omniture

THE WORLD'S 50 BEST BARS MENDEDAHKAN SENARAI BAR BAGI KEDUDUKAN 51-100

50 Best
2023-10-10 15:00

LONDON, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- The World's 50 Best Bars 2023, yang ditaja oleh Perrier, telah mendedahkan senarai lanjutannya bagi kedudukan 51-100. Diputuskan oleh panel pengundian yang terdiri daripada 680 orang pakar minuman bebas, daripada pelayan bar terkenal, pendidik dan perunding kepada penulis minuman dan pakar koktel, senarai lanjutan ini adalah pembuka kepada pelancaran The World's 50 Best Bars 2023 secara langsung pada 17 Oktober ini di Singapura.

The World's 50 Best Bars announces the extended 51-100 list for 2023, one week before the reveal of the full list at a live awards ceremony on 17 October in Singapore
THE WORLD'S 50 BEST BARS UNVEILS LIST OF BARS RANKED FROM 51-100

Senarai kedudukan 51-100 dalam Nombor

  • Senarai kedudukan 51-100 merangkumi bar yang merentasi 34 buah bandar yang berbeza di seluruh dunia
  • Terdapat 14 penyertaan baharu, dengan 3 bandar ditampilkan buat kali pertama: Tulum, Guadalajara dan Tirana
  • Amerika Syarikat mendahului dengan enam buah bar di seluruh New York, Chicago dan Los Angeles
  • UK mendahului dalam benua Eropah dengan lima buah bar daripada sejumlah 17 buah bar di seluruh benuanya
  • Senarai ini termasuk 14 buah bar di Asia merentasi Bangkok, Guangzhou, Hong Kong, New Delhi, Seoul, Singapura dan Tokyo

The World's 50 Best Bars 2023 akan menyaksikan acara berprestij ini meninggalkan Eropah buat pertama kalinya, untuk menuju ke Singapura sambil meneruskan misinya dalam menonjolkan bandar-bandar koktel yang hebat di dunia. Senarai lanjutan kedudukan 51-100 ini terus menunjukkan pilihan yang lebih meluas bagi bar dan destinasi yang paling hebat di seluruh dunia.

Penyertaan baharu untuk 2023 termasuk Lady Bee dari Lima (No.52), Arca dari Tulum (No.60), El Gallo Altanero dari Guadalajara (No.65), Martiny's dari New York (No.68), Ergo dari Dubai (No.69), Rayo dari Mexico City (No.72), Civil Liberties dari Toronto (No.73), Bar Cham dari Seoul (No.75), Velvet dari Berlin (No.77), Kaito del Valle dari Mexico City (No.81), Svanen dari Oslo (No.84), Nouvelle Vague dari Tirana (No.86), Mirror Bar dari Bratislava (No.90) dan The Bar in Front of the Bar dari Athens (No.98). Senarai penuhnya boleh dilihat di sini.

William Drew, Pengarah Kandungan 50 Best berkata: "Apabila kami melancarkan senarai lanjutan bagi The World's 50 Best Bars, niat kami adalah untuk menunjukkan dengan lebih terperinci lagi akan destinasi paling luar biasa untuk penggemar koktel. Kini, pada tahun ketujuhnya, kami berbesar hati untuk mengiktiraf pengalaman hospitaliti luar biasa yang ditawarkan oleh bar-bar ini dari seluruh 34 buah bandar yang luar biasa. Ketika kami sekali lagi melangkah untuk memulakan perjalanan, meninggalkan Eropah buat kali pertama dalam sejarah kami untuk meraikan bar koktel terhebat di dunia di bandar ikonik Singapura, kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas segala-galanya."

Untuk akses ke pusat media, sila layari:   https://mediacentre.theworlds50best.com

Infographic - https://mma.prnasia.com/media2/2240827/50_Best_Infographic.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2240445/50_Best_Bars_2023_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: 50 Best
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Publishing/Information Service Retail Travel Awards Survey, Polls & Research MAT (Mature Audience)