif dengan penyedia perkhidmatan kewangan, penggubal dasar, dan pembiaya bagi membolehkan pendekatan pada skala bersesuaian. Bertempat di Bank Dunia, CGAP menggabungkan pendekatan pragmatik kepada pembangunan pasaran bertanggungjawab dengan platform sokongan berasaskan bukti untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan yang diperlukan golongan miskin untuk memperbaiki kehidupan mereka. Maklumat lanjut boleh didapati di www.cgap.org.

Source: CGAP
Keywords: Art Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility New products/services