omniture

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Menang BLI 2023 A4 Pick Awards daripada 'Keypoint Intelligence'

FUJIFILM Business Innovation
2023-10-10 10:00 54

Pencetak C4030 Apeos dan C5240 Apeos diberikan anugerah atas kebolehpercayaan tanpa cela, kemudahan penggunaan yang mengagumkan, cetakan pantas dan kelajuan imbasan yang kompetitif

SINGAPURA, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. dianugerahkan Buyers Lab (BLI) 2023 A4 Pick Awards daripada Keypoint Intelligence untuk pencetak C5240 dan C4030 Apeos.

Pencetak C5240 Apeos dan C4030 Apeos memperoleh anugerah atas kebolehgunaannya yang mengagumkan, kualiti imej warna profesional, pilihan mudah alih dan awan fleksibel yang memudahkan kolaborasi yang efektif di sebarang lokasi, terutamanya untuk kumpulan kerja bersaiz kecil hingga sederhana.

"C5240 Apeos Fujifilm ialah peranti sangat andal yang dapat mengendalikan volum yang sangat besar tanpa salah suapan atau rosak, seperti yang terbukti dalam 158,000 - ujian kesan kami. Begitu juga dengan C4030 Apeos Fujifilm yang dapat menghasilkan 88,000 teraan tanpa sebarang salah suapan atau pengendalian sepanjang ujian," kata Tony Maceri, Juruteknik Makmal Kanan di Keypoint Intelligence. "C5240 Apeos Fujifilm memberikan kelajuan cetakan dan imbasan mengagumkan, bersama-sama saiz fail imbasan lebih kecil daripada purata untuk pendigitan yang cekap. Tambahan pula, kedua-dua peranti menghasilkan output warna perniagaan konsisten yang cerah, tajam dan licin."

Fujifilm Apeos C5240
Fujifilm Apeos C5240

C5240 Apeos dan C4030 Apeos menyokong gaya kerja hibrid dengan penyelesaiannya yang mudah alih dan berasaskan awan, mengupayakan ketersambungan di sebarang lokasi. Kedua-dua model serasi dengan Microsoft Universal Print yang tidak memerlukan pelayan cetakan dan membolehkan pengguna mencetak di mana-mana sahaja tanpa perlu memasang pemacu pencetak.

"Kumpulan kerja bersaiz kecil dan sederhana yang tercari-cari A4 MFP berwarna akan mendapat manfaat daripada banyak ciri yang ditawarkan oleh C4030 Apeos Fujifilm," kata Rachel Dean, Editor Teknikal di Kumpulan Pejabat Keypoint Intelligence. "Alatan yang mengupayakan kolaborasi untuk pekerja hibrid dan pejabat adalah sangat penting dan sambungan mudah alih serta awan yang ditawarkan boleh diakses dengan yakin bahawa aliran kerja adalah selamat. Pemacu cetakan yang direka bentuk dengan baik serta antara muka (UI) pengguna intuitif menjadikan stesen kerja dan tugas yang perlu berjalan sememangnya mudah. Di samping kesemua ini, proposisi nilai lengkap C4030 Apeos Fujifilm menjadikannya pilihan yang jelas untuk menerima Pick Award daripada Keypoint Intelligence"

Fujifilm Apeos C4030
Fujifilm Apeos C4030

Bagi mengurangkan risiko keselamatan dokumen yang semakin berkembang, pencetak C5240 Apeos dan C4030 Apeos dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan bagi memastikan perlindungan optimum terhadap maklumat sulit. Ini termasuk keserasian dengan protokol WPA3 baharu untuk keselamatan tangkas LAN tanpa wayar dan menerima pakai cip keselamatan TPM (Trusted Platform Module) 2.0*1 yang mematuhi peraturan penyulitan terkini daripada Trusted Computing Group (TCG)*2. Kedua-dua pencetak telah melepasi penanda aras ketat Ujian Pengesahan Keselamatan untuk Penembusan Peranti Keypoint Intelligence*3.

"Di FUJIFILM Business Innovation, memikirkan semula apa yang kami lakukan dan bagaimana kami berinovasi untuk melangkaui jangkaan pelanggan yang semakin berkembang, merupakan keutamaan dalam apa yang kami lakukan," kata Yoshihisa Okutsu, Pengurus Besar, Perniagaan Teknologi Peranti, FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific. "C5240 Apeos dan C4030 Apeos Fujifilm dilengkapi dengan fungsi utama yang serupa dan keupayaan keselamatan seperti A3 MFP namun dipersembahkan secara bijak dengan gaya yang anggun dan kompak bagi mengatasi cabaran had pengguna dan ruang yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana. Kami amat teruja dan didorong oleh pengiktirafan pada siri A4 MFP kami dan akan berusaha membantu pelanggan kami mengoptimumkan pengalaman pelanggan dalaman dan luaran mereka, dengan portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang luas."

*1:  Cip keselamatan yang mengurus kunci kepada data penyulitan yang disimpan pada peranti pelbagai fungsi

*2:  TCG ialah pertubuhan piawaian bukan untung antarabangsa. trustedcomputinggroup.org/

*3:  Berdasarkan kepada versi perisian tegar peranti 1.26.0 dan seterusnya untuk rantau Asia Pasifik

Latar Belakang Keypoint Intelligence

Selama lebih 60 tahun, pelanggan dalam industri pengimejan digital telah bergantung pada Keypoint Intelligence untuk ujian amali bebas, data makmal serta kajian pasaran yang ekstensif bagi mendorong kejayaan produk dan jualan mereka. Keypoint Intelligence diiktiraf sebagai sumber yang paling dipercayai dalam industri ini untuk maklumat tidak berat sebelah, analisis serta anugerah hasil daripada pengalaman penganalisis selama berdekad-dekad. Pelanggan memanfaatkan pengetahuan misi kritikal ini untuk pembuatan keputusan yang strategik, pengupayaan jualan harian serta kecemerlangan operasi bagi menambah baik matlamat perniagaan dan meningkatkan pendapatan bersih. Dengan fokus utama pada pelanggan, Keypoint Intelligence terus berkembang tatkala industri ini berubah dengan meluaskan tawaran serta mengemas kini kaedah dan dalam masa yang sama memahami dengan teliti serta menawarkan perkhidmatan untuk transformasi pengeluar, saluran dan pelanggan mereka dalam sektor pencetakan dan pengimejan digital.

Latar Belakang BLI Office Hardware Pick Awards

Buyers Lab Picks daripada Keypoint Intelligence berdiri sendiri dalam industri ini dan merupakan anugerah yang diperoleh dengan susah payah kerana ia adalah berasaskan kepada ujian ketat, termasuk penaksiran ketahanan yang ekstensif serta penilaian atribut utama seperti kebolehgunaan, kualiti imej dan nilai. Setiap produk yang lulus ujian makmalnya memperoleh Meterai Disyorkan atau Sangat Disyorkan dan Sijil Kebolehpercayaan, dengan mereka berprestasi terbaik layak sebagai pilihan pesaing.

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju global yang komited untuk terus menyampaikan inovasi kepada perniagaan pelanggan di serata dunia, untuk mencipta tempat kerja yang inovatif dan memuaskan hati dengan menerima maklumat dan pengetahuan dengan efektif melalui transformasi digital (DX). Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul kepakaran sejak penubuhan kami pada tahun 1962, untuk membina persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang bagi memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan penyelesaian aliran kerja bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak pelbagai fungsi digital (MFP). Kami turut menawarkan perkhidmatan penyumberluaran proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Pada 1 April 2021, kami telah menukar nama syarikat kepada FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia merangkumkan komitmen kami bagi meneruskan sebuah syarikat yang sentiasa mengejar inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific merupakan ibu pejabat serantau syarikat global, FUJIFILM Business Innovation, memberi sokongan korporat dan perkhidmatan bersama untuk rantau Asia Pasifik.

https://fujifilm.com/fbglobal

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Wins BLI 2023 A4 Pick Awards from Keypoint Intelligence
FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Wins BLI 2023 A4 Pick Awards from Keypoint Intelligence

 

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer/Electronics Awards