omniture

Acision Raih 'Pertunjukan Terbaik' di Persidangan & Ekspo WebRTC IV

Acision
2014-07-01 23:58 126

READING, England, 1 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Acision, peneraju global bagi perkhidmatan perhubungan mudah alih, hari ini telah mengumumkan syarikat ini telah berjaya meraih Anugerah "Pertunjukan Terbaik" kerana demonstrasi forge by Acision yang telah dipertontonkan di Persidangan & Ekspo WebRTC IV oleh TMCNet, bermula pada 17 hingga 19 Jun 2014.

Ketika acara tersebut berlangsung, Acision merupakan salah satu daripada 26 syarikat yang mengambil bahagian dalam acara "Getting Real with WebRTC Demo Event" yang amat dinanti-nantikan. Acara ini mempertontonkan siri persembahan secara langsung oleh syarikat yang berusaha untuk mendemonstrasikan teknologi serta aplikasi WebRTC terkini, yang turut dicalonkan bagi meraih salah satu daripada 10 anugerah pada acara tersebut.

Senario demonstrasi Acision yang dipersembahkan secara langsung kepada para pengunjung acara tersebut memperlihatkan bagaimana para peruncit dan perniagaan lain yang berdepan pelanggan boleh memasukkan kebolehan video ke dalam antara muka web pusat panggilan mereka – dengan bersepadu bersama WebRTC SDK oleh forge by Acision. Dalam senario ini, pelanggan boleh terus klik bagi menghubungi ejen pusat panggilan daripada aplikasi mudah alih Engage oleh Acision (dimuat turun pada peranti mereka), serta boleh berhubung menerusi sembang video secara langsung bagi menyelesaikan sesuatu isu atau mendapatkan jawapan bagi sesuatu persoalan. Sementara itu, ejen tersebut dapat melihat sejarah pembelian dan semakan lewa penuh pelanggan menerusi antara muka web mereka, lalu menyediakan kefahaman untuk menangani persoalan serta mengenal pasti peluang kenaikan penjualan. Penyepaduan ini membolehkan pengalaman penjagaan pelanggan menjadi lebih pantas, lebih lancar, lebih ringkas, lebih menarik dan juga lebih peribadi.

Dave Rodriguez, Presiden TMC berkata: "Sesi demo di Persidangan & Ekspo WebRTC memberi peluang kepada para hadirin untuk beralih daripada makmal kepada lapangan serta meneliti aplikasi WebRTC praktikal yang digunakan. Acision mengambil peluang sepenuhnya pada forum ini untuk memperkenalkan platform mereka yang menarik secara langsung. Bagi pihak seluruh pasukan Persidangan & Ekspo WebRTC serta panel hakim, saya ingin mengucapkan tahniah serta amat menggalakkan setiap perusahaan dan juga penyedia perkhidmatan untuk mempertimbangkan alat bantuan dan penyelesaian oleh Acision apabila menggunakan aplikasi WebRTC mereka."

Matt Cockett, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Pasukan Perusahaan Acision berkata: "Pengiktirafan ini membuktikan kami mempunyai sesuatu yang benar-benar boleh dipercayai untuk dimasukkan dalam pasaran dan turut memperlihatkan industri yang lebih luas turut mengiktirafnya. Anugerah ini, berserta pendedahan yang diterima di acara tersebut telah meletakkan Acision di barisan hadapan teknologi WebRTC. Saya juga amat berbangga akan setiap kejayaan yang telah dicapai dalam tempoh waktu yang begitu singkat, memandangkan pemain lain telah lama berkecimpung dalam bidang ini."

Pasukan Acision turut diberi penghormatan di acara tersebut. Ketika majlis pembukaan persidangan tersebut di sebelah malam, Pengarah Teknikal Acision, Peter Dunkley serta Pengarah Kejuruteraan, John Parr telah diiktiraf bersama-sama menerusi Anugerah Perintis atas peranan mereka dalam menerajui inovasi WebRTC. Para penerima anugerah tersebut telah dipilih dan diberi penghormatan kerana sumbangan berwawasan bagi perkembangan WebRTC yang pesat serta bagaimana ia dimanfaatkan dalam aplikasi perniagaan inovatif bagi kolaborasi dan perkhidmatan pelanggan yang telah dipertingkat.

"Anugerah Perintis WebRTC mengiktiraf individu yang telah memacu WebRTC dan paparan komunikasi melalui laman web, kata Phil Edholm, penganjur acara PKE Consulting. "Setiap penerima anugerah Perintis telah memberi sumbangan tersendiri terhadap kemajuan dan perkembangan WebRTC."

Latar Belakang Acision 

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa khidmat perhubungan mudah alih yang relevan serta lancar yang saling beroperasi pada kesemua platform IP dan turut memperkaya pengalaman pengguna yang dapat mewujudkan nilai dan peluang komunikasi baharu untuk para pembawa, perusahaan dan juga pengguna di seluruh dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web Acision di http://www.acision.com atau https://forge.acision.com

SUMBER  Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Awards Trade show news